Tuesday, 12 August 2014

KERANA BUDI - Bab 1 Part 2

PART 2

"Demi kebahagiaan dia, aku sanggup berkorban" - Teja

“APA Teja cakap? Teja jangan nak buat gila! Aunty tak setuju!” bantah Datin Farhah. Tangan sudah bersilang di dada. Satu-satunya wajah anak gadis tunggal arwah kakaknya, Farhana direnung tajam. Macam tak percaya dengan apa yang didengar. Apa yang anak saudaranya ini mimpi semalam? Pagi-pagi dah merapu yang bukan-bukan. Terlanggar pintu bilik mandi ke?
Teja telan liur. “Tapi aunty.. Teja rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Teja kena bertanggungjawab..”
“Teja.. berapa kali aunty nak cakap, ini semua adalah accident. Bukan kita yang rancang. Bukan niat Teja nak buat anak teruna sebelah rumah tu dilanggar kereta. Dia yang nak tolong Teja, kan? Nak selamatkan Teja. Itu bahagian dia. Bukannya Teja yang suruh! Kenapa pula Teja nak bertanggungjawab bagai? Lagi pun, Teja nak bertanggungjawab untuk apa? Ini semua takdir! Teja faham kan? T.A.K.D.I.R..”
“Teja tahu ianya adalah takdir. Tapi.. Teja yang jadi punca kemalangan tu terjadi. Kalau Teja berhati-hati masa nak lintas jalan tu pasti semua ini tak akan berlaku.. Teja yang… yang..” Air mata Teja sudah mengalir laju menuruni pipi yang putih gebu. Dia tak mampu menghabiskan ayat. Setiap kali teringat peristiwa itu dia rasa sebak. Dia rasa bersalah.
Setiap hari dia dikejar resah. Tidurnya setiap malam seakan diburu jeritan lelaki itu. Apa yang dilakukan selama ini serba tak kena. Dia seakan turut merasai kesakitan yang dialami lelaki itu.
“Ya Allah Teja… Kenapa menangis pulak ni? Teja tak boleh blame diri Teja. Ini bukan salah Teja. Ini semua adalah takdir. Teja pun tak minta ini semua berlaku. Dah ketentuan Tuhan. Kita kenalah redha. Mungkin ada hikmah dengan apa yang terjadi. Dah… jangan menangis. Anak gadis tak elok menangis di pagi hari. Sememeh dah muka tu..” pujuk Datin Farhah. Dia bangun dan memeluk Teja dari belakang. Bahu Teja digosok lembut untuk ditenangkan. Sayu hatinya melihat kesedihan Teja.
Sejak tiga minggu ini Datin Farhah perasan keadaan Teja yang agak tertekan. Teja lebih banyak termenung dan berdiam diri. Teja yang manis, lincah, banyak cakap dan periang seakan hilang.
“Teja yang bersalah aunty. That’s why I have to responsible. Teja nak tolong pulihkan dia. Teja nak bantu dia kembali sihat seperti biasa. Demi Allah Teja ikhlas..”
“Teja.. family dia orang tu dah ada doktor peribadi sendiri. Tak payah susah-susah nak tolong rawat dan jaga. Lagipun apa yang Teja tahu tentang dunia perubatan?” bantah Datin Farhah. Wajah yang lembut kembali serius.
“Memang Teja tak tahu apa-apa tentang dunia perubatan. Tapi Teja boleh ikut nasihat Doktor Shahril, doktor keluarga dia orang tu. Teja dah jumpa dan discuss dengan Doktor Shahril. Dari A sampai Z Doktor Shahril dah cerita pada Teja. Apa yang perlu Teja buat. Ikut saja jadual fisio yang ditetapkan..”
Kerana pertemuan itulah Teja tekad dengan keputusannya ingin membantu. Dia tak boleh duduk goyang kaki sahaja. Dia perlu lakukan sesuatu. Selagi lelaki sebelah rumah itu tidak pulih, selagi itulah dia akan dikejar dengan rasa bersalah. Bertambah-tambah galau jadinya.
“Habis tu.. macam mana dengan kerja Teja? Nak rawat dan jaga orang sakit ni perlukan komitmen dua puluh empat jam. Nak pula kalau jaga kat rumah. Teja pun baru dua bulan sign in di D’REKA tukan? Mustahil Teja nak sign out pulak. Bising tok ayah nanti. Tak sanggup aunty nak dengar tok ayah membebel. Teja melepak sebulan lepas tamat study pun tok ayah dah pot-pet-pot-pet.. Ini pula Teja nak tolong jaga orang.. Haish! Jangan cari pasal Teja!”
Teja terdiam seketika. Dia tunduk memandang lantai yang berkilat yang hari-hari disental Mak Tim. Apa yang dicakap oleh Aunty Arfah tu ada benarnya. Tapi.. macam mana dia nak bekerja andai hati tak senang?
Tak apa.. Hal tok ayah tu small matter je. Teja yakin dia boleh handle with care. Tok ayah tu memanglah tegas tapi kalau kena dengan alasan yang padat, tepat dan manfaat mesti boleh punya.
Datin Farhah menarik nafas agak dalam. “Teja sendiri dengar apa cakap Toh Puan Aminah dua hari lepas, kan? Kecederaan yang dialami cucunya tu mengambil masa untuk baik. Bukan seminggu dua atau sebulan dua. Silap hari bulan bertahun. Based on performance and effort. Itu pun kalau cucu Toh Puan tu tak berputus asa. Tapi.. Teja tengok sendiri. Since last week, cucunya tu macam dah hilang semangat. Doktor family dia orang pun tak mampu nak pujuk. Sejak discharge dari hospital, cucunya tu hanya berkurung dan bermurung. Semua rawatan ditolaknya. Yang dia tahu menjerit dan maki hamun semua orang. Melepaskan marah..” jelas Datin Farhah. Dia harap sangat Teja mengerti.
Teja cuba menelan segala yang dituturkan oleh Aunty Farhah tapi hatinya tetap berdegil dengan keputusan yang diambil. Dia tahu kenapa cucu Toh Puan Aminah jadi begitu. Dah tentulah lelaki itu kecewa dan sedih. Sesiapa juga akan turut merasai apa yang lelaki itu rasa andai menghadapi situasi yang sama.
Apa pun Teja bulat dengan keputusannya. Dia sudah bersolat istikharah. Mohon petunjuk. Dan petunjuknya berpihak kepada apa yang ingin dia lakukan sekarang. Biarlah semua orang mengatakan dia gila tapi dia yakin keputusannya tak salah.
“Teja… Tolong jangan buat keputusan yang tergopoh-gopoh. Fikir masak-masak sayang. Ini masa depan Teja. Berhempas-pulas Teja study di US tu semata-mata nak tunaikan hasrat tok ayah. Menyambung legasi REKA, hak milik mutlak mummy dan daddy Teja. Ni hah.. alih-alih Teja nak jadi pakar fisio pulak. Berapa lama lagi Teja nak buang masa? Mengamuk tok ayah nanti. Teja pun tahu kan tegas tok ayah tu macam mana..”
Auntyplease trust me. I need your support.” Kedua tangan Datin Farhah Teja genggam erat. Memohon restu, sokongan dan pengertian. Berharap sangat.
“Teja..”
“Teja akan slow talk  dengan tok ayah nanti.”
“Teja.. jangan buat keputusan melulu. Jangan buat sesuatu yang tak mendatangkan untung. Teja kenal pun tidak cucu Toh Puan Aminah. Bertegur sapa pun tak pernah. Aunty risau. Lagi pun tak rasa macam buang masa ke?”
Aunty.. nyawa lebih penting dari segala-galanya. Teja tak sanggup hidup dalam rasa bersalah. Dia sengsara kerana Teja. Dia menderita kerana Teja.”
“Hish! Pening kepala aunty tau. Aunty risaukan tok ayah dan mak tok? Nak ke dia orang bagi izin?”
“Yang itu aunty jangan risau. Teja akan call dan cakap sendiri dengan tok ayah dan mak tok. Teja yakin mereka akan faham dan restu dengan apa yang Teja nak buat..” balas Teja. Seratus peratus yakin.
“Tok ayah sendiri pernah ajar Teja tentang Hadis Riwayat Muslim yang menyebut barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat. Sungguh Teja ikhlas mahu membantu.”
 Datin Farhah mengeluh lemah. Hilang kata-kata. Bukan mudah untuk mematahkan kata-kata Teja. Seperti mana degilnya arwah kakaknya itu begitu juga dengan Teja. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Kalau benar itu keputusan Teja. Apa dayanya untuk menghalang?
“Baiklah aunty cuba..”
“Tak nak cuba-cubalah aunty. Teja nak aunty sokong Teja. Hundred percent sokong! Bila aunty sokong Teja, baru tok ayah dan mak tok boleh bagi hundred percent lampu hijau.”
“Hish! Macam-macam Teja ni. Yelah aunty sokong dan restu. Satu pesan aunty, kalau tak mampu nak handle jangan paksa diri. Just quit! Jangan nak tunjuk kuat! Ada apa-apa, bagi tahu aunty. Jangan pendam sorang-sorang!” Datin Farhah pura-pura tayang wajah bengis. Bukan dia tak tahu sikap Teja yang tak reti mengalah.
Teja tergelak. “Ai-ai captain..” Dia rasa nak melompat sampai ke bintang. “Aunty.. Ada lagi satu. Boleh aunty tolong Teja?” Dia menayang muka kucing manja.
“Tolong apa?” Terangkat kening Datin Farhah.
Aunty tolong jelaskan kepada uncle. Teja tak mahu uncle kecewa. Uncle kan excited nak Teja kerja di D’REKA tu..” ujar Teja perlahan. Dia yakin pasti Uncle Rashid juga pasti akan membantah keputusannya. Sejak dia kembali dari oversea, Uncle Rashid sudah tak sabar-sabar mahu dia bekerja di D’REKA. Hingga nak berehat lama-lama untuk hilangkan stress study  pun tak sempat. Baru sebulan nak enjoy. Dah kena kerah masuk office.
“Betul Teja nak teruskan juga niat Teja tu? Mungkin kita ada cara lain nak membantu..” Datin Farhah masih berat hati dengan keputusan Teja. Wajah gadis manis yang saling tak tumpah kecantikan seperti arwah kakaknya itu dipandang dengan rasa sayang tak berbelah bagi.
Kecantikan Teja bagai diadun baik dengan rupa paras yang ayu dan seiring dengan kesopanan serta kelembutan seorang gadis melayu. Seperti kisah Tun Teja di zaman Hang Tuah. Anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja itu menjadi sebutan, rebutan dan igauan orang-orang yang berdagang di Pahang. Membuatkan Sultan Mahmud Syah juga jatuh berkenan dan masuk meminang.
Tak kurang juga Teja yang ada di hadapannya sekarang ini. Sudah berapa kali abah dan uminya terpaksa menolak pinangan orang. Dengan alasan Teja masih muda dan sedang belajar. Padahal sayang nak lepaskan. Maklumlah cucu perempuan tunggal. Calon lelaki perlu melalui pelbagai tapisan keselamatan. Nak pula abahnya itu bekas Panglima TUDM. Memang masaklah kena interview dengan Jeneral (B) Tan Sri Hamdan Akhbar.
Sejak umur Teja tiga belas tahun, gadis itu telah di jaga oleh abah dan uminya. Mama dan papa Teja meninggal dunia dalam kemalangan. Kereta yang dipandu bapa Teja tersasar sewaktu mengelak treler dan terjunam ke dalam gaung. Kasihan Teja, dalam usia muda sudah menjadi yatim piatu.
Bagi Datin Farhah, dia terlalu sayangkan Teja. Ketiga-tiga anaknya semuanya hero. Maka secara tak langsung Teja menjadi anak gadis kesayangannya.
“Boleh kan aunty?”
Lari semua angan-angan Datin Farhah bila jemari Teja menyentuh lembut tangannya. Wajah Teja dipandang. “Insya-Allah.. aunty cuba. Harap uncle faham dan tak bising nanti.”
Thank you aunty. I love you so much!” Teja terus bangun. Kedua pipi Datin Farhah dicium sayang. Sejak kehilangan mummy, dia menumpang kasih sayang wanita ini di samping kasih sayang mak tok.

I love you too my dear..”



P/s : Happy reading.. Kalau ada typo tu paham-pahamlah. Main taip je ni. 














Monday, 11 August 2014

TMUD dalam versi cetak

Hahahaha…..

Dah lama tak melihat blog yang bersarang kerana kesibukan tahap melampau. Gaban pun tak sesibuk ini.. Banyaknya sarang lelabah yang nak kena sapu…. :)




Berkat sabar akhirnya Tulip Merah Untuk Dia (TMUD) lahir juga pada Jun 2014. Thanks a lot untuk Karya Seni kerana sudi menerbitkan karya picisan saya. Untuk kawan-kawan dan ahli keluarga yang menyokong. Terima kasih daun keladiiii…..


Sedikit Blurb…

"Kata orang.. tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan bertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, andai itu adalah janji ALLAH. Perancangan ALLAH itu fantastik.."



Happy reading… 

MyTun Abdullah (^ _~)

KERANA BUDI - Bab 1 Part 1

PART 1


"CINTA awak buat saya hidup " - Uqail
ARGH!!! Get out from my room! Go away! Don’t disturb me!! Leave me alone!
Jeritan itu mengejutkan Teja yang sedang berdiri di balkoni bilik. Serta-merta jiwa Teja kembali resah gelisah dan hati menjadi sakit seperti dilontar dengan batu oleh berjuta-juta manusia.
“Ya Allah… maafkan aku. Kerana aku dia sengsara. Kerana aku dia menderita,” ujar Teja sayu. Air mata mula berkolam. Tunggu masa untuk gugur.
Sungguh Teja rasa sangat bersalah. Hati dan jiwanya tidak pernah merasa sesakit ini. Tidak juga ketika kecewa ditinggalkan Aidil. Sepuluh jari mencengkam kuat pagar batu balkoni. Kesakitan pada hujung kuku tak dihiraukan. Mata dilontar ke banglo sebelah rumah yang masih terang benderang walaupun malam sudah semakin larut dan pekat.
Seakan ternampak-nampak di mata Teja lelaki itu menjerit menahan kesakitan. Dia tahu lelaki itu sedang merana dan menderita. Kecewa dengan apa yang dialami sekarang ini. Tanpa sengaja dia sudah menghancurkan hidup lelaki itu.
‘Tuhan… andai masa mampu diputar kembali, aku akan lebih berhati-hati,’ rintih Teja. Kerana kelalaiannya ada satu nyawa menderita.
Arghhh! Aku kata pergi… Pergilah bodoh! Jangan ganggu aku! Biar aku mati!” Sekali lagi jeritan dari banglo sebelah bergema kuat. Terangkat bahu Teja kerana terkejut.

Hati Teja disambar sayu. Air jernih mengalir tanpa sedar. “Ya Allah… Kasihani lelaki itu. Sembuhkan dia. Aku sanggup merasai kesakitan itu asalkan lelaki itu bahagia..” doa Teja

Sunday, 11 May 2014

BAB 1 : HIKAYAT SEMPERIT CINTA


“PETUA dan tips mencari pasangan hidup dan mencari jodoh.” Muzz membaca artikel yang terpapar di skrin lappy. Macam best je.
Hish! Tajuk.. serius bahaya. Nampak sangat macam dia sibuk nak mencari calon suami atau teman lelaki. Padahal niat asalnya adalah mencari resepi baru untuk percubaan. Entah macam mana jarinya boleh pulak terklik ke link ini. Alang-alang terpampang tu, baca sajalah. Bukannya rugi. Ilmu juga kan? Tapi kalau tahu dek Syud, mampus kena gelak. Silap hari bulan mahu jadi ‘bahan’ setahun. Tahulah mulut Syud tu macam mana. Sometime no ansurance. Cap longkang juga tu..
“Jaga hubungan kita dengan Tuhan. Tak usah sibuk nak mencari. Insya-Allah dia mai (datang) sendiri. Pasai (sebab) Allah sayang kat kita. Allah bagilah orang yang sayang kat kita jugak. Allah bagi orang yang sayang kat Dia tu sayang kat kita jugak. Sama-sama sayang. Kena sangatlah tu. Pasti bahagia hingga ke Jannah.” Itu kata Ustaz Don, penceramah yang paling meletop dan glamour dalam slot “30 minit Ustaz Don” di siaran tv Al-Hijrah sekarang ini.
Muzz angguk. Wah! Betul jugak kan? Jodoh itu kan Allah SWT dah tetapkan. Itu semua rahsia dan perancangan Allah. Buat apa kalut nak mencari bagai? Kalau dah sampai masa, adalah kan? Buat apa nak berfikir sampai pecah kepala dan reput tulang belakang kononnya tak ada orang nak, kan? Muzz mengukuhkan sila atas kerusi sambil menimbang buruk dan baiknya artikel yang dibaca tadi.
Dia meneruskan bacaan yang semakin menarik.
“Kata orang.. kalau nak cari calon buah hati atau suami, carilah yang beriman dan berhati baik. Tak kisahlah kalau muka tu, sekali pandang dah macam muka ‘pecah rumah’ atau ala-ala Tai Long, samseng Bukit Bintang. Janji hatinya jujur, ikhlas dan berniat baik pada kita. Hati yang ikhlas dan baik itu akan terpancar pada wajah.”
Jari telunjuk yang runcing mengetuk bawah bibir. Betul jugak tu? Jangan cari yang panas baran. Sakit badan nanti.. Hish! Minta simpanglah. Kalau dapat yang handsome dan meletup ala model majalah Maskulin itu pun tak guna juga kalau harap muka je smart dan kacak tapi perangai.. Nauzubillah. Nak pula dapat yang ‘kaki clubbing’ dan ‘kaki pompuan’ atau ‘kaki jantan’. Aiyoo.. boleh terbalik dunia. Tak siorlah teman.. Sebab itulah yang paling penting kena cari yang beragama.
Yelah.. Setuju sangat dengan artikel ni.
Muzz terus membaca. “Kata orang lagi. Kejujuran hati akan terpancar pada wajah dan mata seseorang. Mata tak akan menipu. Dari mata akan turun ke hati. Dan di hati akan hadir satu rasa yang tak dapat kita gambarkan bagaimana. Rasa yang sangat bahagia. Rasa yang dianugerahkan Allah. Dan itulah namanya cinta. The eyes are the windows of the soul.”
Bacaan Muzz terhenti seketika.
Boleh pakai ke statement tu? Semudah itu ke untuk jatuh cinta? Muzz menggaru kepala yang tidak gatal. Macam tak logik pulak! Tapi.. jauh disudut hati dia mahu mengakuinya kerana ‘rasa’ itulah yang menyebabkan dia menutup pintu hati untuk selama-lamanya.
Muzz menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Mata dipejam rapat. Hanyut sekejap. Ingatannya bagai dipanggil oleh sepasang mata yang tenang itu. Sehingga sekarang dia tak boleh lupa sepasang mata yang indah itu. Tak mampu dibuang jauh. Walaupun ianya sudah hampir dua tahun berlalu. Melihatkan mata itu hatinya berlagu riang. Ada debaran mengetuk hati. Mengocak hati wanitanya.
Adakah itu dikatakan cinta? Hish! Mustahillah. Hati Muzz menepis. Bukanlah.. dia rasa suka je tu. Rasa terhutang budi mungkin. Itulah pertama kali dia memandang sepasang mata yang boleh membuat jantungnya seakan beralih paksi. Sayang dia tak sempat mengenali pemilik mata itu.
Kenapa ek? Setiap kali ingatan pada si pemilik sepasang mata indah itu bertandang, dadanya mula dilanda getaran hebat. Seperti diseru-seru. Mustahil dah kena jampi! Sempat ke mamat tu menjampi? Hish! Percaya yang bukan-bukan. Syirik semua tu..! Buat rosak akidah je.
Wehh! Kau baca apa ni? Khusyuk semacam!” Sepasang tangan sudah mendarat di bahu dan secara tak langsung membuatkan Muzz terperanjat. Nasib baik tak jatuh kerusi.
Wow! Interesting mehh! Tips mencari pasangan hidup? Pasal jodoh? Kau biar betul, Muzz?” Bulat mata Syud melihat apa yang dibaca sahabatnya ketika itu. Macam tak percaya. Kepala Muzz terhantuk di tangga ke pagi tadi? Apasal boleh baca artikel luar alam pulak ni?  Syud pandang Muzz berkali-kali.
Muzz yang terkejut kelam kabut membuka mata dan menoleh. “Syud! Terkejut aku. Hish! Bila kau balik? Masuk bilik aku tak bagi salam. Tak ketuk pintu pulak tu.. Nasib baik aku tak ada baca artikel yang 18 tahun ke atas. Kau ni.. amalkan selalu.. Cepatlah aku kojol nanti.” Dia menarik nafas.
“Banyak kau punya tak bagi salam! Aku ketuk pintu bagai nak rak. Dah macam nak tercabut pintu tu. Silap hari bulan dengar sampai ke rumah sebelah. Kalaulah pintu bilik kau tu orang, dah lama dia ketuk kepala aku balik. Kau tu yang leka membaca. Kalau orang bom rumah ni pun kau tak sedar! Tengok-tengok dah ‘selamat’ hangus sambil duduk,” marah Syud.
Ye ke? Muzz terdiam. Tak dengar bunyi ketukan pun.
“Dah tu boleh pula kau baca topik pasal jodoh. Buang tebiat ke apa? Tak pernah buat kerja-kerja luar alam macam ni. Apasal? Dah sampai seru ekk? Pintu hati dah terbuka ke? Patutlah aku macam terbau nasi minyak. Wah! Bestnya…”
Muzz menjeling Syud dengan ekor mata. Apa yang Syud merepek pun dia tak tahu. Pintu dan tingkap hati siapa yang dah terbuka?
“Mana ada serunya, Syud. Actually.. aku google nak cari resepi baru nak buat percubaan. Macam biasalah. Tapi.. tiba-tiba website ini pula yang appear. Itu yang aku terbaca. Tapi tak salah kan? Untuk panduan hidup. Tak rugi pun. Ilmu juga… Kau pun patut baca artikel ni. Tak adalah kau terkejarkan Farish Daniyal yang tak semenggah tu lagi. Insaf sikit.” Balas Muzz.
Nama Daniyal tu dah ala-ala Ustaz Don Daniyal tapi sikit habuk pun tak ada macam Ustaz Don. Tak tahu macam mana si Syud boleh berkenan dan tersangkut bagai nak rak dengan Farish a.k.a Brad Pitt MSU. Kononnyalah...
Nak kata Farish tu sangat kacak? Rasanya bersepah lagi senior lelaki yang kacak-kacak di MSU tu. Lima puluh kali ganda lebih baik dari Farish. Tapi, Farish Daniyal juga yang diangaukan Syud siang malam. Setia hingga hujung nyawa kononnya. Padahal Farish Daniyal tu maha buaya ya amat. Pasang girlfriend keliling pinggang di belakang Syud. Syud saja yang tak mahu percaya. Kononnya itu semua fitnah. Kata Syud orang lain tu dengki sebab Farish Daniyal yang handsome dan hot itu sudah memilih dia. Menyebabkan ramai gadis patah hati dan kecewa seterusnya cemburu dengan hubungan mereka.
Aduhai.. Muzz rasa nak muntah hijau dengan statement Syud tu. Cinta begitu meloyakan. Boleh buat orang jadi tuli dan buta. Alahai.. Suatu hari dia harap sangat Farish Daniyal terkantoi curang di depan Syud. Baru Syud tahu buah hati kesayangannya tu jujur, setia atau tak? Nasihat orang langsung tak mahu dengar..!
Syud mencebik. Huh! Apa kena mengena dengan ‘Farish Daniyal aku’ pulak? Pantang betul kalau nama pakwe kesayangannya itu disebut Muzz. Bukan dia tak tahu sejak dari awal perkenalannya dengan Farish Daniyal hinggalah saat ini,  kiranya dah dua tahun bercinta. Muzz tak pernah setuju dengan pilihannya. Sedangkan dia rasa Farish Daniyal tu okey je di matanya. Senior idaman Malaya tu seorang yang caring and loving. Gentleman pulak tu. Dia tak pernah lihat kecurangan Farish Daniyal. Muzz tu saja je! Mudah sangat dengar cakap-cakap dari mulut orang yang cemburukan hubungan dia dan Farish.
“Tu apa hal pula yang tercebik-cebik? Ingat cantik sangat ke bila tayang mulut itik macam tu? Ikat kang..” Muzz menjeling. Dia nampak mulut Syud yang terherot-herot. Ada yang Syud tak puas hatilah tu!
Syud sengih. “Hehehe.. Muzz, sedang elok pun kan kalau kau nak kahwin sekarang ni tau. Kita kan dah nak habis study. Kalau dah sampai jodoh buat apa nak tolak? Siapa Muzz? Cakaplah dengan aku.” Cepat-cepat Syud mengalih topik. Bahu Muzz ditolak dengan siku. Ada senyuman nakal tersungging di bibir. Dia tak mahu bermasam muka dengan Muzz sebab Farish Daniyal. Tak suka!! Nanti Muzz mogok masuk dapur. Melaparlah dia dan Nisah.
“Siapa apa? Yang tiba-tiba sebut bab kahwin dan jodoh ni apa kes? Buang tabiat ke? Study pun tak habis lagi. Kerja tetap pun tak ada. Agak-agaklah..”
“Calonnyalah... Lelaki yang berjaya buka pintu kebal hati kau yang berkurun tertutup. Chef Amrun yang garang itu ke? Dia melamar kau ek?” Syud meneka.
Sejak dia tahu ketegangan yang berlaku antara Muzz dengan Head Chef di hotel yang Muzz praktikal sekarang ini. Memang kerap Muzz menjadi bahan usikannya. Walaupun dia tahu yang Muzz tak suka dan maha ‘anti’ tahap gaban. Muncung Muzz akan panjang berjela-jela kalau dia menyebut nama chef yang seorang tu. Wajah cantik Muzz akan bertukar merah menahan marah.
Choiiilah… kau! Boleh tak kalau satu hari kau jangan sebut nama chef sombong dan berlagak macam bagus tu? Aku tak sukalah. Kembang telinga aku! Dekat hotel dengar nama dia, dekat rumah lagi.. Hilang mood tau.”
“Alah… sebut je. Bukan kena tax pun.”
Tax tak tax. Aku tak sukalah. Kau sebut ni kang.. Ada pula dia tersedak kat New York sana. Hish! Arlegik tau tak?”
Oohh.. Chef kerek tu pergi New York rupanya. Bila? Sampai bila dia kat sana? Kenapa dia pergi sana? Bercuti ke? Dengan siapa dia bercuti?” bertubi-tubi soalan Syud mengalahkan wartawan pencen.
Muzz jongkit bahu. Amboi! Banyaknya soalan. Ingat aku PA chef sombong tu ke? “Entah.. aku tak perasan bila dia pergi dan kenapa dia pergi. Aku memang tak pernah ambik port pasal dia. Dia tak ada lagi bagus dari ada. Aku tahu dia pergi sana pun dari budak-budak kitchen yang lain. Dia orang cakap, two weeks dia kat sana. Vacation. Huh! Imaginekanlah.. betapa amannya dunia aku. Tak ada gangguan. Bahagia sangat. Dah tak ada orang nak berleter dan sindir-sindir aku setiap hari macam Joyah hilang gigi! Tak ada orang nak marah-marah dan ragging aku.”
Syud tergelak melihat wajah gembira Muzz. Kucing tak ada, tikus boleh buat konsert. Dalam hati dia rasa kasihan juga pada Muzz kerana mendapat penyelia praktikal yang garang dan sombong macam Chef Amrun tu.
Teringin juga dia nak bertemu mata dengan lelaki yang selalu membuatkan darah Muzz mencanak naik. Kira hebatlah Chef Amrun tu kerana berjaya membuatkan darah Muzz mendidih dan menggelegak. Yelah.. Muzz tu kan kategori gadis yang mempunyai tahap kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Cool mengalahkan ais di Kutub Utara. Tak suka nak marah orang tak tentu hala. Tapi, bila Muzz marah… siaplah telinga. Memang boleh sampai tahap cair. Non stop bebel!
 “Kau dari mana ni?” tanya Muzz. Dia mengalih letak punggungnya. Lenguh pula bersila atas kerusi lama-lama.
“Dari kuliah. Suddenly.. Puan Ainur buat kelas ganti. Tired beb. Otak rasa dah tepu sangat. Tak boleh nak absorb apa-apa dah. Mana dengan projek nak kena submit bulan depan. Apa pun tak prepare lagi. Serabut gila beb.” Syud mengeluh.
Hari ini Syud rasa over exhausted. Sejak pagi tadi dia terkejar-kejarkan kuliah dan library. Seksa bila berada di final year. Cepatlah berlalu final year ini. Azab sangat dah…
Ooohh…yang kau tiba-tiba muncul di bilik aku ni kenapa pula? Selalunya jarang kau nak masuk bilik aku kalau tak ada hal. Ini mesti nak minta tolong apa-apa nih..” Muzz gelak nakal. Jangan-jangan nak minta tolong buat assignment.
“Tak adalah. Aku selisih dengan Nisah kat kolej. Dia cakap pada aku yang kau tak keluar-keluar bilik dari tengahari tadi. Berkurung. Tak makan, tak apa. Kenapa? Kau demam ke? Ni hah tak keja ni, kau ponteng ek? Mentang-mentang chef  ‘kesayangan’ kau tak ada. Boleh pula bersenang lenang goyang kaki kat rumah. Kalau tidak.. nak nampak batang hidung pun susah. Asyik kerja aje..” Spontan belakang tangan Syud sudah melekat di dahi Muzz yang putih gebu dan tiada tercalit sebarang kecacatan atau parut. Sebiji jerawat pun tak pernah muncul rasanya.
Muzz mengelak. Tangan Syud ditolak lembut. “Eh! Mana ada demam. Aku sihat je. Pandai aje Nisah buat cerita. Aku off duty hari ni. Dapat dua hari. Sebab hari tu aku standby untuk function Menteri. So.. dah terlanjur cuti hari ini, aku buat puasa ganti. Itu yang aku berkurung. Rasanya Nisah pun tahu aku puasa hari ni. Sebab Nisah pun puasa juga. Aku dengan Nisah bangun sahur pagi tadi. Kau tak sedar ke?”
Syud mengeleng. Langsung tak sedar. Tidur mati. “Tinggal berapa hari lagi ni?”
“Tinggal lagi dua hari. Dah kebetulan tu, baik aku habiskan.. Tak adalah kelam kabut aku nak bayar balik bila nak datang bulan puasa nanti. Lagi pun seharian aku kemas bilik aku ni. Bilik bersepah macam tongkang pecah. Nak cari baju pun susah.”
Lahai… kenapa tak cakap dengan aku kau berdua nak puasa? Aku pun nak puasa juga. Aku pun tinggal dua hari je lagi. Sampai hati kau orang tak tunggu aku. Nanti aku puasa sorang-sorang. Mana best!” keluh Syud. Tanpa meminta izin ‘cik bilik’, dia melabuh punggung di atas katil bujang milik Muzz.
Katil itu kemas dengan cadar bercorak bunga lily dan lavender. Dia tahu Muzz memang sukakan bunga lavender. Dari bilik sampai ke dalam kereta, hanya wangian itu melekat di hidung. Bilik yang sederhana besar itu dipandang. Muzz memang bijak menghias bilik. Nampak simple dan minimalis. Menarik.
“Eh! Kau ni nyanyuk ke hilang ingatan? Kau kan ‘coottti’. Baru tiga hari lepas kena senggugut sampai ponteng kuliah. Terguling-guling atas katil. Tak ingat? Nak puasa kemendenya pulak? Agak-agaklah weh kalau rajin pun!”
Syud ketawa. Ditepuk dahi. “Ha’ahlah… Macam mana aku boleh lupa pula ni?” Aduyai ini semua sebab assignment yang berlonggok-longgoklah ni. Sejak dua tiga bulan ini, hidupnya agak cacamarba dengan kertas projek dan assignment. Hidup mengalahkan zombi. Makan pun terkejar-kejar. Nasib baik dia sudah praktikal semester lepas.
Cepatlah habis semester ini. Dah tak daya rasanya. Cepat habis study, cepat cari kerja dan pegang duit sendiri. Dah malas rasanya nak mengadap buku lagi. Macam nak muntah hijau.
“Entah apa-apalah kau ni. Umur muda lagi tapi dah jadi pelupa! Macam nenek-nenek!” ngomel Muzz.  Dia menyambung mengadap lappy. Artikel menarik ni.. Rugi kalau tak habiskan bacaan. Syud ni kacau daunlah.
Syud hanya memandang. Dari duduk dia terus berbaring di atas katil milik Muzz. Dua kaki disilang dan digoyang. Tangan kiri diampu pada belakang kepala. Tangan kanan diletak atas dahi. Matanya masih memandang belakang Muzz.
Dari belakang dia nampak sipi-sipi wajah mulus dan putih gebu milik Muzz. Wajah yang begitu comel dimatanya. Sudah hampir tiga tahun lebih dia mengenali Muzz. Sejak dia dan Muzz mendaftar sebagai pelajar di MSU. Walaupun fakulti yang berbeza tapi mereka sebilik di asrama dan sekarang mereka serumah.
Mereka selalu menghabiskan masa bersama. Mereka berdua dah seperti kembar siam. Ke mana pun berdua saja. Kerap kali juga Muzz mengikut dia balik ke kampung mama di Melaka apabila cuti semester. Dan dia juga pernah mengikut Muzz balik ke kampung Aunty Nurin di Kedah. Sebab itu ramai teman kolej menggelarkan mereka ‘Twin Happiness’.
Siapa sangka gadis cantik manis ini sebenarnya lebih tua dua tahun daripadanya. Di awal perkenalan dia cuba memanggil ‘Kak Muzz’ tapi rasa macam janggal sebab Muzz nampak seperti sebaya je. Lagi pun Muzz juga yang minta untuk tidak dipanggil ‘kakak’. Just panggil nama. Muzz cakap, lagi senang dan selesa begitu. Dia ikut je.
Seminggu ini, Syud perasan mood Muzz seakan berubah sedikit. Tak seperti biasa. Ada ketika wajah Muzz seperti orang mogok. Ada kekeruhan yang tak dapat dibaca. Kenapa? Adakah Muzz bermasalah dengan pengurusan hotel? Mesti Muzz tertekan asyik kena ‘belasah’ dan buli dengan Chef Amrun tu. 
Uit! Kenapa pandang aku macam tu? So scary..” tegur Muzz sewaktu berpaling. Terkejut melihat renungan tajam Syud. Macam nak makan orang pun ada.
Sebenarnya Muzz sudah tamat membaca artikel itu. Apa yang Ustaz Don cakap tu dia setuju sangat.

“Berserah pada takdir. Jodoh itu milik dan rahsia Allah. Tapi kena berdoa dan berusaha jugak.”

Part berdoa itu Muzz sokong sangat-sangat. Tapi berusaha mencari itu yang berat sikit. Dia macam tak berapa nak sokong. Mustahil kena berusaha nak cari teman lelaki. Tunggu datang bergolek macam bola boling mencari pin tak boleh ke? Nak mencari? Memang tidaklah… Dia dah serik.
Malah sekarang ini, pintu hatinya seolah tak terusik dengan ucapan cinta lelaki. Kebal gila. Setiap kali mengingati cinta, dia akan jadi manusia yang ‘sangat’ penakut, pasif dan beku. Dia tak percaya cinta.  Kerana cinta hidup dan maruahnya hampir musnah. Dan paling dia sedih kerana cinta, papa dan mama berpisah. Sakitnya.. hanya Tuhan yang tahu.
Woit! Apa pandang-pandang?” tegur Muzz sekali lagi. Tak puas hati melihat renungan Syud yang seakan tembus ke tengkoraknya.
Syud ketawa. “Pandang pun salah ke? Bukan kena bayar tax pun! FOClah.. Lagi pun ini mata aku. Suka hati akulah nak pandang apa pun. Tak luak pun!”
“Ada aku cakap kena bayar tax ke? Cuma aku pelik bila kau pandang macam tu. Tahulah assignment berlambak. Tapi janganlah show muka macam nampak alien baru turun ke bumi. Scary beb.. Nasib baik kau perempuan. Kalau lelaki dah lama kau jadi Kassim Selamat. Mata tu aku cucuk dengan pen. Nampak so gelenya!” tempelak Muzz.
Syud bangkit dari baring dan bersila. Rambutnya yang berselerak dirapikan. Dia tersenyum nipis dan terus memandang wajah cantik Muzz. Kenapalah sahabatnya ini cantik sangat? Dengan rambut lurus, hitam berkilat paras bahu. Alis mata yang lentik dengan sepasang mata yang bundar dan comel.
Serius, Muzz langsung tak nampak seperti gadis dalam usia 25 tahun. Kalau dikatakan umur 18 tahun dan baru lepas SPM pun orang percaya. Dah itu boleh pula sampai sekarang ni single-mingle tak ada couple. Tiga tahun di MSU tak ada pula Muzz berminat atau melekat dengan mana-mana student lelaki. Memang Muzz tak pernah layan. Muzz buat bodoh je. Itu fasal ramai student lelaki MSU yang frust menonggeng kerana cinta ditolak mentah-mentah.
Muzz ini memang pelik sikit kalau bab relationship and love. Kata Muzz pintu hatinya belum terbuka. Siapa yang Muzz tunggu? Si pemilik mata indah tu ke? Wujudkah lagi? Hish! Tak kut…
Walaupun dia dan Muzz bersahabat baik. Sebenarnya banyak perkara yang dia sendiri tak tahu tentang Muzz. Samar-samar! Muzz ni perahsia juga orangnya. Dah bertahun mereka kenal, tapi tak pernah Muzz bercerita pasal family. Dia tahu Muzz anak tunggal tapi dia tak pernah kenal ibu bapa Muzz. Kalau ada pun tentang Aunty Nurin itu je.
Pasal Aunty Nurin itu pun dia tahu sebab Aunty Nurin kerap menjenguk Muzz. Lagipun Aunty Nurin tu tinggal di Subang saja. Setiap kali raya, Muzz akan balik beraya dengan keluarga Aunty Nurin. Kata Muzz, Aunty Nurin itu sahabat baik keluarganya. Itu sahaja. Lebih-lebih tak ada. Tentang parent kandung, sikit pun Muzz tak pernah buka mulut.
Selama mereka di MSU ini juga, Syud tak pernah nampak parent kandung Muzz datang menjenguk. Semuanya dikawalselia oleh Aunty Nurin.
Muzz juga tak seperti gadis lain yang sibuk menampal atau mempotretkan gambar keluarga dan insan-insan yang tersayang di atas meja study atau dinding? Buat menghilang rindu. Meja study Muzz kosong saja. Hanya ada buku-buku rujukan, koleksi CD lagu, DVD movie dan novel Inggeris.  Pelik kan?
Syud pernah juga bertanyakan Muzz tapi Muzz hanya diam dan bijak menukar topik perbualan. Nampak sangat Muzz tak suka bercerita fasal keluarganya. Dan selaku seorang kawan, dia hormat privacy Muzz.
“Syud! Kau berangan ek? Dah sampai planet Krypton ke belum? Dah jumpa Superman? Boleh sampaikan salam aku pada dia tak?” tegur Muzz. Pelik melihat sikap Syud. Teruk benar ke assignment Digital System Design (DSD) sehingga menjadikan Syud cenggitu gaya. Sudah seminggu Syud asyik sebut pasal DSD. Dah macam berzikir je. Kadang-kadang sampai menggigau. Ha..ha..ha..
“Mana ada berangan. Aku sebenarnya teringatkan kau..”
Muzz ketawa kuat. Biul agaknya Syud ni. Memang sah! Sindrom DSD ni!
“Yang kau gelak kenapa? Aku ada buat lawak ke?” Syud tayang muka tak puas hati.
“Tak adalah buat lawak tapi perangai kau tu memang lawak. Lawak di petang selasa. Aku kat depan mata pun kau boleh duk teringat. Aku bukan makwe kaulah. Aku bukan abang Farish Daniyal kau! Buang tebiat ke apa kau ni?”
“Janganlah sebut pasal Farish, boleh tak? Rindu gila aku dekat dia tau. Dah sebulan aku tak jumpa dia. Daddy dia hantar dia ke UK. Miss him so much… uwaaa…”
“Alah.. baru sebulan. Belum lagi setahun.” Muzz menjuih bibir. Macamlah tak boleh call, kan? Menyampahnya. Itulah.. bercinta lagi dengan anak orang kaya. Sudah tentulah Farish Daniyal sibuk nak uruskan business keluarganya tu. Dah namanya waris tunggal.
“Kau cakap senanglah. Bila kau bercinta nanti kau tahulah macam mana rasa sakitnya rindu. Macam mana sakitnya berjauhan...” Syud tarik muka. Sejak Farish Daniyal ke UK, lelaki itu tidak pernah menghubunginya walau sekali. Dia ada menghubungi Farish tapi macam biasa, masuk voicemail. Sakitnya jiwa raga menahan rindu.
Muzz mencebik. Kalau macam ini punya seksa bercinta memang dia tak ingin. Minta simpanglah! Jauhkanlah dia dari cinta yang menyesatkan.
“Okey.. pasal tadi tu. Apasal kau tiba-tiba teringatkan aku? Aku sentiasa ada depan kau, okey. Seven day per week. Tak hilang mana pun!”
“Memanglah.. Sebenarnya seminggu ini aku perasan mood kau macam kureng sikit. Ada ketika macam swing. Asyik nak berkurung je. Tak banyak cakap. Apasal? Kau ada masalah dengan praktikal ek? Chef Amrun buli kau lagi ke? Kali ini dia buat apa pada kau? Suruh kau kupas bawang habis sebesen lagi ke? Cuci longkang sehari suntuk? Kupas nenas sampai terluka jari?”
Muzz ketawa nipis. Masa bila dia berkurung? Rasanya dia sentisa ada. Kalau tak di bilik tidur pasti di ruang tamu, layan movie. Tak pun di dapur mencuba resepi. “Aku okey aje. Mana ada berkurung pun. Tak perasan pulak yang mood aku swing!”
“Habis tu… kenapa kau macam monyok je? Susah nak berbual dengan kau. Asyik lepak dalam bilik aje..”
“Mana ada monyok! Perasaan kau je tu. May be sebab aku shift petang dan balik pagi. Kadang-kadang bila stay sampai malam, aku balik kau dah tidur. That’s why kau perasan aku asyik berkurung. Lagi pun minggu ni kau kan banyak nak siapkan assignment Doktor Zahra. Aku malas nak kacau kau. Kang… kau paksa aku siapkan assignment kau pulak. Macam dua sem lepas. Tak ke naya. Baik aku lari awal-awal.”
Ehh! Pandai pulak kau buat cerita ye. Bila masa aku paksa kau siapkan assignment aku? Rasanya.. dua sem lepas aku minta tolong kau je. Mana ada suruh buat sampai habis.”
Yelah Cik Syuhada Amni. Tollloonnnggglah sangat. Berjam-jam jugak aku bercekang mata sebab assignment computer network kau tu. Kau lupa?” Muzz senyum nipis. Main rasa-rasa pulak! “Dan kau pulak…boleh terbongkang tidur kat sebelah aku, siap peluk moo-moo kau. Bijak kan?” Huh! Dia rasa nak bakar bantal peluk Syud yang berbentuk ‘kepala lembu’ time itu juga.
Syud tergelak kecil. “Hek eleh… yang itu sebab kau memang expert drawing. Kira halal jelah kan?” Dah memang rezeki dia. Punyalah susah otaknya nak menyudahkan assignment tu. Berjam-jam otaknya dikerah berfikir untuk buat drawing. Jammed. Tapi bila dapat saja pada Muz, tak ubah macam makan kacang. Sekejap saja sudah siap.
Memang tabik springlah. Mana Muz dapat ilmu computer network tu ek? Muzz bukannya student computer engineering. Memang gila kentanglah Muzz ni! Dasatttt beb. Superb! Terbaik dari ladang…
 “Banyaklah kau punya halal.” Muzz bangun dan mencari sikat rambut. Rambutnya disikat perlahan-lahan sebelum diikat tocang kuda. Dijeling jam di atas meja study. Hampir enam dua puluh petang. Dia nak berbuka apa petang ini? Rasa macam nak makan bihun tom yam dan carrot juice. Semua bahan-bahan dah ada dalam peti sejuk. Cuma tunggu nak dipotong dan dicampak masuk ke dalam periuk. Kejap lagi dia akan call dan inform Nisah. Nisah tu on je..
“Kau nak berbuka apa petang ni, Muzz?” soal Syud seolah mengerti apa yang difikirkan Muzz.  Dia bangkit dari katil dan bercadang mahu ke biliknya untuk mandi. Badan dah melekit.
Hari ini dia terpaksa menaiki teksi kerana ‘katak pisang’ kesayangannya telah dihantar oleh sepupunya ke bengkel untuk diservis.  Dah berhari-hari aircond katak pisang mengalami masalah. Asyik blower je. Sejuknya tak juga. Dah rasa macam memandu dalam microwave. Dia pula terlalu sibuk minggu ini dan tak sempat nak uruskan hal katak pisang. Kebetulan pula sepupu kesayangannya itu bercuti, bila lagi nak dibuli, kan?
“Rasa macam nak makan bihun tom yam..” jawab Muzz. Macam terbau-bau aroma tom yam di hidung. Hish! Batal puasa nanti. Sabar Muzz.. Bisikan syaitan semua ni.
“Masak ke? Atau nak makan kat kedai?”
“Masak kut. Malas nak keluar. Kang.. kalau keluar makan kat luar, lambat pula nak solat maghrib. Lagi pun bahan-bahan masak dah ada. Cuma tunggu nak campak dalam periuk je. Ringkas, cepat, puas hati dan jimat bajet. ”
“Muzz.. Jom aku temankan kau berbuka kat luar. Aku pun laparlah. Tengahari tadi tak sempat nak makan. Just makan kit-kat je sebungkus. Itu pun Nomi yang bagi. Aku lepak library sebab nak siapkan project paper. Kita makan dekat Kafe Molek nak? Situ ada surau. Suraunya pun besar dan selesa. Bersih pun ia jugak. Stok telekung pun banyak. Kau boleh solat maghrib kat situ. Tak ada masalah kan?” ajak Syud. Bersemangat. Mengalahkan orang yang berpuasa.
“Malaslah Syud. Nak makan kat rumah je. Dah janji dengan Nisah.”
“Alah Muzz.. Jomlah. Aku belanja. Papa aku dah masukkan elaun bulan ni. Banyak tau. Rugi kalau kita tak habiskan. Jomlah.. Please..” pujuk Syud lagi. Bersungguh-sungguh walaupun dia tahu Muz tak akan pandang pada ayat ‘elaun’ tu.
Muzz bukan jenis member yang suka ketuk member. Seposen pun Muzz tak pandang. Hidup Muzz nampak sederhana tapi dia tahu Muzz bukan sembarangan orang. Muzz tak ambil pembiayaan pelajaran dari PTPTN, MARA atau mana-mana agensi lain. Pengajian Muzz dibiayai sendiri seperti dirinya. Muzz juga ada kenderaan sendiri untuk berulang alik ke kampus. Malah Muzz tak pernah merungut tentang kesempitan wang. Dia perasan pakaian Muzz juga bukan dari jenama biasa. Branded mari..
“Tak payahlah kau nak pancing aku, Syud. Tak layan aku dengan elaun papa kau tu. Lebih baik elaun yang papa kau bagi kau simpan untuk kegunaan masa depan. Aku memang malaslah nak makan kat luar. Kesian Nisah nanti dia berbuka sorang-sorang kat rumah. Aku dah janji dengan Nisah tau.”
Hah! Tengok.. Kan dah agak. Syud tergelak kecil. “Kita ajak Nisah sekali.. Boleh kan? Lagi pun kau perasan tak dah lama kita bertiga tak hang out together. Kau, aku dan Nisah masing-masing busy dengan last sem ni. Jomlah Muzz.”
“Macam inilah. Tak payahlah kita makan luar. Aku masakkan untuk kau sekali. Kau nak makan apa? Kau cakap je, aku masakkan.” pancing Muzz. Harap-harap mengena.
“Tak nak! Aku nak makan kat luar jugak. Dah lama kita tak makan luar kan? Jomlah Muzz. Tak tahu lagi kita ada peluang ke tak nak makan sama-sama nanti.” Syud masih berkeras.
Lama Muzz terdiam. Wajah Syud dipandang sekilas. Menimbang balik ajakan temannya itu. Mengada-ngada pula Syud ni. Selalu kalau dia offer nak memasak, Syudlah orang pertama yang melompat riang macam kanak-kanak ribena. Siap request macam-macam. Hari ini tak mahu pulak. Jual mahal. Ada juga kena piat telinga. Degil!
“Aku call dan cakapkan dengan Nisah.” Syud menawar diri.
“Okeylah.. Kau call Nisah. Aku nak bersiap kejap.” Akhirnya Muzz mengalah juga. Selagi tak bersetuju, selagi itulah Syud akan mengajak dan memujuk. Kang… ada pula yang merajuk nanti.
Yess! Aku sayang kau. Aku call Nisah kejap. Lepas ni aku pun nak mandi dulu. Tunggu tau.” Syud sudah melompat gembira dan melangkah ke pintu. Kejap lagi dia akan call sepupunya untuk menyerahkan kunci Honda Jazz a.k.a ‘katak pisang’ di Kafe Molek. Tak perlulah dia bersusah payah nak ke rumah bujang sepupunya di Seksyen 19 tu.
 “Tapi kan Muzz.. Kena naik Myvi pink kaulah,” ujar Syud sebelum pintu bilik ditutup.
“Mana katak pisang kesayangan kau?”
“Masuk wad. Aircond problem. Boleh kan?”
Hmmm… Okeylah. Cepat pergi mandi. Lambat.. aku tinggal. Kau pergi jalan kaki. Aku nak singgah Shell dulu. Nak isi minyak. Sebelum kita sama-sama kena tolak Pinky aku tu.”
Syud tergelak. Sampai ke hati Muzz nak tinggalkan dia? Berani potong jarilah. Muzz tak akan buat punya.. “Sayang kau tau. Kau memang baiklah. Terbaeekkk di pasaran.” Syud ketawa sakan.

Muzz mengeleng melihat gelagat Syud. Dah macam budak kecik aja si Syud ni. Tahulah anak bongsu. Tapi agak-agaklah. Langsung tak matured! Harap umur je dah boleh jadi mak orang.