Monday, 9 December 2013

PROLOG HIKAYAT SEMPERIT CINTA (HSC)


PROLOG

“YA ALLAH!!”
Pejam-celik-pejam-celik matanya dipanah cahaya lampu motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Silau! Motor yang ditunggang oleh dua orang remaja lelaki itu sudah melaju dan bakal menghentamnya.
Ya Allah… Matilah dia malam ini. Meninggal selepas pulang dari menunaikan solat sunat tarawih. Meninggal dalam bulan Ramadan yang penuh berkat. ‘Ya Allah..mudahan semua dosaku diampunkan Allah. Ampuni dosa kedua orang tuaku. Aku sangat menyayangi mereka,’ dia sudah mengucap dalam hati.
Kakinya keras seperti disimen ke bumi. Tak mampu nak bergerak. Mustahil dia nak buat aksi lompat kijang melepasi parit selebar sepuluh kaki tu. Lagi pun, mustahil dia nak melompat dengan telekung yang masih tersarung di kepala. Lagi terharu bila dia memakai baju kurung kain kapas yang sungguh sopan tak ubah seperti gadis melayu terakhir pulak tu. Adooiii..
Kalau jatuh dalam parit macam mana? Sedalam mana parit ni? Buatnya tenggelam, tak ke naya. Bukannya dia reti berenang. Setakat kuak memerang tu tahulah sikit-sikit.
Sudahnya… mata dipejam rapat. Tawakal..
Street!!!!
Dumm!!!!
Bush!!!!
Kaki kanan terasa perit dirempuh dan badan mula melayang. Dapat dibayangkan badannya yang kurus keding itu melayang dan tergolek tak ubah seperti cempedak buruk yang terpelanting ke dalam parit.
Eh! Kenapa tak jatuh? Dia membuka mata.
Allahuakbar!
Masa seakan terhenti. Jantung seakan terpelanting bila sepasang tangan sasa memaut erat kedua lengannya. Badannya yang hampir melayah jatuh ke dalam parit ditarik lembut ke tepi jalan. Fuhh! Nasib baik. Kalau tidak… pasti sekarang ini dia sudah berenang-renang di dalam parit. Itu kalau berenanglah. Kalau arwah, macam mana?
 “Awak okey?” soal si penyelamat. Prihatin.
Dalam cahaya lampu jalan dia nampak ‘hero’ berbaju melayu merah hati dan berseluar jean yang muncul dengan gaya penyelamat yang sangat macho dan stylo. Wah! Dah macam ala-ala Zorro. Cuma Si Zorro versi melayu ini tak bertopeng dan rambutnya ala-ala ‘Hafiz awan nano’. Di wajah Si Zorro terpamer riak risau.
Dia terkejut. Sepantas kilat pegangan tangan itu ditepis. Serta merta dia jatuh terjelepuk. Terduduk sopan. Bersimpuh! Adeh! Terasa punggungnya pedih.
“Awak..!” Si Zorro terkejut. Sepantas kilat si Zorro bertinggung di hadapannya. Ingin membantu.
Saat ini lidah terkelu melihat si Zorro yang baik hati. Dalam masa yang sama matanya sempat menyorot pada motorsikal yang sudah terjunam separuh ke dalam parit. Eh! Tak tenggelam pula?
Ces! Tak adalah sedalam mana parit tu? Tengok tu! Kapcai buruk je pun. Dah nazak dan nak terbelah dua lagi hah. Dua orang budak yang menonggang kapcai tadi sudah tidak kelihatan.
Eh! Mana budak-budak tu? Kalau dia dapat, dia nak piat-piat telinga tu. Tak padan dengan kecik nak menonggang motor! Itu mesti pakai ‘lesen kambing’ tu. Main rembat entah motor siapa-siapa. Orang pergi solat, time inilah korang nak merempit ek? Ada hati nak jadi pelumba Grand Prix.  Hish! Anak sapalah ni?
Tapi.. seketika kemudian.
Ya Allah! Jantung seperti mahu meletup. Adakah budak-budak itu sudah tenggelam dalam parit? Air cetek je kan? Tapi kenapa tak nampak pun! Adakah mereka cedera parah? Atau lebih teruk lagi… mati.
Ya Allah mati lemas ke?
Eh! Tak! Tak! Dia sudah resah. Gelabah gajah. Badan mula menggigil. Eeee..!! Tak dapat dibayangkan sehari suntuk dia akan disoal siasat oleh pihak Polis. Tak dapat difikirkan perasaan ibu bapa budak-budak itu bila dapat tahu yang anak mereka meninggal dunia kerana kemalangan. Sudahlah lusa nak raya.
‘Ya Allah… selamatkan budak-budak tu,’ sempat lagi dia memanjat doa dalam hati.
Are you okay?” terasa bahu disentuh. Kembali ke realiti.
Err… budak-budak tu… Mereka… maa…” Dia tak mampu menghabiskan ayat. Mula rasa serba tak kena. Jari dituding ke parit. Sekejap dipandang Si Zorro dan sekejap dipandang parit. Tak tahu nak mulakan kata. Kosa kata dah out! Dia masih dalam kejutan. Badan mula shaking tak ubah seperti pesakit Parkinson. Air jernih yang tak diundang sudah meleleh laju. Hati mula longgar dari paksi. Tunggu masa nak luruh. Wajah sudah pucat. Takut yang amat-amat! Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu.
Hey.. jangan menangis. Budak-budak itu okey. Dia orang sempat terjun dan lari…” pujuk Si Zorro sambil tersenyum nipis.
“Hah! Lari?” bulat matanya. Kurang asam! Pengecut! Kelam kabut air mata dilap. Membazir je menangis!
Ye lari… Mungkin mereka takut. Mari.. saya tolong awak bangun. Awak mungkin cedera..” Si Zorro menghulur tangan.
Cedera? Huluran tangan Si Zorro tidak disambut. Mustahil dia mahu memegang tangan lelaki ajnabi yang tidak dikenali pula tu. Dia cuba bangun sendiri. “Ya Allah! Sakitnya.... kaki saya… kaki saya.. tak boleh gerak…”
Dia terduduk semula. Melihat kaki kanan yang terlipat ke belakang. Uwaa… lutut dan kaki terasa tak mampu digerakkan. Automatik, mata memandang kain baju kurung yang sudah terkoyak lebar mendedahkan lutut dan kaki yang tercedera. Telekung yang tersarung sudah terbang entah ke mana. Rambut sudah berserabai. Jangan-jangan wajahnya dah macam kembar mak lampir. Dipandang telekung yang berdarah. Banyaknya darah….
Darah? Spontan tulang temulang terasa mereput seperti disimbah asid. Terus semangatnya hilang. Dia rasa pening. Badan terasa ringan. Sungguh dia phobia dan trauma bila melihat darah. Dia akan ‘tumbang’ bila-bila masa sahaja.
“Saya tolong awak bangun. Hati-hati. Perlahan-lahan bangun. Jangan gopoh! Jangan tengok luka tu. Nanti awak pitam..” Seakan faham apa yang difikir, Si Zorro menghulur tangan sekali lagi. “Give me your hand. I want to help you.. Please trust me..”
Dia terdiam. Wajah Si Zorro dipandang lama. Blur!
“Hulurkan tangan awak. Don’t scared.. I want to help you,” arah  Si Zorro lagi.
Akhirnya huluran tangan Si Zorro disambut. Saat tangannya bersatu dengan tangan lelaki itu, terasa dirinya seperti terkena renjatan elektrik. Aliran itu terus menuju laju ke hati membuatkan hatinya serta merta dilanda gempa dan kebas. Tika itu juga matanya berlaga dengan sepasang mata Si Zorro.
‘Subhanallah! Cantiknya mata... honey gold eyes.’ Dia terpegun dan terpesona. Sangat mengasyikkan dengan senyuman ikhlas terukir di bibir Si Zorro. Perfect! Hilang rasa malu. Hilang rasa sakit yang menyengat di lutut dan kaki.
Dirasakan kakinya seakan tak menjejak bumi. Sedang terbang menuju awan, menari-nari dan ditemani jaluran pelangi yang sangat cantik. Indahnya. Ada satu rasa yang hadir. Rasa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasa tenang, damai dan dihargai. Rasa yang mampu mengubati hatinya yang sedang ‘sakit’ dan terluka. Hanya Tuhan yang tahu betapa indahnya rasa itu dan saat ini dia tak mahu rasa itu pergi.
Slow-slow bangun ye..”
Dia masih terleka. Ya Allah.. bahagianya. Terus dia jadi lupa pada luka dan darah yang masih mengalir semakin banyak. Lupa pada sakit. Lupa bahawa tangannya masih bertaut pada tangan Si Zorro.
“Okey ke tak ni?” lembut suara Si Zorro bertanya.
Dia angguk pada Si Zorro. Spontan senyuman manis tanda ‘terima kasih’ terukir di bibir. Senyuman ikhlas yang jujur dari hatinya.
“Boleh berjalan tak?”
Dia angguk lagi. Huh! dah macam burung belatuk rasanya. Asyik angguk je. Walau hati melarang tapi mata masih nak memandang empunya honey gold eyes itu. Hinggakan nak mengedipkan mata pun dia rasa sayang dan tak mahu. Takut tak dapat melihat cahaya dari mata itu lagi. Sangat rugi!
Good girl..” Si Zorro tergelak kecil.
Dia senyum dan tunduk. Tiba-tiba dia rasa segan. Tika itulah dia terpandang darah yang mengalir semakin banyak di kaki. Darah! Pegangan tangan terlepas. Terkejut.
“Awak! Jangan pandang darah tu..” cepat-cepat Si Zorro mencapai tangannya.
Ketika itulah badannya sudah lembik dan tak berdaya untuk berdiri. Kedua-dua lututnya sangat lemah. Matanya kembali berpinau dan dia terus lembik.
“Awak…”

“Ya Allah! Yang oii! Apa dah jadi dengan cucu aku? Awat hampa langgaq cucu aku?” Dari arah surau yang berdekatan, wanita separuh abad yang masih bertelekung muncul dan menjerit kuat.

Monday, 2 December 2013

BAB 2 TULIP MERAH UNTUK DIA (TMUD)


BAB 2

“WAH!! Anak dara termenung. Bukan main ek! Orang suruh tolong kutip buah. Dia boleh berangan mengalahkan puteri raja. Curi tulang! Tak boleh harap! Banyak cantik!”
Adira yang terkejut hampir melompat. Sebiji buah manggis yang masih hijau hampir menerjah kepala jatuh dan di depan mata. Sipi-sipi nak kena. Kalau kena memang siaplah. Dia kejar along sampai tak cukup tanah.
Ish! Along ni... buat terkejut orang aja. Nasib baik tak kena kepala angah betul-betul. Kalau tak.. boleh jadi barah kepala tau.” Adira menarik muka.  Nasib baik along ni jenis yang ‘kecik-kecik dulu tangan tak bedung’. Itu yang bila bab membaling atau melontar memang tak pernah kena target. Failed memanjang. Tapi yang peliknya.. bila menyuntik orang tepat pula sasaran jarumnya.
Hello.. mana ada barah kepala. Barah otak adalah.”
“Ahh.. suka hatilah angah nak sebut apa pun. Mulut angah kan? Sibuk jer..”
Naufal tersenyum. “Mana Qaseh?” Soalnya. Tadi dia perasan Qaseh berbual dengan Adira di sini. Kelam kabut dia memanjat dan mengait buah manggis. Kalau cepat habis.. ada peluang nak berbual. Bukan senang peluang nak datang.
“Ada dalam poket  angah ni. Sedang sembunyi dari along. Nak tengok? Meh aaahh..” Adira berloyar buruk. Poket seluar tracksuit hitam yang tersarung dibelek seketika sebelum ditunjukkan kepada Naufal.
“Amboi! loyar buruk ek.” Kepala Adira ditolak perlahan.
“Along... jangan main kepala. Hilang ilmu tau. Penat-penat angah belajar sampai uni. Along suka hati aja tolak kepala angah. Report dengan mak kang.” Marah Adira. Pantang orang main kepala-kepala nih. Tak ada sivik namanya. Tangan si abang ditepis agak kasar. Gurauan tahap melampau. Kalau nampak dek mak. Mahu along dihadiahkan ‘ketam batu Cik Anis’. Mak cukup marah kalau anak-anaknya suka bergurau dengan kepala-kepala ni. Kurang sopan kata mak. Kalau mak dah tak suka. Dia lagilah seratus kuasa dua tak suka. Benci! Ingat kepala lembu ke apa? Kepala ni abah bayar insurans tau.
“Kenapa Qaseh balik rumah awal pulak?” Naufal melepaskan keluhan. Kecewa. Belum sempat dia berbual dengan gadis pujaannya. Sewaktu dia tiba pagi tadi dia cuma sempat berbalas pandang dan senyum saja dengan Qaseh. Itu pun dari jauh. Tiba-tiba Laksamana Muda pencen dah beri arahan tegar panjat pokok manggis. Tak sempat dia nak rehat. Abah memang macam tuh.. tak boleh tengok dia bersenang lenang sikit.
“Aduhai.. along ni. Qashaf dah lapar. Lagi pun Qaseh tengok adiknya tu dah macam kerbau baru balik dari kubang. Itu yang dia ajak balik. Petang nanti dia datang rumah kut. Macamlah rumah Qaseh tu jauh bebenor! Sabarlah. Tak lari bunga dikejar.” Jawab Adira acuh tak acuh.  Tapi kalau yang mengejar Qaseh tuh adalah si kura-kura yang memang satu dunia haiwan tahu slow tak hengat. Dah tentu tak dapat nak kejar. Qaseh tu bekas ratu pecut Sekolah Methodist Taiping. Bekas olahragawati MASUM.  Confirm babai sajalah.
 “Hish! angah cakap apa ni? Merepek sungguh. What a nonsense! Kena sampuk jembalang tanah ke?” Sangkal Naufal. Menyembunyikan resah. Darah panas sudah menyerbu ke muka. Janganlah Adira perasan muka dah bertukar color ni. Ala-ala cameleon dah rasanya.
Adira senyum senget penuh makna. Merepek.. kerepek. Jembalang tanah tak jembalang tanah. Lagi nak berahsia? Macam orang tak tahu perasaan along pada Qaseh tu. Tak cakap pun orang dah tahu. Kita ni keluar seperut. Dari perut Cik Anis ‘Ratu Kebaya’ tuh hah...
Dia tahu along memang suka gila dekat Qaseh. Cuma malu-malu harimau saja nak mengaku. Dia pernah ‘tertengok’ gambar Qaseh dalam diari along. Bukan sengaja langgar privasi along. Tak ‘tersengaja’ masa tu. Dia nak mencari kamus Dewan Bahasa yang along pinjam.
Silap along juga, pinjam barang tak reti nak pulangkan. Itulah.. tak bagi mengata. Bila dah bagi buat harta. Kira rezeki dia lah bila dia terpandang diari si abang yang sedang elok terbuka. Time itulah dia ternampak gambar Qaseh yang ditangkap berdua dengannya semasa hari raya dua tahun lepas. Patutlah gambar itu tiba-tiba boleh hilang dari simpanan. Rupanya ada musang berjanggut dalam rumah yang mencuri. Nasib baik dia tak buat report polis.
Nak marah along pun tak sampai hati. Jadi.. dengan paksa-rela.. dia izin dan halalkan gambar itu menghuni diari along. Jangan along manderam atau buat perkara yang bukan-bukan sudah. Main bomoh ke? Dia, orang pertama yang akan silambam along. Karate along!
Mustahillah gambar dia yang menjadi sumber inspirasi along kan? Beralbum-album gambar dia dalam rak buku itu tak pula disimpan along. Tapi bila dengan Qaseh? Jeng..jeng.. Hah!! sendiri jawablah. Lagi nak sorok dari Adira the spy.
Itu yang pantang ada cuti jek mesti nampak batang hidung along di kampung ni. Apatah lagi bila  dah start cuti semester ni. Lagilah kerap along muncul kat rumah. Kadang-kadang tu cuti cuma dua hari saja. Tapi sanggup balik tuh.  Along... along... sampai bila nak berahsia? Terus terang kan senang.
KL dan Kampung Bukit Merah ni bukannya dekat Along oi!!! Penat jek kalau nak berulang-alik. Dengan kereta pula tu. Tapi.. Apa nak buat? Ke‘Qaseh’nya dah ada di kampung. Laktaklah doktor oii.. janji ‘Encik Doktor’ bahagia. Ha..ha..ha.
“Ini apa hal senyum sorang-sorang ni? Buang tebiat ke apa? Ingat pakwe di Skudai la ni? Huh! Gatal, belum konvo dah ada pakwe. Ingat! Jangan nak langkah bendul. Along belum kahwin tau!” Teguran seiring dengan cubitan lembut di paha mengejutkan Adira.
“Adoi... along. Sakitlah. Apesal tiba-tiba Doktor Naufal bertukar menjadi raksasa ketam pula ni? Tak bersesuaian dengan profession. Hilang etika kedoktoran. Orang lelaki yang spesis cubit-cubit ni cuma yang ‘auww’ jer tau. Yang gitu-gitu tuh.” Adira melagakan tangannya.
“Sempat lagi angah berangan di dusun ni. Angah ingat pakwe Skudai ke?”
“Bukan beranganlah.. Jauh lagi nak memikirkan pakwe Skudai yang tak pernah wujud dalam list hidup. Angah sedang fikirkan nasib si Kaduk yang tak mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan Payung.” Adira sudah ketawa mengejek.
Berkerut dahi Naufal. “Huh!! Si kaduk yang tak mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan Payung? Movie apa pula ni? Ada drama baru kat tv ker?” Dia kurang faham.
Dia tahu, Adira memang kaki movie dan drama melayu. Semua cerita Adira layan termasuklah cerita dari Filipina, Korea dan Sepanyol. Adiknya antara penyumbang yang menaikkan ranking drama-drama di tv3 dan Astro. Sama naik dengan maknya.
Sejak dari dulu lagi. Kalau Adira dan mak dah conquered televisyen. Minta mahap ler nak menukar channel lain. Itu sebab abah beli lagi satu televisyen dan letak di ruang tamu.  Agaknya abah dah sakit telinga asyik mendengar anak-anaknya bertekak dan bergaduh berebutkan siaran tv. Dan paling utama sebab abah sayangkan mak.
Dia memang tak berminat dengan movie atau drama melayu. Bukan nak  mendowngradekan product tempatan. Tapi dia memang tak minat. Drama atau movie melayu lebih kurang macam cerita hindustan juga. Selalu bermain dengan air mata. Tak mencabar minda. Bosan giler.
“Dahlah.. angah balik dulu. Mak pesan suruh angah balik awal. Nak tolong masak untuk tengahari. Sebelum tu angah nak pesan nih. Jangan lambat-lambat, long. Silap hari bulan.. buah hati dikebas orang. Baru putih mata along. Angah balik dulu. Nanti along tolong abah bawa balik semua buah-buah tu yer. Babai Encik Kaduk...” Adira sudah berlari meninggalkan Naufal sambil melambai tangan. Sempat lagi dihadiahkan memek muka  yang paling jahat kepada Naufal.
Naufal yang perasan sindiran adiknya sudah memerah wajah seperti tomato masak. Aku ke Kaduk tu? Siapa pula Puteri Intan Payung yang dimaksudkan angah?  
Gedegang! Terasa dinding dadanya bagai dipukul hammer yang tersimpan cantik dalam toolbox abah. Angah tahu ke? Angah nampak ke? Tak.. tak.. Mustahil.
Ehh! An.. angah..” Naufal mencari Adira. “Hampas! Cepatnya dia berlari. Macam lipas kudung jer.” Ngomel Naufal. Tak sempat dia nak menahan dan bertanya lanjut. Tahu.. pun takut. Tak apa.. jumpa di rumah nanti.. Siap angah. Naufal sudah tidak sedap hati. Mudahan apa yang difikirnya adalah salah sama sekali. Angah main agak-agak jer tuh. Main tembak suka hati.