BAB 2
“WAH!! Anak dara termenung. Bukan main ek! Orang suruh tolong kutip buah. Dia
boleh berangan mengalahkan puteri raja. Curi tulang! Tak boleh harap! Banyak
cantik!”
Adira yang
terkejut hampir melompat. Sebiji buah manggis yang masih hijau hampir menerjah
kepala jatuh dan di depan mata. Sipi-sipi nak kena. Kalau kena memang siaplah.
Dia kejar along sampai tak cukup tanah.
“Ish! Along ni... buat terkejut orang aja.
Nasib baik tak kena kepala angah betul-betul. Kalau tak.. boleh jadi barah
kepala tau.” Adira menarik muka. Nasib
baik along ni jenis yang ‘kecik-kecik
dulu tangan tak bedung’. Itu yang bila bab membaling atau melontar memang tak
pernah kena target. Failed memanjang. Tapi yang peliknya..
bila menyuntik orang tepat pula sasaran jarumnya.
“Hello.. mana ada barah kepala. Barah
otak adalah.”
“Ahh..
suka hatilah angah nak sebut apa pun. Mulut angah kan? Sibuk jer..”
Naufal
tersenyum. “Mana Qaseh?” Soalnya. Tadi dia perasan Qaseh berbual dengan Adira
di sini. Kelam kabut dia memanjat dan mengait buah manggis. Kalau cepat habis..
ada peluang nak berbual. Bukan senang peluang nak datang.
“Ada dalam
poket angah ni. Sedang sembunyi
dari along. Nak tengok? Meh aaahh..” Adira berloyar buruk. Poket
seluar tracksuit hitam yang tersarung
dibelek seketika sebelum ditunjukkan kepada Naufal.
“Amboi!
loyar buruk ek.” Kepala Adira ditolak
perlahan.
“Along...
jangan main kepala. Hilang ilmu tau. Penat-penat angah belajar sampai uni. Along suka hati aja tolak kepala angah.
Report dengan mak kang.” Marah Adira. Pantang orang main kepala-kepala
nih. Tak ada sivik namanya. Tangan si
abang ditepis agak kasar. Gurauan tahap melampau. Kalau nampak dek mak. Mahu along
dihadiahkan ‘ketam batu Cik Anis’. Mak cukup marah kalau anak-anaknya suka
bergurau dengan kepala-kepala ni. Kurang sopan kata mak. Kalau mak dah tak
suka. Dia lagilah seratus kuasa dua tak suka. Benci! Ingat kepala lembu ke apa?
Kepala ni abah bayar insurans tau.
“Kenapa
Qaseh balik rumah awal pulak?” Naufal
melepaskan keluhan. Kecewa. Belum sempat dia berbual dengan gadis pujaannya.
Sewaktu dia tiba pagi tadi dia cuma sempat berbalas pandang dan senyum saja
dengan Qaseh. Itu pun dari jauh. Tiba-tiba Laksamana Muda pencen dah beri
arahan tegar panjat pokok manggis. Tak sempat dia nak rehat. Abah memang macam tuh.. tak boleh tengok dia bersenang
lenang sikit.
“Aduhai..
along ni. Qashaf dah lapar. Lagi pun Qaseh tengok adiknya tu dah macam kerbau
baru balik dari kubang. Itu yang dia ajak balik. Petang nanti dia datang rumah
kut. Macamlah rumah Qaseh tu jauh bebenor!
Sabarlah. Tak lari bunga dikejar.” Jawab Adira acuh tak acuh. Tapi kalau yang mengejar Qaseh tuh adalah si kura-kura yang memang satu
dunia haiwan tahu slow tak hengat. Dah tentu tak dapat nak kejar.
Qaseh tu bekas ratu pecut Sekolah Methodist Taiping. Bekas olahragawati
MASUM. Confirm babai sajalah.
“Hish!
angah cakap apa ni? Merepek sungguh. What
a nonsense! Kena sampuk jembalang tanah ke?” Sangkal Naufal. Menyembunyikan
resah. Darah panas sudah menyerbu ke muka. Janganlah Adira perasan muka dah
bertukar color ni. Ala-ala cameleon dah rasanya.
Adira
senyum senget penuh makna. Merepek.. kerepek. Jembalang tanah tak jembalang
tanah. Lagi nak berahsia? Macam orang tak tahu perasaan along pada Qaseh tu.
Tak cakap pun orang dah tahu. Kita ni keluar seperut. Dari perut Cik Anis ‘Ratu
Kebaya’ tuh hah...
Dia tahu along
memang suka gila dekat Qaseh. Cuma malu-malu harimau saja nak mengaku. Dia
pernah ‘tertengok’ gambar Qaseh dalam diari along. Bukan sengaja langgar
privasi along. Tak ‘tersengaja’ masa tu. Dia nak mencari kamus Dewan Bahasa
yang along pinjam.
Silap along
juga, pinjam barang tak reti nak pulangkan. Itulah.. tak bagi mengata. Bila dah
bagi buat harta. Kira rezeki dia lah bila dia terpandang diari si abang yang
sedang elok terbuka. Time itulah dia
ternampak gambar Qaseh yang ditangkap berdua dengannya semasa hari raya dua
tahun lepas. Patutlah gambar itu tiba-tiba boleh hilang dari simpanan. Rupanya
ada musang berjanggut dalam rumah yang mencuri. Nasib baik dia tak buat report polis.
Nak marah
along pun tak sampai hati. Jadi.. dengan paksa-rela.. dia izin dan halalkan
gambar itu menghuni diari along. Jangan along manderam atau buat perkara yang
bukan-bukan sudah. Main bomoh ke? Dia, orang pertama yang akan silambam along.
Karate along!
Mustahillah
gambar dia yang menjadi sumber inspirasi along kan? Beralbum-album gambar dia
dalam rak buku itu tak pula disimpan along. Tapi bila dengan Qaseh? Jeng..jeng.. Hah!! sendiri
jawablah. Lagi nak sorok dari Adira the
spy.
Itu yang
pantang ada cuti jek mesti nampak
batang hidung along di kampung ni. Apatah lagi bila dah start cuti
semester ni. Lagilah kerap along muncul kat rumah. Kadang-kadang tu cuti cuma
dua hari saja. Tapi sanggup balik tuh. Along... along... sampai bila nak
berahsia? Terus terang kan senang.
KL dan Kampung
Bukit Merah ni bukannya dekat Along oi!!!
Penat jek kalau nak berulang-alik.
Dengan kereta pula tu. Tapi.. Apa nak buat? Ke‘Qaseh’nya dah ada di kampung.
Laktaklah doktor oii.. janji ‘Encik
Doktor’ bahagia. Ha..ha..ha.
“Ini apa
hal senyum sorang-sorang ni? Buang tebiat ke apa? Ingat pakwe di Skudai la ni? Huh! Gatal, belum konvo dah ada pakwe.
Ingat! Jangan nak langkah bendul. Along belum kahwin tau!” Teguran seiring
dengan cubitan lembut di paha mengejutkan Adira.
“Adoi... along.
Sakitlah. Apesal tiba-tiba Doktor
Naufal bertukar menjadi raksasa ketam pula ni? Tak bersesuaian dengan profession. Hilang etika kedoktoran.
Orang lelaki yang spesis cubit-cubit ni cuma yang ‘auww’ jer tau. Yang gitu-gitu tuh.”
Adira melagakan tangannya.
“Sempat
lagi angah berangan di dusun ni. Angah ingat pakwe Skudai ke?”
“Bukan
beranganlah.. Jauh lagi nak memikirkan pakwe Skudai yang tak pernah wujud dalam
list hidup. Angah sedang fikirkan
nasib si Kaduk yang tak mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan
Payung.” Adira sudah ketawa mengejek.
Berkerut
dahi Naufal. “Huh!! Si kaduk yang tak
mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan Payung? Movie apa pula ni? Ada drama baru kat tv
ker?” Dia kurang faham.
Dia tahu,
Adira memang kaki movie dan drama
melayu. Semua cerita Adira layan termasuklah cerita dari Filipina, Korea dan
Sepanyol. Adiknya antara penyumbang yang menaikkan ranking drama-drama di tv3 dan Astro. Sama naik dengan maknya.
Sejak dari
dulu lagi. Kalau Adira dan mak dah conquered
televisyen. Minta mahap ler nak menukar channel lain. Itu sebab abah beli lagi satu televisyen dan letak di
ruang tamu. Agaknya abah dah sakit
telinga asyik mendengar anak-anaknya bertekak dan bergaduh berebutkan siaran
tv. Dan paling utama sebab abah sayangkan mak.
Dia memang
tak berminat dengan movie atau drama
melayu. Bukan nak mendowngradekan product tempatan. Tapi dia memang tak minat. Drama atau movie melayu lebih kurang macam cerita
hindustan juga. Selalu bermain dengan air mata. Tak mencabar minda. Bosan giler.
“Dahlah..
angah balik dulu. Mak pesan suruh angah balik awal. Nak tolong masak untuk
tengahari. Sebelum tu angah nak pesan nih.
Jangan lambat-lambat, long. Silap hari bulan.. buah hati dikebas orang. Baru
putih mata along. Angah balik dulu. Nanti along tolong abah bawa balik semua
buah-buah tu yer. Babai Encik Kaduk...” Adira sudah
berlari meninggalkan Naufal sambil melambai tangan. Sempat lagi dihadiahkan
memek muka yang paling jahat
kepada Naufal.
Naufal
yang perasan sindiran adiknya sudah memerah wajah seperti tomato masak. Aku ke
Kaduk tu? Siapa pula Puteri Intan Payung yang dimaksudkan angah?
Gedegang!
Terasa dinding dadanya bagai dipukul hammer
yang tersimpan cantik dalam toolbox
abah. Angah tahu ke? Angah nampak ke? Tak.. tak.. Mustahil.
“Ehh! An.. angah..” Naufal mencari Adira.
“Hampas! Cepatnya dia berlari. Macam
lipas kudung jer.” Ngomel Naufal. Tak
sempat dia nak menahan dan bertanya lanjut. Tahu.. pun takut. Tak apa.. jumpa
di rumah nanti.. Siap angah. Naufal sudah tidak sedap hati. Mudahan apa yang
difikirnya adalah salah sama sekali. Angah main agak-agak jer tuh. Main tembak suka
hati.
No comments:
Post a Comment