BAB 1
“MACAM mana?”
“Macam mana apa?” Tanya Qaseh. Tak faham. Wajah
Adira, si cantik manis anak jiran sebelah merangkap sahabat baik sejak umur
mereka sembilan tahun dipandang. Dah lama mereka bersahabat. Pengalaman
manis-masin-payau-kelat-masam-pahit dikongsi bersama. Sama-sama suka dan
sama-sama berduka. Sehati sejiwa. Serasi bersama.
“Pasal
cadangan mak saudara aku itulah. Pasal hajat yang disampaikan Mak Leha tu? Kau
setuju tak?” Bulat mata Adira.
Qaseh
buat-buat tak dengar. Buat masa ini tak berapa berminat untuk berfikir. Tak
sangka Mak Leha seserius itu. Sangkanya cuma offer-offer ayam jer.
Dipandang buah manggis yang masak kemerah-merahan sudah memenuhi bakul sebesar
sepemeluk dicapai. Tak tahan godaan. Kecur liur. Mana boleh tengok jer. Dia kan ‘hantu manggis’. Rugi kalau buah seenak ini tak dimakan.
Boleh meroyan tau. Kesedapan buah yang kulitnya hitam dan isinya putih melepak itu bagai terasa-rasa di lidah. Yummiee.. Letak sebakul pun boleh habis.
Buah-buah
manggis itu baru saja dikait oleh Abang Naufal dan Pak ngah Yahya. Kata Pak
ngah Yahya, buah manggis musim ini betul-betul menjadi. Sakit mata bila melihat
buah-buah yang masak menghitam di atas pokok tu. Daripada luruh ke bumi menyemak mata, baik dimakan atau
dijual. Berbaloi juga. Boleh dapat hasil.
Sebab itu
hari ini Pak ngah Yahya buat kerahan tenaga. Hinggakan Abang Naufal yang baru
tiba dari KL subuh tadi turut sama dipaksa turun ke dusun. Terpaksalah doktor
sorang tuh memanjat pokok manggis
yang berpuluh pokok di dusun Pak ngah Yahya yang luasnya berekar-ekar.
Dia dan
Adira pula volunteer menjadi assistant untuk mengutip dan
mengumpulkan buah manggis dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan.
Hasil yang dikumpul akan dimakan dan dijual kepada Pak Mail Jambul, peraih buah
yang paling glamer di Kampung Bukit
Merah ini.
Harga
manggis sedang mahal sekarang ni. Sekilo RM3.50. Yerlah.. musim buah baru tiba kan? Tunggulah dua tiga minggu lagi.
Bila dah berlambak-lambak longgokan buah manggis di tepi jalan. Mulalah harga
manggis jatuh menjunam. Masa tu jangan kata pandang, sebut nama manggis pun dah
boleh sendawa kekenyangan.
“Weh!! aku tanya ni. Boleh pula kau buat dekk jer.. Kau ni kan!” Adira tolak bahu
Qaseh. Tak puas hati. Apatah lagi melihat wajah Qaseh yang seolah tak berminat
dengan pertanyaannya.
“Eh! Sorry..
aku tak perasan. Kau tanya apa ekk?” Qaseh
tersengih. Sengaja buat tak perasan. Punggungnya mencari lantai pondok kayu
yang dibina Pak ngah Yahya. Lenguh bertinggung lama-lama. Kang tak pasal-pasal ‘isi’ lain pula yang keluar.
“Hampeh! Berangan rupanya. Aku tanya
pasal offer Mak Leha last week. Boleh kan? Dah sebulan kita
cuti. Dari lepak tak buat apa-apa. Dah ada offer
untuk kerja part time, rembat jerlah. Boleh cari duit lebih sebelum
konvo tiga empat bulan lagi. Lagi pun kau dapat juga kumpul duit sebelum
sambung buat Master. Manalah tahu
bila kau ke KL. Ada rezeki yang menanti kau di situ. Kau boleh juga recce job yang lebih bagus kat situ.
Kut-kut ada big-big company yang
boleh offer job engineer. Boleh cari pengalaman.” Adira melabuh punggung disebelah
Qaseh dengan kasar.
Hempasan
punggung Adira membuatkan lantai pondok kayu berkeriuk dan bergoyang sedikit.
“Slow-slowlah Adi. Kau ni kan.. ganas
sangatlah. Kang roboh pondok abah kau
ni. Tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital. Kau jawab dengan abah kau nanti!”
Marah Qaseh. Risau juga. Badan Adira tu kurus kering jer. Tapi bila duduk.. boleh tahan bergegar. Macam gajah. Berat betul tulang minah nih.
Adira
sengih. “Rilekslah.. pondok abah aku ni.. utuh dan kukuh tau. Kayu yang dibina
bukan calang-calang. Kayu keruing nih.
Kuat dan tak makan dek hujan atau anai-anai. Dah bertahun tau... Belum ada kes
roboh lagi. Kalis hujan dan panas, walaupun dilanda ribut taufan. Sampai cucu
cicit Haji Yahya tuh pun belum tentu
roboh.” Dah macam gaya iklan cat Nippon
Paint jer.
Pondok
kayu abah ni memang berjasa. Bila musim buah tiba, mereka boleh melepak di
pondok sambil makan-makan buah. Kalau bukan musim buah pun, boleh juga berkelah
dan bersantai ramai-ramai. Semakin happening
bila di sebelah dusun abah ini ada sebatang sungai yang tidak terlalu besar
dengan aliran air yang sejuk, jernih dan nyaman. Bolehlah untuk bermandi-manda
dan berendam.
Kalau
Along.. siap boleh tidur lagi di pondok ini. Tambah lagi kalau musim durian. Heee... Along tu memang tak senonoh
sikit. Kalau dia.. mampus tak sanggup. Tak perlu nak baik hati untuk sedekahkan
darah pada kaum kerabat nyamuk. Itu namanya sambut seruan kerajaan tak kena
tempat.
Yang
paling penting, pondok abah ini menjadi port
dan mercu tanda persahabatan dia dan Qaseh. Di sini dia mengenali Qaseh dan
bermulalah persahabatan mereka.
Bila cuti
semester, dia dan Qaseh selalu melepak dan bergosip di pondok abah ni. Hanya
cuti semester yang menemukan mereka memandangkan dia menyambung pelajaran nun
di selatan tanahair iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan
Qaseh pula di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar.
“Okay.. back to my question.. Kau nak ke
tak?”
“Nak apa?”
Adira
jengil mata. Main-mainlah Qaseh nih.
Rasa nak ketuk kepala Qaseh dengan buah manggis.
“Oohh.. itu. Susah aku nak cakap, Adi.
Aku belum decide apa-apa pun. Macam
berat hati pun ada jugak. Apesal Datin tuh nak cari pengasuh pula? Dua minggu jer lagi dah nak cuti sekolah. Bukannya lama pun. Lagi pun
cucu-cucu Datin tu kan dah besar panjang. Dah tujuh tahun. Kalau di kampung tak
payah nak pengasuh-pengasuh ni. Dah pandai manage
hidup sendiri. Dah pandai serba-serbi. Itulah.. cucu orang kaya ni
kadang-kadang manja jer lebih.”
“Habis
tu.. kau nak tolaklah ni?”
“Tengoklah
macam mana. Aku buat istikharah dulu. Mohon petunjuk Allah.” Qaseh mengeluh berat. Terlalu banyak
perkara yang menyesakkan dadanya sekarang ini. Dipandang buah manggis yang
sudah dikopek kulit dan masih belum terusik. Masih elok menayangkan isi-isi
yang cantik dan putih melepak. Selera gajahnya sudah hilang.
“Mak aku
cakap Datin tu ada high blood.
Tak berapa sihat sangat sejak dua
tiga tahun ni. So, she need
an assistant untuk tengokkan cucu-cucunya yang makin nakal tu. Pengasuhnya
sebelum ni dah berhenti dua minggu lepas sebab nak kahwin. Itu pasal yang dia
nak pembantu sangat-sangat. Urgent!
Baru ni mereka ada ambik pembantu
lain. Tapi tak sampai dua hari, pembantu tuh
dah lari. Tak tahan... cucunya tu nakal sangat. Dah berapa banyak pinggan mangkuk
yang berderai. Dah banyak kali baju pembantu tu kena curah dengan air. Mak Leha
cakap, paling ketara protesnya yang perempuan tu. Yang si lelaki tu okey sikit.
Still under control walaupun tak
berapa nak boleh kontrol.” Adira tersenyum nipis.
Qaseh hanya
mendengar. Ada ketika dia tersenyum. Budak-budak. Banyak ragamnya. Kena tahu
ambil hati mereka. Tapi mampu ke dia? Dia tak pernah ada adik kecik. Yang ada pun dah berusia tiga
belas tahun. Dah besar seladang pun. Reti ke dia nak ambik hati budak-budak? Zero
experienced maa..
“Ganas
sangat ke cucu-cucunya tuh? Ada macam
Dennis The Menace tak?” Buatnya nakal
tak ingat dunia. Matilah dia. Tahap kesabarannya bukanlah tinggi sangat.
“Entah..
aku pernah jumpa the twin tuh sekali
dua jer. Tapi aku sure kau mesti suka dengan dia orang
nanti.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab the twin tu comel sangat.” Adira gelak.
Dia tahu Qaseh sukakan budak-budak. Walaupun Qaseh boleh dikategorikan out spoken. Main tembak bila dah tiba
angin tak betulnya, tapi tutur Qaseh masih boleh membeli dan menambat jiwa. Selalunya
Qaseh menembak pasti bersebab dan untuk menegakkan kebenaran. Bekas debate kata kan… Pantang dicabar.
Qaseh
mengeleng. “Ada pula sebab comel jer.
Tak boleh pakai langsung.” Nak mengurus dan menjaga budak ni memerlukan kesabaran
yang tinggi. Risau juga. Mampu ke dia bersabar? Kena pandai memujuk. Ilmu
memujuk dah ler zero, yillek.. nil. Macam mana? Confirm failed dengan jayanya. Dua hari dah kena pecat.
Adira
memandang Qaseh yang termenung panjang. Musyikil dengan wajah Qaseh. “Macam
susah aja Qaseh. Apa masalahnya? Bagi tau aku. I’m your ears, your shoulder and your eyes. Bahu untuk kau
menangis. Telinga untuk kau mendengar dan mata untuk kau melihat. Cerita dengan
aku.”
“Tuh..” Qaseh memuncungkan bibirnya ke
arah remaja lelaki yang sedang tunduk memungut guli-guli yang bertaburan di
tanah. Remaja lelaki itu leka bermain. Sebentar tadi remaja itu bermain dengan
adik bongsu Adira, Anita. Tapi Anita sudah hilang entah ke mana. Mungkin Anita
mengikut Abang Naufal atau Pak ngah Yahya ke hujung dusun.
“Kenapa
dengan Qashaf pula?” Tanya Adira. Pelik. Pagi-pagi begini otaknya tak berapa
nak aktif. Minyak pelincir beku agaknya sebab cuaca sejuk. Maka dengan itu lembap lah sikit otaknya
nak pick up.
“Adi.. tak
kan aku nak tinggalkan Qashaf seorang diri lagi? Kesian dia. Dahlah.. masa study aku tinggalkan dia dengan Mak ngah
Anis.. mak kau tu. Ini.. aku nak ke KL pula, kerja kat sana. Dua bulan.
Agak-agaklah..” Qaseh menghela nafas yang menyesak dada. Dua bulan bukannya
sekejap. Lama tau!
“Kesian dekat mak kau. Nak kena
tengokkan Qashaf lagi. Kesian dengan abah kau... nak kena bawa Qashaf pergi
hospital untuk rawatan susulan. Menambah beban keluarga kau saja. Aku tak
sampai hati. Aku dah tak sanggup Adi. Dah selalu sangat aku menyusahkan
keluarga kau. Segan aku..”
“Qaseh,
Qashaf kan dah sihat? Doktor kata dia dah bebas dari sel kanser tu. Problem apa lagi ni?”
“Betul
Adi.. tapi Qashaf still kena pergi
hospital untuk check-up and follow up macam biasa. Doktor cakap,
bukan hundred percent dah cure. Bila-bila masa sel itu akan
menyerang semula selagi Qashaf tak betul-betul dibawa ke KL untuk treatment pakar. Doktor sendiri tak
berapa nak confident. Sekarang ini
kita perlu menjaga dan memantau kesihatannya saja.”
“Abah dan
mak aku kan ada. Abah aku akan bawa Qashaf ke hospital seperti selalu untuk check-up. Along pun ada untuk tolong
pantau kesihatan Qashaf. Janganlah risau.”
Huh! Cakap memanglah senang. Berat mata memandang berat lagi
bahu memikul. Sampai bila nak mengharapkan bantuan orang? Dia rasa malu dan
bersalah dengan keluarga Pak ngah Yahya. Tak tertanggung budi keluarga Adira
padanya.
“Itulah
masalahnya. Itu yang buat aku segan dengan family
kau. Tak terbalas budi aku pada keluarga kau semua. Sampai mati pun aku tak
mampu. Dah banyak sangat bantuan mak dan abah kau pada kami adik-beradik. Mana
dengan kos perubatan Qashaf lagi. Sebab tu aku cadang tak nak sambung buat Master lagi. Lepas konvo ni aku nak
terus kerja. Aku nak cari duit. Qashaf mesti dirujuk dengan pakar. Aku nak
Qashaf terima pembelajaran seperti orang lain. Di sini semua orang buli dia
saja. Bila dah stable sikit, baru aku fikir balik pasal
nak sambung study tu.” Luah Qaseh
panjang berjela.
“Habis
tu.. offer dari uni kau rejectlah ni?”
Qaseh
mengangguk lemah. Rasanya. “Tak apa.. nanti aku sendiri yang akan call Profesor Madihah. Aku akan talk dengan dia sendiri. Apa nak buat?
Sayang memanglah sayang. Itulah impian aku. Dan itulah harapan arwah ibu aku.
Tapi aku ada tanggungjawab yang lagi besar Adi... Required my sacrifice”
Kalau dia
terima offer dari uni, maknanya dua
tahun lagi dia akan sambung study.
Tapi bukan di dalam Malaysia. Dia akan ke Jerman. Lagilah dia tak sanggup nak
berjauhan dengan Qashaf. Sedangkan berjauhan selama ini pun dia rasa sengsara.
Ikutkan hati, dia nak saja berhenti belajar selepas arwah ibu meninggal. Kalau
tak dipaksa oleh Pak ngah Yahya sekeluarga, entah-entah sekarang ni dia dah
kerja di kilang kain dekat Pekan
Taiping tuh.
“Sayangnya..
Peluang yang ada bukan datang selalu Qaseh. Tak mudah untuk dapat offer tu. Tak semua orang akan dapat
peluang platinum macam tuh. Kau
sorang jer. Berebut-rebut yang apply. Dua tahun jer kan?” Adira mengeluh. Dia pula yang rasa sedih.
“Adi...
Aku tak sanggup nak susahkan mak dan abah kau lagi. Cukuplah tiga tahun ini aku
tinggalkan beban Qashaf tu pada bahu mereka. That’s enough. Sometime..
aku kena sacrifice juga. I’m not to be selfish. Qashaf adalah amanah arwah ibu pada
aku. Aku nak yang terbaik untuk dia. Aku sanggup berkorban untuk dia. Kalaulah
penyakit itu dapat dipindahkan.. Aku sanggup Adi. Aku tak sampai hati melihat
dia sengsara dan bertarung dengan sakitnya. Sudahlah dia macam tuh. Tak macam remaja lain.” Qaseh
menelan liur yang terasa kesat. Perit.
Bertimpa-timpa
malang yang datang. Selepas arwah ibu meninggal dunia. Qashaf pula disahkan
mengidap Leukimia tahap stage kedua.
Nasib baik doktor dapat mengesan setelah Qashaf asyik diserang demam tak
kebah-kebah. Sejak itu Qashaf asyik keluar masuk hospital. Pak ngah Yahya dan
Mak ngah Anis tak pernah jemu dan merungut untuk menjaga Qashaf bagi pihaknya.
Mereka tak pernah berkira tentang kewangan. Sedangkan dia tahu, bukan sikit
duit untuk perbelankaan Qashaf. Hanya Tuhan yang tahu duka dan deritanya.
“Weh! apa yang kau merepek ni?. Qasehhh...
mak aku sikit pun tak kisah. Mak aku dah anggap kau dan Qashaf macam anak-anak
dia juga. Kau lupa ke? Mak aku anggap ibu kau tu macam adik dia sendiri. Mak
aku dah janji dengan ibu kau kan? Nak jaga korang berdua. Kau tak ingat?”
Qaseh
terdiam. Matanya jauh merenung ke depan. Mana mungkin dia lupa? Dia ada ketika
ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Dia ada ketika ibu menitipkan pesan dan
amanah kepada Mak ngah Anis dan Pak ngah Yahya. Kala itu.. dunianya sudah sepi.
Kegembiraannya direntap pergi. Dia dan Qashaf sudah menjadi anak yatim piatu
secara sahnya. Hilang papa dan hilang ibu.
Upps!!! Cepat-cepat
Adira tutup mulut. Terlepas cakap pula.. Melihat wajah Qaseh yang sudah berubah
keruh dia diserang serba salah. Pasti Qaseh sedih. Hish! Apesal mulut dia celupar sangat? Rasa macam nak tampar mulut
sendiri aja. Tersasul ler pulak.
“Sorry Qaseh... Aku bukan nak singgungkan
perasaan kau. Aku sayang kau. You have me.
You know right?” Ujar Adira penuh
berharap. Lengan Qaseh dipegang dan digosok lembut. Cabul betul mulutnya pagi
ini. Ini mesti terlebih makan sambal tumis kerang yang mak buat pagi tadi. Aduyai... Harap-harap Qaseh tak ambik hati. Ambik jantung pun janganlah. Dia sayangkan Qaseh. Sayang
sangat-sangat. Qaseh tak ubah seperti kembarnya. Andai Qaseh terluka, dia juga
turut merasa sakitnya.
Dia tak
mahu Qaseh bersedih dan berduka. Sepanjang persahabatan mereka dia tak pernah
melihat Qaseh menangis. Hanya sekali sahaja. Itupun sehari selepas kematian
Makcik Qalesya. Itulah tangisan terakhir Qaseh didepannya. Selepas itu Qaseh
menjadi biasa. Back to normal. Cool and humble. Happy go lucky. Seolah
tak ada apa-apa yang berlaku pada Qaseh.
Qaseh,
gadis yang tabah mental dan fizikal. Cukup liat untuk
menayang air matanya tak tentu pasal. Air mata Qaseh ibarat intan berlian yang teramat
berharga. Iron lady yang berhati
kering. Sukar untuk menebak perasaan Qaseh. Dalam apa saja situasi Qaseh
sentiasa tenang dengan sepasang mata yang jernih.
Namun jauh
disudut hati dia tahu Qaseh memendam duka yang terlalu dalam. Cuma Qaseh tak
meluahkannya. Qaseh tak boleh menipu. Dia kenal Qaseh.
“Rilekslah
sis.. aku tak apa-apalah. It’s okay. Yang kau over panic ni kenapa
pula?” Qaseh sudah tergelak. Duka yang menjentik hati cuba disembunyikan. Saat
ini hanya Tuhan yang tahu isi hatinya. Berkeping-keping gugur ke bumi. Rasa
pilu sudah berkumpul di hati. Sedih tak payah cakap. Dah bergunung. Kontrol
saja ni. Kalau Adi ada terbabas cakap yang bukan-bukan kejap lagi. Mahu air
sungai di sebelah dusun Pak ngah Yahya ni naik dengan tiba-tiba dan melimpah
ruah. Silap hari bulan jadi ‘ibu air’ dan boleh banjir sekampung. Tak payah
tunggu hujan lebat.
“Sorry yer Qaseh.”
“It’s okaylah
Adi. Don't worry. Aku kan superwoman. Macam yang kau selalu sebut
tu. Mental kena kuat kan? Aku kan iron lady
dulu, kini dan selamanya.” Qaseh sudah ketawa. Pura-pura ketawa sebenarnya.
Pada hal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
Adira
senyum. Matanya jatuh pada dua lekuk yang menghiasi di kedua-dua pipi gebu
Qaseh. Pipi yang tidak pernah dicacatkan oleh sebutir jerawat. Wajah ayu Qaseh
tidaklah mirip wajah Makcik Qalesya. Tak macam Qashaf yang sebijik sepapat seperti Makcik Qalesya. Mungkin Qaseh mengikut
wajah arwah papanya.
Mata Qaseh
yang bundar dan tenang dengan alis yang lentik itu sangat cantik. Sebab tu dia
tak hairan bila ramai lelaki yang tewas hatinya kerana mata itu. Renungan Qaseh
boleh menikam sukma dan mencairkan hati lelaki. Itu belum lagi melihat senyuman
manis Qaseh. Boleh tergolek dot. Itu
yang Amran Miang, anak tauke kedai dihujung kampung boleh jatuh cinta tahap
naga hingga sanggup nak buat benda tak senonoh pada Qaseh.
“Aku harap
kau akan terus jadi superwoman cum iron
lady sampai bila-bila. What ever
situation. Sama ada dalam duka atau suka. Aku akan selalu ada di belakang
kau untuk menjadi tulang belakang kau walaupun masa itu aku tak ada disamping
kau. Aku akan tetap jadi telinga.. mata.. tangan.. dan bahu kau. Kau kena ingat
tuh. Aku akan menyokong kau
sepenuhnya. Sehingga kau berjaya nanti. Kita kan sahabat dunia dan akhirat.
Bukan saja sekadar jiran sekampung atau jiran di depan rumah dan di belakang
rumah.” Ujar Adira.
Tiba-tiba
Adira rasa bersemangat pula. Dia sudah berdiri tegak dengan tangan kanan
mengawang sekejap ke kiri dan sekejap kanan. Mengalahkan YB pencen memberi
ceramah semasa musim pilihanraya tiba. Dasat giler..
“Apa yang
kau merepek ni Adi? Itulah aku cakap jangan layan sangat movie Man Laksa. Kan dah terbawa-bawa watak emcee yang pantang dapat mic
tuh. Emosi sungguh. Haru betul!
Duduklah. Kang roboh pondok abah kau
nih. Siapa nak jawab?” Tempelak Qaseh. Peha Adira ditampar perlahan.
Tangan
Adira ditarik. Disuruh duduk disebelahnya. Silap hari bulan. Roboh pondok kang. Semuanya gara-gara anak gadis Pak
ngah Yahya yang buang tebiat dan lost
control.
“Yerlah.. aku duduklah nih. Jangan risau.. pondok ni tak roboh
punya. Risau sangat.” Adira duduk
kembali.
“Mahu aku
tak risau.. kalau kau sorang yang jatuh tak ada apa. Ini.. dengan aku-aku
sekali tau.”
“So..
Macam mana? Gaji yang Datin tuh offer boleh tahan jugak. Lapan ratus ringgit sebulan. Kira tinggi tuh.. Dua kali ganda gaji bibik Indon wooo...” Adira sudah ketawa. “Kau ingat
ada majikan yang baik hati begitu ke?”
Qaseh
menjeling. Ini bukan kes baik hati atau tak. “Nantilah aku fikirkan. Rilekslah...
ada tempoh empat hari lagi kan? Bila Mak Leha kau nak balik sini?” Buah manggis
direkah lagi.
Dengan
lafaz Bismillah. Isi yang putih gebu itu masuk ke dalam mulut. Terasa
kenikmatannya.
“Wah... heaven. Sedap gila. Rugi siapa yang tak
makan buah manggis ni kan? Hitam-hitam si tompok manggis, hitam diluar..
didalam manis....” Ujar Qaseh dengan gaya yang cukup teruja. Siap berpantun dua
kerat lagi. Matanya dipejam buat seketika. Menghayati keenakan buah manggis
yang meresap ke lidah.
Adira
mencebik. “Gaya makan, macam tak pernah jumpa buah manggis tu dua puluh tahun.
Menyampah aku. Padahal setiap kali musim buah manggis... kaulah penunggu setia
pokok manggis ni. Tak jemu-jemu ke?” Huh!
Nak perli dialah tu. Mentang-mentang dia tak makan buah manggis. Susah kalau
berkawan dengan ‘hantu manggis’. Pantang tengok jer..
Bukan dia
sengaja tak makan. Tapi tekak dia tak boleh menerima buah yang isinya berwarna
putih. Jangan kata manggis, buah laici pun dia tak makan tau. Rambutan pun dia
tolak tepi. Nampak isi putih-putih melepak ni, tekaknya terus loya. Alah..
Bukan Qaseh tak tahu sebab musababnya. Ada sejarah kan? Lagi nak sindir-sindir.
Sedap-sedap makan manggis.. tiba-tiba ada pula yang termakan siku nanti.
“Cuba kau
rasa Adi. Sedap gila buah manggis ni. Lagi sedap dari buah epal dan anggur yang
kau suka tu. Murah pun murah. Mudah nak dapat. Fresh dari pokok lagi nih.
Cubalah.. cubalah.. Meh aku suap.
Buka mulut kau..” Qaseh menghulur seulas kepada Adira. Niat untuk mengusik
saja.
“Weh!! janganlah... loya aku. Hish! Kau ni Qaseh..” Adira menutup
mulutnya. Wajahnya dijauhkan sedikit.. Qaseh ni! Tolak jatuh pondok kang.
Qaseh
sudah tergelak-gelak. Terhingut-hingut bahunya. Apalah Adi ni? Dia tak tahu ke
manggis ni banyak khasiatnya?. Buah boleh makan. Kulit manggis dikormesialkan
menjadi bahan mandian dan kecantikan.
“Kau tahu
Adi.. manggis atau nama glamernya Garcinia Mangostana ni banyak khasiat
tau. Kalau buah durian tu digelar ‘Raja Segala Buah’. Buah manggis inilah couplenya iaitu ‘Ratu Segala Buah’. Sweetkan? Match together.” Qaseh menunjukkan sebiji buah manggis yang berada
ditangannya.
Adira
hanya memandang. Pergh! Siap tahu
nama saintifik. Tak tahan betul... Dasyat juga ilmu pengetahuan Qaseh. Tapi tak
kisahlah, otak Qaseh ni sememangnya jatuh dalam kategori A++ bukan macam otak
dia. Kureng sikit dari Qaseh. Tapi
tetap mantop juga!
“Buah
manggis ni kaya dengan Xanthones,
yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini boleh membantu memulihkan sistem
imunisasi badan manusia. Kalau di India.. kulit buah ni digunakan sebagai ubat
cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair
pengering astringent. Yang mana..
pada musim hujan ia akan menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan
sejenis gamboge. Bagi orang Cina
pula.. mereka menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut
juga digunakan bagi mengubat cirit-birit juga. Itulah bagusnya buah tempatan
ni.”
Adira
sudah terlopong. Kagum. Bangga. Terkebil-kebil matanya. Rasa macam duduk dalam
kuliah Puan Kalsom untuk subjek Networking.
Tunggu masa nak angkat tangan dan tanya soalan. Itu pun kalau Cik Qaseh tanya ‘Any questions?’.”
“Kau tahu
apa khasiat kulit manggis ni Adi?” Tanya Qaseh lagi.
Adira
mengeleng kepala.
“Selain
dari untuk kecantikan. Kulit manggis ni dikormesialkan sebagai ubat untuk
mencegah kanser, kemurungan, ulcer,
sakit urat saraf, membuang kolesterol dan toksid dalam badan, untuk kesihatan
jantung, cegah batu karang, kurangkan darah tinggi dan banyak lagilah. Sampai
esok kalau aku cerita pun tak habis..”
Kepala
Adira terangguk-angguk. Macam pakar nutrisi lah pulak Qaseh ni.
Qaseh
senyum. “Dah.. tutup mulut kau. Kejap lagi masuk lalat pula. Kesian lalat tuh dah tersilap masuk gua batu belah
batu bertangkup.” Qaseh menepuk paha Adira.
“Gilalah
kau.. Qaseh.”
“Apa yang
gila?”
“Pengetahuan
am kau. Memang A++. Mantop! Memang
layak digelar engineer first class.
Patutlah empat tahun straight dapat
Anugerah Dekan.”
Qaseh tersenyum
dengan pujian Adira. “Thanks for this
honour. I take it as the word spirit..”
“Okey.. Pasal
manggis dan khasiatnya itu kita tinggalkan dulu. Berbalik kepada soalan aku
tadi. Kau belum jawab lagi. Bila Mak Leha kau nak balik kampung?”
“Ohhh.. itu. Dia tunggu keputusan kau
saja. Kalau kau setuju. Mak Leha dan Pak Man akan pulang ke kampung menjemput
kau. Anytime. Kalau kau setuju dan
beri keputusan hari ni. Esok sampailah dorang tuh.”
Menjemput?
Terangkat kening Qaseh. Uiihh.. dah
rasa macam bos besar pula. Malu aku. Kalau ikut keputusan aku.. macam tak nak
saja Adi. Aku risau.. nak tinggalkan Qashaf. Kuala Lumpur dengan Kampung Bukit
Merah ni bukannya dekat. Makan jam juga nak sampai. Qashaf tu bukan macam orang
lain. Kalau apa-apa jadi macam mana?
“Kak
long.. nak..balik... makan.... Dah la..la.. par...” Qashaf sudah terpacak di
depan Qaseh dan Adira. Wajahnya comot. Seperti baru keluar dari belukar. Macam
kena kejar dengan seladang hutan pun ada. Macam kerja kontrak dihujung jambatan
sana pun ada juga. Yang seangkatan dengan geng-geng bangla tu.
“Eh! apesal comot sangat ni? Kan... Kak long
dah pesan tadi. Jangan redah belukar tu. Banyak unggas. Entah apa-apa lagi yang
ada kat dalam semak tu. Bahaya! Nasib baik tak jadi apa-apa. Balik rumah nanti
Qashaf kena mandi semula. Badan dah bau macam kambing Pak Mahat saja.”
Qaseh menarik tangan si adik dan menyuruh duduk di sebelah.
Rambut
Qashaf yang berselerak seperti singa baru bangun tidur dikemaskan. Daun-daun
kering yang terselit di celah-celah rambut Qashaf ditanggalkan satu per satu.
Berguling dalam semak ke apa ni? Dah macam orang asli.
Adira
hanya memandang dengan senyuman. Dia tahu Qaseh teramat sayangkan Qashaf.
Mereka hanya dua beradik. Qashaf mengidap autisme
selepas diserang demam panas empat tahun yang lalu. Seingat dia, semasa arwah
Makcik Qalesya meninggal, Qaseh masih di tahun pertama. Qaseh hampir-hampir
berhenti belajar dan putus asa. Tapi mak dan abah tiupkan semangat untuk Qaseh.
Qaseh memang tabah. Tak mudah untuk menjadi seorang Qaseh.
“Aduhai
adik kak long ni..” Rungut Qaseh. Wajah Qashaf disentuh dan diusap lembut
dengan penuh kasih sayang. Hanya ini saudara yang dia ada. Semua sayang dan
kasih tumpah untuk Qashaf.
“Qashaf kejar apa tadi?” Tanya Adira.
“Tadi...
Qash.. nam..pak arnab putih... Arnab hensem..”
Adira
sudah tergelak. “Ada arnab hensem ke dalam dusun ni? Ada hensem macam Keenu
Reave tak? Macam Brad Pitt ke atau macam Tom Cruise? Atau pun macam muka Abang
Naufal ke?”
“Macam muka... arnablah... Abang..
Naufal.. tu.. orang bukan... arnab...” Qashaf tergelak.
Adira
pura-pura menarik muka masam. “Oh.. kenakan Kak Adi yer. Pandai ni. Main-mainkan orang.” Hidung Qashaf yang mancung ditarik lembut. Membuatkan
Qashaf ketawa. Suka hati.
Qaseh
hanya tersenyum melihat gelagat Qashaf. Adiknya tidak seperti remaja yang lain.
Sudahlah autisme berpenyakit Leukemia
pula tu. Tuhan.. menduga dengan menghadiahkan keistimewaan itu pada Qashaf. Dia
redha. Tapi dia tahu adiknya bijak dan cerdik walaupun Qashaf bersekolah tidak
seperti remaja lain. Qashaf pandai membaca jika dibandingkan dengan
remaja-remaja sepertinya.
“Kak
long.. la..par.” Qashaf sudah merengek dan mengusap perut. Wajahnya
dikendurkan. Memohon simpati si kakak.
“Jomlah
kita balik.” Ajak Qaseh.
Qashaf
sudah tersengeh gembira.
“Adi.. aku balik dulu. Qashaf dah lapar.
Padahal pagi tadi dia dah bedal dua pinggan nasi lemak yang mak kau hantar.
Cepat betul perutnya mengisar makanan. Kau nak balik?”
“Kau balik
dulu. Aku nak tunggu along dengan abah aku. Nanti petang aku pergi rumah kau.”
Qaseh
angguk. Dia bingkas bangun. Belakang seluar tracksuit
ditepuk dua tiga kali membuang habuk dan bendasing yang melekat. Baru beberapa langkah
menapak Adira sudah memangil. “Wei!
Hantu manggis! Kau tak nak bawa balik buah manggis ke? Makan kat rumah atau kut
Qashaf nak?” Soalnya.
“Tak
payahlah. Qash tak makan manggis. Dia kan satu geng dengan kau. Tak reti makan
buah manggis nih. Lidah ‘mat saleh’ lah
katakan.” Qaseh sudah menarik tangan Qashaf. Digenggam erat.
Adira
tersengih. “Cis! Sempat lagi nak
kenakan aku. Hampas kelapa kering betul!” Kulit manggis yang berada disebelah
sudah dilempar ke arah Qaseh.
Qaseh
pantas mengelak. “Nasib baik aku terer
tau.” Dia sudah ketawa nakal.
Adira
turut tergelak. Aduhai... macam mana boleh lupa ni. Qashaf pun tak makan buah
manggis juga. Bukan sebab isi manggis tu warna putih tapi sebab masam katanya.
“Babai..
Kak Adi... Qash.. balik... balik dulu. Kak Adi.. jangan.. kejar.. ar....arnab tau.
Ar..nab tu Qash.. punya...” Ujar Qashaf sambil melambai tangannya. Adira
membalas lambaian Qashaf sambil tersenyum lebar. Tak habis-habis dengan arnab
putih. Sejak dari kecik sampai
besar.. itu saja binatang yang dia suka. Kucing tak suka pula. Geli katanya.
Pada hal sama jer. Berbulu jugak! Elok sangatlah tu, si adik takut
kucing dan si kakak pula phobia kucing. Sama jer dua beradik tuh.
Permulaan yg menarik...
ReplyDeleteNovel yang hebat..... Jalan cerita yang menarik....sayangnya perlu diperbaiki penggunaan bahasa inggeris...selain dr itu novel yang sangat berbaloi..tahniah MyTun
ReplyDeleteTahniah...tak rugi beli
ReplyDelete