Monday, 9 December 2013

PROLOG HIKAYAT SEMPERIT CINTA (HSC)


PROLOG

“YA ALLAH!!”
Pejam-celik-pejam-celik matanya dipanah cahaya lampu motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Silau! Motor yang ditunggang oleh dua orang remaja lelaki itu sudah melaju dan bakal menghentamnya.
Ya Allah… Matilah dia malam ini. Meninggal selepas pulang dari menunaikan solat sunat tarawih. Meninggal dalam bulan Ramadan yang penuh berkat. ‘Ya Allah..mudahan semua dosaku diampunkan Allah. Ampuni dosa kedua orang tuaku. Aku sangat menyayangi mereka,’ dia sudah mengucap dalam hati.
Kakinya keras seperti disimen ke bumi. Tak mampu nak bergerak. Mustahil dia nak buat aksi lompat kijang melepasi parit selebar sepuluh kaki tu. Lagi pun, mustahil dia nak melompat dengan telekung yang masih tersarung di kepala. Lagi terharu bila dia memakai baju kurung kain kapas yang sungguh sopan tak ubah seperti gadis melayu terakhir pulak tu. Adooiii..
Kalau jatuh dalam parit macam mana? Sedalam mana parit ni? Buatnya tenggelam, tak ke naya. Bukannya dia reti berenang. Setakat kuak memerang tu tahulah sikit-sikit.
Sudahnya… mata dipejam rapat. Tawakal..
Street!!!!
Dumm!!!!
Bush!!!!
Kaki kanan terasa perit dirempuh dan badan mula melayang. Dapat dibayangkan badannya yang kurus keding itu melayang dan tergolek tak ubah seperti cempedak buruk yang terpelanting ke dalam parit.
Eh! Kenapa tak jatuh? Dia membuka mata.
Allahuakbar!
Masa seakan terhenti. Jantung seakan terpelanting bila sepasang tangan sasa memaut erat kedua lengannya. Badannya yang hampir melayah jatuh ke dalam parit ditarik lembut ke tepi jalan. Fuhh! Nasib baik. Kalau tidak… pasti sekarang ini dia sudah berenang-renang di dalam parit. Itu kalau berenanglah. Kalau arwah, macam mana?
 “Awak okey?” soal si penyelamat. Prihatin.
Dalam cahaya lampu jalan dia nampak ‘hero’ berbaju melayu merah hati dan berseluar jean yang muncul dengan gaya penyelamat yang sangat macho dan stylo. Wah! Dah macam ala-ala Zorro. Cuma Si Zorro versi melayu ini tak bertopeng dan rambutnya ala-ala ‘Hafiz awan nano’. Di wajah Si Zorro terpamer riak risau.
Dia terkejut. Sepantas kilat pegangan tangan itu ditepis. Serta merta dia jatuh terjelepuk. Terduduk sopan. Bersimpuh! Adeh! Terasa punggungnya pedih.
“Awak..!” Si Zorro terkejut. Sepantas kilat si Zorro bertinggung di hadapannya. Ingin membantu.
Saat ini lidah terkelu melihat si Zorro yang baik hati. Dalam masa yang sama matanya sempat menyorot pada motorsikal yang sudah terjunam separuh ke dalam parit. Eh! Tak tenggelam pula?
Ces! Tak adalah sedalam mana parit tu? Tengok tu! Kapcai buruk je pun. Dah nazak dan nak terbelah dua lagi hah. Dua orang budak yang menonggang kapcai tadi sudah tidak kelihatan.
Eh! Mana budak-budak tu? Kalau dia dapat, dia nak piat-piat telinga tu. Tak padan dengan kecik nak menonggang motor! Itu mesti pakai ‘lesen kambing’ tu. Main rembat entah motor siapa-siapa. Orang pergi solat, time inilah korang nak merempit ek? Ada hati nak jadi pelumba Grand Prix.  Hish! Anak sapalah ni?
Tapi.. seketika kemudian.
Ya Allah! Jantung seperti mahu meletup. Adakah budak-budak itu sudah tenggelam dalam parit? Air cetek je kan? Tapi kenapa tak nampak pun! Adakah mereka cedera parah? Atau lebih teruk lagi… mati.
Ya Allah mati lemas ke?
Eh! Tak! Tak! Dia sudah resah. Gelabah gajah. Badan mula menggigil. Eeee..!! Tak dapat dibayangkan sehari suntuk dia akan disoal siasat oleh pihak Polis. Tak dapat difikirkan perasaan ibu bapa budak-budak itu bila dapat tahu yang anak mereka meninggal dunia kerana kemalangan. Sudahlah lusa nak raya.
‘Ya Allah… selamatkan budak-budak tu,’ sempat lagi dia memanjat doa dalam hati.
Are you okay?” terasa bahu disentuh. Kembali ke realiti.
Err… budak-budak tu… Mereka… maa…” Dia tak mampu menghabiskan ayat. Mula rasa serba tak kena. Jari dituding ke parit. Sekejap dipandang Si Zorro dan sekejap dipandang parit. Tak tahu nak mulakan kata. Kosa kata dah out! Dia masih dalam kejutan. Badan mula shaking tak ubah seperti pesakit Parkinson. Air jernih yang tak diundang sudah meleleh laju. Hati mula longgar dari paksi. Tunggu masa nak luruh. Wajah sudah pucat. Takut yang amat-amat! Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu.
Hey.. jangan menangis. Budak-budak itu okey. Dia orang sempat terjun dan lari…” pujuk Si Zorro sambil tersenyum nipis.
“Hah! Lari?” bulat matanya. Kurang asam! Pengecut! Kelam kabut air mata dilap. Membazir je menangis!
Ye lari… Mungkin mereka takut. Mari.. saya tolong awak bangun. Awak mungkin cedera..” Si Zorro menghulur tangan.
Cedera? Huluran tangan Si Zorro tidak disambut. Mustahil dia mahu memegang tangan lelaki ajnabi yang tidak dikenali pula tu. Dia cuba bangun sendiri. “Ya Allah! Sakitnya.... kaki saya… kaki saya.. tak boleh gerak…”
Dia terduduk semula. Melihat kaki kanan yang terlipat ke belakang. Uwaa… lutut dan kaki terasa tak mampu digerakkan. Automatik, mata memandang kain baju kurung yang sudah terkoyak lebar mendedahkan lutut dan kaki yang tercedera. Telekung yang tersarung sudah terbang entah ke mana. Rambut sudah berserabai. Jangan-jangan wajahnya dah macam kembar mak lampir. Dipandang telekung yang berdarah. Banyaknya darah….
Darah? Spontan tulang temulang terasa mereput seperti disimbah asid. Terus semangatnya hilang. Dia rasa pening. Badan terasa ringan. Sungguh dia phobia dan trauma bila melihat darah. Dia akan ‘tumbang’ bila-bila masa sahaja.
“Saya tolong awak bangun. Hati-hati. Perlahan-lahan bangun. Jangan gopoh! Jangan tengok luka tu. Nanti awak pitam..” Seakan faham apa yang difikir, Si Zorro menghulur tangan sekali lagi. “Give me your hand. I want to help you.. Please trust me..”
Dia terdiam. Wajah Si Zorro dipandang lama. Blur!
“Hulurkan tangan awak. Don’t scared.. I want to help you,” arah  Si Zorro lagi.
Akhirnya huluran tangan Si Zorro disambut. Saat tangannya bersatu dengan tangan lelaki itu, terasa dirinya seperti terkena renjatan elektrik. Aliran itu terus menuju laju ke hati membuatkan hatinya serta merta dilanda gempa dan kebas. Tika itu juga matanya berlaga dengan sepasang mata Si Zorro.
‘Subhanallah! Cantiknya mata... honey gold eyes.’ Dia terpegun dan terpesona. Sangat mengasyikkan dengan senyuman ikhlas terukir di bibir Si Zorro. Perfect! Hilang rasa malu. Hilang rasa sakit yang menyengat di lutut dan kaki.
Dirasakan kakinya seakan tak menjejak bumi. Sedang terbang menuju awan, menari-nari dan ditemani jaluran pelangi yang sangat cantik. Indahnya. Ada satu rasa yang hadir. Rasa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasa tenang, damai dan dihargai. Rasa yang mampu mengubati hatinya yang sedang ‘sakit’ dan terluka. Hanya Tuhan yang tahu betapa indahnya rasa itu dan saat ini dia tak mahu rasa itu pergi.
Slow-slow bangun ye..”
Dia masih terleka. Ya Allah.. bahagianya. Terus dia jadi lupa pada luka dan darah yang masih mengalir semakin banyak. Lupa pada sakit. Lupa bahawa tangannya masih bertaut pada tangan Si Zorro.
“Okey ke tak ni?” lembut suara Si Zorro bertanya.
Dia angguk pada Si Zorro. Spontan senyuman manis tanda ‘terima kasih’ terukir di bibir. Senyuman ikhlas yang jujur dari hatinya.
“Boleh berjalan tak?”
Dia angguk lagi. Huh! dah macam burung belatuk rasanya. Asyik angguk je. Walau hati melarang tapi mata masih nak memandang empunya honey gold eyes itu. Hinggakan nak mengedipkan mata pun dia rasa sayang dan tak mahu. Takut tak dapat melihat cahaya dari mata itu lagi. Sangat rugi!
Good girl..” Si Zorro tergelak kecil.
Dia senyum dan tunduk. Tiba-tiba dia rasa segan. Tika itulah dia terpandang darah yang mengalir semakin banyak di kaki. Darah! Pegangan tangan terlepas. Terkejut.
“Awak! Jangan pandang darah tu..” cepat-cepat Si Zorro mencapai tangannya.
Ketika itulah badannya sudah lembik dan tak berdaya untuk berdiri. Kedua-dua lututnya sangat lemah. Matanya kembali berpinau dan dia terus lembik.
“Awak…”

“Ya Allah! Yang oii! Apa dah jadi dengan cucu aku? Awat hampa langgaq cucu aku?” Dari arah surau yang berdekatan, wanita separuh abad yang masih bertelekung muncul dan menjerit kuat.

1 comment: