Hish!
Tajuk.. serius bahaya. Nampak sangat macam dia sibuk nak mencari calon suami
atau teman lelaki. Padahal niat asalnya adalah mencari resepi baru untuk
percubaan. Entah macam mana jarinya boleh pulak
terklik ke link ini. Alang-alang
terpampang tu, baca sajalah. Bukannya rugi. Ilmu juga kan? Tapi kalau tahu dek
Syud, mampus kena gelak. Silap hari bulan mahu jadi ‘bahan’ setahun. Tahulah
mulut Syud tu macam mana. Sometime no
ansurance. Cap longkang juga tu..
“Jaga
hubungan kita dengan Tuhan. Tak usah sibuk nak mencari. Insya-Allah dia mai (datang) sendiri. Pasai (sebab) Allah sayang kat kita.
Allah bagilah orang yang sayang kat kita jugak.
Allah bagi orang yang sayang kat Dia tu sayang kat kita jugak. Sama-sama sayang. Kena sangatlah tu. Pasti bahagia hingga ke
Jannah.” Itu kata Ustaz Don, penceramah yang paling meletop dan glamour dalam slot “30 minit Ustaz Don”
di siaran tv Al-Hijrah sekarang ini.
Muzz
angguk. Wah! Betul jugak kan? Jodoh
itu kan Allah SWT dah tetapkan. Itu semua rahsia dan perancangan Allah. Buat
apa kalut nak mencari bagai? Kalau dah sampai masa, adalah kan? Buat apa nak
berfikir sampai pecah kepala dan reput tulang belakang kononnya tak ada orang
nak, kan? Muzz mengukuhkan sila atas kerusi sambil menimbang buruk dan baiknya
artikel yang dibaca tadi.
Dia
meneruskan bacaan yang semakin menarik.
“Kata
orang.. kalau nak cari calon buah hati atau suami, carilah yang beriman dan
berhati baik. Tak kisahlah kalau muka tu, sekali pandang dah macam muka ‘pecah
rumah’ atau ala-ala Tai Long, samseng Bukit Bintang. Janji hatinya jujur,
ikhlas dan berniat baik pada kita. Hati yang ikhlas dan baik itu akan terpancar
pada wajah.”
Jari
telunjuk yang runcing mengetuk bawah bibir. Betul jugak tu? Jangan cari yang panas baran. Sakit badan nanti.. Hish!
Minta simpanglah. Kalau dapat yang handsome
dan meletup ala model majalah
Maskulin itu pun tak guna juga kalau
harap muka je smart dan kacak tapi perangai.. Nauzubillah. Nak pula dapat yang
‘kaki clubbing’ dan ‘kaki pompuan’
atau ‘kaki jantan’. Aiyoo.. boleh
terbalik dunia. Tak siorlah teman..
Sebab itulah yang paling penting kena cari yang beragama.
Yelah.. Setuju sangat dengan artikel ni.
Muzz terus
membaca. “Kata orang lagi. Kejujuran hati akan terpancar pada wajah dan mata
seseorang. Mata tak akan menipu. Dari mata akan turun ke hati. Dan di hati akan
hadir satu rasa yang tak dapat kita gambarkan bagaimana. Rasa yang sangat
bahagia. Rasa yang dianugerahkan Allah. Dan itulah namanya cinta. The eyes are the windows of the soul.”
Bacaan
Muzz terhenti seketika.
Boleh
pakai ke statement tu? Semudah itu ke
untuk jatuh cinta? Muzz menggaru kepala yang tidak gatal. Macam tak logik pulak! Tapi.. jauh disudut hati dia mahu
mengakuinya kerana ‘rasa’ itulah yang menyebabkan dia menutup pintu hati untuk
selama-lamanya.
Muzz
menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Mata dipejam rapat.
Hanyut sekejap. Ingatannya bagai dipanggil oleh sepasang mata yang tenang itu.
Sehingga sekarang dia tak boleh lupa sepasang mata yang indah itu. Tak mampu
dibuang jauh. Walaupun ianya sudah hampir dua tahun berlalu. Melihatkan mata
itu hatinya berlagu riang. Ada debaran mengetuk hati. Mengocak hati wanitanya.
Adakah itu
dikatakan cinta? Hish! Mustahillah. Hati Muzz menepis. Bukanlah.. dia rasa suka
je tu. Rasa terhutang budi mungkin.
Itulah pertama kali dia memandang sepasang mata yang boleh membuat jantungnya
seakan beralih paksi. Sayang dia tak sempat mengenali pemilik mata itu.
Kenapa ek? Setiap kali ingatan pada si pemilik
sepasang mata indah itu bertandang, dadanya mula dilanda getaran hebat. Seperti
diseru-seru. Mustahil dah kena jampi! Sempat ke mamat tu menjampi? Hish! Percaya yang bukan-bukan. Syirik semua
tu..! Buat rosak akidah je.
“Wehh! Kau baca apa ni? Khusyuk semacam!”
Sepasang tangan sudah mendarat di bahu dan secara tak langsung membuatkan Muzz
terperanjat. Nasib baik tak jatuh kerusi.
“Wow! Interesting
mehh! Tips mencari pasangan hidup? Pasal jodoh? Kau biar betul, Muzz?”
Bulat mata Syud melihat apa yang dibaca sahabatnya ketika itu. Macam tak
percaya. Kepala Muzz terhantuk di tangga ke pagi tadi? Apasal boleh baca artikel luar alam pulak ni? Syud pandang
Muzz berkali-kali.
Muzz yang
terkejut kelam kabut membuka mata dan menoleh. “Syud! Terkejut aku. Hish! Bila kau balik? Masuk bilik aku
tak bagi salam. Tak ketuk pintu pulak tu.. Nasib baik aku tak ada baca artikel
yang 18 tahun ke atas. Kau ni.. amalkan selalu.. Cepatlah aku kojol nanti.” Dia menarik nafas.
“Banyak
kau punya tak bagi salam! Aku ketuk pintu bagai nak rak. Dah macam nak tercabut
pintu tu. Silap hari bulan dengar sampai ke rumah sebelah. Kalaulah pintu bilik
kau tu orang, dah lama dia ketuk kepala aku balik. Kau tu yang leka membaca.
Kalau orang bom rumah ni pun kau tak sedar! Tengok-tengok dah ‘selamat’ hangus
sambil duduk,” marah Syud.
Ye ke? Muzz terdiam. Tak dengar bunyi ketukan pun.
“Dah tu
boleh pula kau baca topik pasal jodoh. Buang tebiat ke apa? Tak pernah buat
kerja-kerja luar alam macam ni. Apasal?
Dah sampai seru ekk? Pintu hati dah
terbuka ke? Patutlah aku macam terbau nasi minyak. Wah! Bestnya…”
Muzz
menjeling Syud dengan ekor mata. Apa yang Syud merepek pun dia tak tahu. Pintu
dan tingkap hati siapa yang dah terbuka?
“Mana ada
serunya, Syud. Actually.. aku google nak cari resepi baru nak buat
percubaan. Macam biasalah. Tapi.. tiba-tiba website
ini pula yang appear. Itu yang aku
terbaca. Tapi tak salah kan? Untuk panduan hidup. Tak rugi pun. Ilmu juga… Kau
pun patut baca artikel ni. Tak adalah kau terkejarkan Farish Daniyal yang tak
semenggah tu lagi. Insaf sikit.” Balas Muzz.
Nama
Daniyal tu dah ala-ala Ustaz Don Daniyal tapi sikit habuk pun tak ada macam
Ustaz Don. Tak tahu macam mana si Syud boleh berkenan dan tersangkut bagai nak
rak dengan Farish a.k.a Brad Pitt
MSU. Kononnyalah...
Nak kata
Farish tu sangat kacak? Rasanya bersepah lagi senior lelaki yang kacak-kacak di MSU tu. Lima puluh kali ganda
lebih baik dari Farish. Tapi, Farish Daniyal juga yang diangaukan Syud siang
malam. Setia hingga hujung nyawa kononnya. Padahal Farish Daniyal tu maha buaya
ya amat. Pasang girlfriend keliling
pinggang di belakang Syud. Syud saja yang tak mahu percaya. Kononnya itu semua
fitnah. Kata Syud orang lain tu dengki sebab Farish Daniyal yang handsome dan hot itu sudah memilih dia. Menyebabkan ramai gadis patah hati dan
kecewa seterusnya cemburu dengan hubungan mereka.
Aduhai..
Muzz rasa nak muntah hijau dengan statement
Syud tu. Cinta begitu meloyakan. Boleh buat orang jadi tuli dan buta. Alahai..
Suatu hari dia harap sangat Farish Daniyal terkantoi curang di depan Syud. Baru
Syud tahu buah hati kesayangannya tu jujur, setia atau tak? Nasihat orang
langsung tak mahu dengar..!
Syud mencebik.
Huh! Apa kena mengena dengan ‘Farish Daniyal aku’ pulak? Pantang betul kalau nama pakwe kesayangannya itu disebut
Muzz. Bukan dia tak tahu sejak dari awal perkenalannya dengan Farish Daniyal
hinggalah saat ini, kiranya dah
dua tahun bercinta. Muzz tak pernah setuju dengan pilihannya. Sedangkan dia
rasa Farish Daniyal tu okey je di
matanya. Senior idaman Malaya tu
seorang yang caring and loving. Gentleman pulak tu. Dia tak pernah lihat kecurangan Farish Daniyal. Muzz tu
saja je! Mudah sangat dengar cakap-cakap
dari mulut orang yang cemburukan hubungan dia dan Farish.
“Tu apa
hal pula yang tercebik-cebik? Ingat cantik sangat ke bila tayang mulut itik
macam tu? Ikat kang..” Muzz
menjeling. Dia nampak mulut Syud yang terherot-herot. Ada yang Syud tak puas
hatilah tu!
Syud
sengih. “Hehehe.. Muzz, sedang elok
pun kan kalau kau nak kahwin sekarang ni tau. Kita kan dah nak habis study. Kalau dah sampai jodoh buat apa
nak tolak? Siapa Muzz? Cakaplah dengan aku.” Cepat-cepat Syud mengalih topik.
Bahu Muzz ditolak dengan siku. Ada senyuman nakal tersungging di bibir. Dia tak
mahu bermasam muka dengan Muzz sebab Farish Daniyal. Tak suka!! Nanti Muzz
mogok masuk dapur. Melaparlah dia dan Nisah.
“Siapa
apa? Yang tiba-tiba sebut bab kahwin dan jodoh ni apa kes? Buang tabiat ke? Study pun tak habis lagi. Kerja tetap
pun tak ada. Agak-agaklah..”
“Calonnyalah...
Lelaki yang berjaya buka pintu kebal hati kau yang berkurun tertutup. Chef Amrun yang garang itu ke? Dia
melamar kau ek?” Syud meneka.
Sejak dia
tahu ketegangan yang berlaku antara Muzz dengan Head Chef di hotel yang
Muzz praktikal sekarang ini. Memang kerap Muzz menjadi bahan usikannya.
Walaupun dia tahu yang Muzz tak suka dan maha ‘anti’ tahap gaban. Muncung Muzz
akan panjang berjela-jela kalau dia menyebut nama chef yang seorang tu. Wajah cantik Muzz akan bertukar merah menahan
marah.
“Choiiilah… kau! Boleh tak kalau satu
hari kau jangan sebut nama chef sombong
dan berlagak macam bagus tu? Aku tak sukalah. Kembang telinga aku! Dekat hotel
dengar nama dia, dekat rumah lagi.. Hilang mood
tau.”
“Alah…
sebut je. Bukan kena tax pun.”
“Tax tak tax. Aku tak sukalah. Kau sebut ni kang.. Ada pula dia tersedak kat New York sana. Hish! Arlegik tau tak?”
“Oohh.. Chef kerek tu pergi New York rupanya. Bila? Sampai bila dia kat
sana? Kenapa dia pergi sana? Bercuti ke? Dengan siapa dia bercuti?”
bertubi-tubi soalan Syud mengalahkan wartawan pencen.
Muzz
jongkit bahu. Amboi! Banyaknya soalan. Ingat aku PA chef sombong tu ke?
“Entah.. aku tak perasan bila dia pergi dan kenapa dia pergi. Aku memang tak
pernah ambik port pasal dia. Dia tak ada lagi bagus dari ada. Aku tahu dia pergi
sana pun dari budak-budak kitchen yang
lain. Dia orang cakap, two weeks dia kat
sana. Vacation. Huh! Imaginekanlah.. betapa amannya dunia
aku. Tak ada gangguan. Bahagia sangat. Dah tak ada orang nak berleter dan
sindir-sindir aku setiap hari macam Joyah hilang gigi! Tak ada orang nak
marah-marah dan ragging aku.”
Syud
tergelak melihat wajah gembira Muzz. Kucing tak ada, tikus boleh buat konsert.
Dalam hati dia rasa kasihan juga pada Muzz kerana mendapat penyelia praktikal
yang garang dan sombong macam Chef Amrun
tu.
Teringin
juga dia nak bertemu mata dengan lelaki yang selalu membuatkan darah Muzz
mencanak naik. Kira hebatlah Chef Amrun
tu kerana berjaya membuatkan darah Muzz mendidih dan menggelegak. Yelah.. Muzz tu kan kategori gadis yang
mempunyai tahap kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Cool mengalahkan ais di Kutub Utara. Tak suka nak marah orang tak
tentu hala. Tapi, bila Muzz marah… siaplah telinga. Memang boleh sampai tahap
cair. Non stop bebel!
“Kau dari mana ni?” tanya Muzz. Dia
mengalih letak punggungnya. Lenguh pula bersila atas kerusi lama-lama.
“Dari
kuliah. Suddenly.. Puan Ainur buat
kelas ganti. Tired beb. Otak rasa dah
tepu sangat. Tak boleh nak absorb
apa-apa dah. Mana dengan projek nak kena submit
bulan depan. Apa pun tak prepare
lagi. Serabut gila beb.” Syud
mengeluh.
Hari ini
Syud rasa over exhausted. Sejak pagi
tadi dia terkejar-kejarkan kuliah dan library.
Seksa bila berada di final year.
Cepatlah berlalu final year ini. Azab
sangat dah…
“Ooohh…yang kau tiba-tiba muncul di bilik
aku ni kenapa pula? Selalunya jarang kau nak masuk bilik aku kalau tak ada hal.
Ini mesti nak minta tolong apa-apa nih..”
Muzz gelak nakal. Jangan-jangan nak minta tolong buat assignment.
“Tak
adalah. Aku selisih dengan Nisah kat kolej. Dia cakap pada aku yang kau tak
keluar-keluar bilik dari tengahari tadi. Berkurung. Tak makan, tak apa. Kenapa?
Kau demam ke? Ni hah tak keja ni, kau ponteng ek? Mentang-mentang chef ‘kesayangan’ kau tak ada. Boleh pula
bersenang lenang goyang kaki kat rumah. Kalau tidak.. nak nampak batang hidung
pun susah. Asyik kerja aje..” Spontan belakang tangan Syud sudah melekat di
dahi Muzz yang putih gebu dan tiada tercalit sebarang kecacatan atau parut.
Sebiji jerawat pun tak pernah muncul rasanya.
Muzz
mengelak. Tangan Syud ditolak lembut. “Eh! Mana ada demam. Aku sihat je. Pandai aje Nisah buat cerita. Aku off duty hari ni. Dapat dua hari. Sebab
hari tu aku standby untuk function Menteri. So.. dah terlanjur cuti hari ini, aku buat puasa ganti. Itu yang
aku berkurung. Rasanya Nisah pun tahu aku puasa hari ni. Sebab Nisah pun puasa
juga. Aku dengan Nisah bangun sahur pagi tadi. Kau tak sedar ke?”
Syud
mengeleng. Langsung tak sedar. Tidur mati. “Tinggal berapa hari lagi ni?”
“Tinggal
lagi dua hari. Dah kebetulan tu, baik aku habiskan.. Tak adalah kelam kabut aku
nak bayar balik bila nak datang bulan puasa nanti. Lagi pun seharian aku kemas
bilik aku ni. Bilik bersepah macam tongkang pecah. Nak cari baju pun susah.”
“Lahai… kenapa tak cakap dengan aku kau
berdua nak puasa? Aku pun nak puasa juga. Aku pun tinggal dua hari je lagi. Sampai hati kau orang tak
tunggu aku. Nanti aku puasa sorang-sorang. Mana best!” keluh Syud. Tanpa meminta izin ‘cik bilik’, dia melabuh
punggung di atas katil bujang milik Muzz.
Katil itu
kemas dengan cadar bercorak bunga lily dan lavender. Dia tahu Muzz memang
sukakan bunga lavender. Dari bilik sampai ke dalam kereta, hanya wangian itu
melekat di hidung. Bilik yang sederhana besar itu dipandang. Muzz memang bijak
menghias bilik. Nampak simple dan
minimalis. Menarik.
“Eh! Kau
ni nyanyuk ke hilang ingatan? Kau kan ‘coottti’. Baru tiga hari lepas kena
senggugut sampai ponteng kuliah. Terguling-guling atas katil. Tak ingat? Nak
puasa kemendenya pulak? Agak-agaklah weh kalau
rajin pun!”
Syud
ketawa. Ditepuk dahi. “Ha’ahlah…
Macam mana aku boleh lupa pula ni?” Aduyai
ini semua sebab assignment yang
berlonggok-longgoklah ni. Sejak dua tiga bulan ini, hidupnya agak cacamarba
dengan kertas projek dan assignment.
Hidup mengalahkan zombi. Makan pun terkejar-kejar. Nasib baik dia sudah
praktikal semester lepas.
Cepatlah
habis semester ini. Dah tak daya rasanya. Cepat habis study, cepat cari kerja dan pegang duit sendiri. Dah malas rasanya
nak mengadap buku lagi. Macam nak muntah hijau.
“Entah
apa-apalah kau ni. Umur muda lagi tapi dah jadi pelupa! Macam nenek-nenek!”
ngomel Muzz. Dia menyambung
mengadap lappy. Artikel menarik ni..
Rugi kalau tak habiskan bacaan. Syud ni kacau daunlah.
Syud hanya
memandang. Dari duduk dia terus berbaring di atas katil milik Muzz. Dua kaki
disilang dan digoyang. Tangan kiri diampu pada belakang kepala. Tangan kanan
diletak atas dahi. Matanya masih memandang belakang Muzz.
Dari
belakang dia nampak sipi-sipi wajah mulus dan putih gebu milik Muzz. Wajah yang
begitu comel dimatanya. Sudah hampir tiga tahun lebih dia mengenali Muzz. Sejak
dia dan Muzz mendaftar sebagai pelajar di MSU. Walaupun fakulti yang berbeza
tapi mereka sebilik di asrama dan sekarang mereka serumah.
Mereka
selalu menghabiskan masa bersama. Mereka berdua dah seperti kembar siam. Ke
mana pun berdua saja. Kerap kali juga Muzz mengikut dia balik ke kampung mama
di Melaka apabila cuti semester. Dan dia juga pernah mengikut Muzz balik ke
kampung Aunty Nurin di Kedah. Sebab
itu ramai teman kolej menggelarkan mereka ‘Twin
Happiness’.
Siapa
sangka gadis cantik manis ini sebenarnya lebih tua dua tahun daripadanya. Di
awal perkenalan dia cuba memanggil ‘Kak Muzz’ tapi rasa macam janggal sebab
Muzz nampak seperti sebaya je. Lagi
pun Muzz juga yang minta untuk tidak dipanggil ‘kakak’. Just panggil nama. Muzz cakap, lagi senang dan selesa begitu. Dia
ikut je.
Seminggu
ini, Syud perasan mood Muzz seakan
berubah sedikit. Tak seperti biasa. Ada ketika wajah Muzz seperti orang mogok.
Ada kekeruhan yang tak dapat dibaca. Kenapa? Adakah Muzz bermasalah dengan
pengurusan hotel? Mesti Muzz tertekan asyik kena ‘belasah’ dan buli dengan Chef Amrun tu.
“Uit! Kenapa pandang aku macam tu? So scary..” tegur Muzz sewaktu
berpaling. Terkejut melihat renungan tajam Syud. Macam nak makan orang pun ada.
Sebenarnya
Muzz sudah tamat membaca artikel itu. Apa yang Ustaz Don cakap tu dia setuju
sangat.
“Berserah
pada takdir. Jodoh itu milik dan rahsia Allah. Tapi kena berdoa dan berusaha
jugak.”
Part berdoa itu Muzz sokong sangat-sangat. Tapi berusaha mencari
itu yang berat sikit. Dia macam tak berapa nak sokong. Mustahil kena berusaha
nak cari teman lelaki. Tunggu datang bergolek macam bola boling mencari pin tak
boleh ke? Nak mencari? Memang tidaklah… Dia dah serik.
Malah
sekarang ini, pintu hatinya seolah tak terusik dengan ucapan cinta lelaki.
Kebal gila. Setiap kali mengingati cinta, dia akan jadi manusia yang ‘sangat’
penakut, pasif dan beku. Dia tak percaya cinta. Kerana cinta hidup dan maruahnya hampir musnah. Dan paling
dia sedih kerana cinta, papa dan mama berpisah. Sakitnya.. hanya Tuhan yang
tahu.
“Woit! Apa pandang-pandang?” tegur Muzz
sekali lagi. Tak puas hati melihat renungan Syud yang seakan tembus ke
tengkoraknya.
Syud
ketawa. “Pandang pun salah ke? Bukan kena bayar tax pun! FOClah.. Lagi
pun ini mata aku. Suka hati akulah nak pandang apa pun. Tak luak pun!”
“Ada aku
cakap kena bayar tax ke? Cuma aku
pelik bila kau pandang macam tu. Tahulah assignment
berlambak. Tapi janganlah show muka
macam nampak alien baru turun ke
bumi. Scary beb.. Nasib baik kau
perempuan. Kalau lelaki dah lama kau jadi Kassim Selamat. Mata tu aku cucuk
dengan pen. Nampak so gelenya!” tempelak Muzz.
Syud
bangkit dari baring dan bersila. Rambutnya yang berselerak dirapikan. Dia
tersenyum nipis dan terus memandang wajah cantik Muzz. Kenapalah sahabatnya ini
cantik sangat? Dengan rambut lurus, hitam berkilat paras bahu. Alis mata yang
lentik dengan sepasang mata yang bundar dan comel.
Serius,
Muzz langsung tak nampak seperti gadis dalam usia 25 tahun. Kalau dikatakan
umur 18 tahun dan baru lepas SPM pun orang percaya. Dah itu boleh pula sampai
sekarang ni single-mingle tak ada couple. Tiga tahun di MSU tak ada pula
Muzz berminat atau melekat dengan mana-mana student
lelaki. Memang Muzz tak pernah layan. Muzz buat bodoh je. Itu fasal ramai student
lelaki MSU yang frust menonggeng
kerana cinta ditolak mentah-mentah.
Muzz ini
memang pelik sikit kalau bab relationship
and love. Kata Muzz pintu hatinya belum terbuka. Siapa yang Muzz tunggu? Si
pemilik mata indah tu ke? Wujudkah lagi? Hish! Tak kut…
Walaupun
dia dan Muzz bersahabat baik. Sebenarnya banyak perkara yang dia sendiri tak
tahu tentang Muzz. Samar-samar! Muzz ni perahsia juga orangnya. Dah bertahun
mereka kenal, tapi tak pernah Muzz bercerita pasal family. Dia tahu Muzz anak tunggal tapi dia tak pernah kenal ibu
bapa Muzz. Kalau ada pun tentang Aunty
Nurin itu je.
Pasal Aunty Nurin itu pun dia tahu sebab Aunty Nurin kerap menjenguk Muzz.
Lagipun Aunty Nurin tu tinggal di
Subang saja. Setiap kali raya, Muzz akan balik beraya dengan keluarga Aunty Nurin. Kata Muzz, Aunty Nurin itu sahabat baik
keluarganya. Itu sahaja. Lebih-lebih tak ada. Tentang parent kandung, sikit pun Muzz tak pernah buka mulut.
Selama
mereka di MSU ini juga, Syud tak pernah nampak parent kandung Muzz datang menjenguk. Semuanya dikawalselia oleh Aunty Nurin.
Muzz juga
tak seperti gadis lain yang sibuk menampal atau mempotretkan gambar keluarga
dan insan-insan yang tersayang di atas meja study
atau dinding? Buat menghilang rindu. Meja study Muzz kosong saja. Hanya ada buku-buku rujukan, koleksi CD
lagu, DVD movie dan novel Inggeris. Pelik kan?
Syud
pernah juga bertanyakan Muzz tapi Muzz hanya diam dan bijak menukar topik
perbualan. Nampak sangat Muzz tak suka bercerita fasal keluarganya. Dan selaku
seorang kawan, dia hormat privacy
Muzz.
“Syud! Kau
berangan ek? Dah sampai planet
Krypton ke belum? Dah jumpa Superman?
Boleh sampaikan salam aku pada dia tak?” tegur Muzz. Pelik melihat sikap Syud.
Teruk benar ke assignment Digital System Design (DSD) sehingga
menjadikan Syud cenggitu gaya. Sudah seminggu Syud asyik sebut pasal DSD. Dah
macam berzikir je. Kadang-kadang
sampai menggigau. Ha..ha..ha..
“Mana ada
berangan. Aku sebenarnya teringatkan kau..”
Muzz
ketawa kuat. Biul agaknya Syud ni. Memang sah! Sindrom DSD ni!
“Yang kau
gelak kenapa? Aku ada buat lawak ke?” Syud tayang muka tak puas hati.
“Tak
adalah buat lawak tapi perangai kau tu memang lawak. Lawak di petang selasa.
Aku kat depan mata pun kau boleh duk
teringat. Aku bukan makwe kaulah. Aku bukan abang Farish Daniyal kau! Buang
tebiat ke apa kau ni?”
“Janganlah
sebut pasal Farish, boleh tak? Rindu gila aku dekat dia tau. Dah sebulan aku
tak jumpa dia. Daddy dia hantar dia
ke UK. Miss him so much… uwaaa…”
“Alah..
baru sebulan. Belum lagi setahun.” Muzz menjuih bibir. Macamlah tak boleh call, kan? Menyampahnya. Itulah..
bercinta lagi dengan anak orang kaya. Sudah tentulah Farish Daniyal sibuk nak uruskan
business keluarganya tu. Dah namanya
waris tunggal.
“Kau cakap
senanglah. Bila kau bercinta nanti kau tahulah macam mana rasa sakitnya rindu.
Macam mana sakitnya berjauhan...” Syud tarik muka. Sejak Farish Daniyal ke UK,
lelaki itu tidak pernah menghubunginya walau sekali. Dia ada menghubungi Farish
tapi macam biasa, masuk voicemail.
Sakitnya jiwa raga menahan rindu.
Muzz
mencebik. Kalau macam ini punya seksa bercinta memang dia tak ingin. Minta
simpanglah! Jauhkanlah dia dari cinta yang menyesatkan.
“Okey..
pasal tadi tu. Apasal kau tiba-tiba
teringatkan aku? Aku sentiasa ada depan kau, okey. Seven day per week. Tak hilang mana pun!”
“Memanglah..
Sebenarnya seminggu ini aku perasan mood
kau macam kureng sikit. Ada ketika
macam swing. Asyik nak berkurung je. Tak banyak cakap. Apasal? Kau ada masalah dengan praktikal
ek? Chef Amrun buli kau lagi ke? Kali ini dia buat apa pada kau? Suruh
kau kupas bawang habis sebesen lagi ke? Cuci longkang sehari suntuk? Kupas
nenas sampai terluka jari?”
Muzz
ketawa nipis. Masa bila dia berkurung? Rasanya dia sentisa ada. Kalau tak di
bilik tidur pasti di ruang tamu, layan movie.
Tak pun di dapur mencuba resepi. “Aku okey aje. Mana ada berkurung pun. Tak
perasan pulak yang mood aku swing!”
“Habis tu…
kenapa kau macam monyok je? Susah nak
berbual dengan kau. Asyik lepak dalam bilik aje..”
“Mana ada
monyok! Perasaan kau je tu. May be sebab aku shift petang dan balik pagi. Kadang-kadang bila stay sampai malam,
aku balik kau dah tidur. That’s why
kau perasan aku asyik berkurung. Lagi pun minggu ni kau kan banyak nak siapkan assignment Doktor Zahra. Aku malas nak
kacau kau. Kang… kau paksa aku
siapkan assignment kau pulak. Macam dua sem lepas. Tak ke naya. Baik aku lari awal-awal.”
“Ehh! Pandai pulak kau buat cerita ye.
Bila masa aku paksa kau siapkan assignment
aku? Rasanya.. dua sem lepas aku
minta tolong kau je. Mana ada suruh
buat sampai habis.”
“Yelah Cik Syuhada Amni. Tollloonnnggglah
sangat. Berjam-jam jugak aku
bercekang mata sebab assignment computer network kau tu. Kau lupa?” Muzz senyum nipis. Main
rasa-rasa pulak! “Dan kau pulak…boleh terbongkang tidur kat
sebelah aku, siap peluk moo-moo kau.
Bijak kan?” Huh! Dia rasa nak bakar bantal peluk Syud yang berbentuk ‘kepala
lembu’ time itu juga.
Syud
tergelak kecil. “Hek eleh… yang itu
sebab kau memang expert drawing. Kira halal jelah kan?” Dah memang rezeki dia. Punyalah susah otaknya nak
menyudahkan assignment tu. Berjam-jam
otaknya dikerah berfikir untuk buat drawing.
Jammed. Tapi bila dapat saja pada
Muz, tak ubah macam makan kacang. Sekejap saja sudah siap.
Memang
tabik springlah. Mana Muz dapat ilmu computer
network tu ek? Muzz bukannya student computer engineering. Memang
gila kentanglah Muzz ni! Dasatttt beb.
Superb! Terbaik dari ladang…
“Banyaklah kau punya halal.” Muzz bangun
dan mencari sikat rambut. Rambutnya disikat perlahan-lahan sebelum diikat
tocang kuda. Dijeling jam di atas meja study.
Hampir enam dua puluh petang. Dia nak berbuka apa petang ini? Rasa macam nak
makan bihun tom yam dan carrot juice.
Semua bahan-bahan dah ada dalam peti sejuk. Cuma tunggu nak dipotong dan
dicampak masuk ke dalam periuk. Kejap
lagi dia akan call dan inform Nisah. Nisah tu on je..
“Kau nak
berbuka apa petang ni, Muzz?” soal Syud seolah mengerti apa yang difikirkan
Muzz. Dia bangkit dari katil dan
bercadang mahu ke biliknya untuk mandi. Badan dah melekit.
Hari ini
dia terpaksa menaiki teksi kerana ‘katak pisang’ kesayangannya telah dihantar
oleh sepupunya ke bengkel untuk diservis.
Dah berhari-hari aircond katak
pisang mengalami masalah. Asyik blower je.
Sejuknya tak juga. Dah rasa macam memandu dalam microwave. Dia pula terlalu sibuk minggu ini dan tak sempat nak
uruskan hal katak pisang. Kebetulan pula sepupu kesayangannya itu bercuti, bila
lagi nak dibuli, kan?
“Rasa macam
nak makan bihun tom yam..” jawab Muzz. Macam terbau-bau aroma tom yam di
hidung. Hish! Batal puasa nanti. Sabar Muzz.. Bisikan syaitan semua ni.
“Masak ke?
Atau nak makan kat kedai?”
“Masak
kut. Malas nak keluar. Kang.. kalau
keluar makan kat luar, lambat pula nak solat maghrib. Lagi pun bahan-bahan
masak dah ada. Cuma tunggu nak campak dalam periuk je. Ringkas, cepat, puas hati dan jimat bajet. ”
“Muzz..
Jom aku temankan kau berbuka kat luar. Aku pun laparlah. Tengahari tadi tak
sempat nak makan. Just makan kit-kat je sebungkus. Itu pun Nomi yang bagi. Aku lepak library sebab nak siapkan project paper. Kita makan dekat Kafe
Molek nak? Situ ada surau. Suraunya pun besar dan selesa. Bersih pun ia jugak. Stok telekung pun banyak. Kau
boleh solat maghrib kat situ. Tak ada masalah kan?” ajak Syud. Bersemangat.
Mengalahkan orang yang berpuasa.
“Malaslah
Syud. Nak makan kat rumah je. Dah
janji dengan Nisah.”
“Alah
Muzz.. Jomlah. Aku belanja. Papa aku dah masukkan elaun bulan ni. Banyak tau.
Rugi kalau kita tak habiskan. Jomlah.. Please..”
pujuk Syud lagi. Bersungguh-sungguh walaupun dia tahu Muz tak akan pandang pada
ayat ‘elaun’ tu.
Muzz bukan
jenis member yang suka ketuk member. Seposen pun Muzz tak pandang. Hidup Muzz
nampak sederhana tapi dia tahu Muzz bukan sembarangan orang. Muzz tak ambil
pembiayaan pelajaran dari PTPTN, MARA atau mana-mana agensi lain. Pengajian
Muzz dibiayai sendiri seperti dirinya. Muzz juga ada kenderaan sendiri untuk
berulang alik ke kampus. Malah Muzz tak pernah merungut tentang kesempitan
wang. Dia perasan pakaian Muzz juga bukan dari jenama biasa. Branded mari..
“Tak
payahlah kau nak pancing aku, Syud. Tak layan aku dengan elaun papa kau tu.
Lebih baik elaun yang papa kau bagi kau simpan untuk kegunaan masa depan. Aku
memang malaslah nak makan kat luar. Kesian Nisah nanti dia berbuka
sorang-sorang kat rumah. Aku dah janji dengan Nisah tau.”
Hah!
Tengok.. Kan dah agak. Syud tergelak kecil. “Kita ajak Nisah sekali.. Boleh
kan? Lagi pun kau perasan tak dah lama kita bertiga tak hang out together. Kau,
aku dan Nisah masing-masing busy
dengan last sem ni. Jomlah Muzz.”
“Macam
inilah. Tak payahlah kita makan luar. Aku masakkan untuk kau sekali. Kau nak
makan apa? Kau cakap je, aku
masakkan.” pancing Muzz. Harap-harap mengena.
“Tak nak!
Aku nak makan kat luar jugak. Dah
lama kita tak makan luar kan? Jomlah Muzz. Tak tahu lagi kita ada peluang ke
tak nak makan sama-sama nanti.” Syud masih berkeras.
Lama Muzz
terdiam. Wajah Syud dipandang sekilas. Menimbang balik ajakan temannya itu.
Mengada-ngada pula Syud ni. Selalu kalau dia offer nak memasak, Syudlah orang pertama yang melompat riang macam
kanak-kanak ribena. Siap request macam-macam. Hari ini tak mahu pulak. Jual mahal. Ada juga kena piat
telinga. Degil!
“Aku call dan cakapkan dengan Nisah.” Syud
menawar diri.
“Okeylah..
Kau call Nisah. Aku nak bersiap kejap.”
Akhirnya Muzz mengalah juga. Selagi tak bersetuju, selagi itulah Syud akan
mengajak dan memujuk. Kang… ada pula
yang merajuk nanti.
“Yess! Aku sayang kau. Aku call Nisah kejap. Lepas ni aku pun nak
mandi dulu. Tunggu tau.” Syud sudah melompat gembira dan melangkah ke pintu. Kejap
lagi dia akan call sepupunya untuk
menyerahkan kunci Honda Jazz a.k.a
‘katak pisang’ di Kafe Molek. Tak perlulah dia bersusah payah nak ke rumah
bujang sepupunya di Seksyen 19 tu.
“Tapi kan Muzz.. Kena naik Myvi pink kaulah,” ujar Syud sebelum pintu
bilik ditutup.
“Mana
katak pisang kesayangan kau?”
“Masuk
wad. Aircond problem. Boleh kan?”
“Hmmm… Okeylah. Cepat pergi mandi.
Lambat.. aku tinggal. Kau pergi jalan kaki. Aku nak singgah Shell dulu. Nak isi
minyak. Sebelum kita sama-sama kena tolak Pinky aku tu.”
Syud
tergelak. Sampai ke hati Muzz nak tinggalkan dia? Berani potong jarilah. Muzz
tak akan buat punya.. “Sayang kau tau. Kau memang baiklah. Terbaeekkk di pasaran.” Syud ketawa sakan.
Muzz
mengeleng melihat gelagat Syud. Dah macam budak kecik aja si Syud ni. Tahulah anak bongsu. Tapi agak-agaklah.
Langsung tak matured! Harap umur je dah boleh jadi mak orang.