PART 1
“ARGH!!!
Get out from my room! Go away! Don’t disturb me!! Leave me alone!”
![]() |
| "CINTA awak buat saya hidup " - Uqail |
Jeritan
itu mengejutkan Teja yang sedang berdiri di balkoni bilik. Serta-merta jiwa
Teja kembali resah gelisah dan hati menjadi sakit seperti dilontar dengan batu
oleh berjuta-juta manusia.
“Ya
Allah… maafkan aku. Kerana aku dia sengsara. Kerana aku dia menderita,” ujar
Teja sayu. Air mata mula berkolam. Tunggu masa untuk gugur.
Sungguh
Teja rasa sangat bersalah. Hati dan jiwanya tidak pernah merasa sesakit ini.
Tidak juga ketika kecewa ditinggalkan Aidil. Sepuluh jari mencengkam kuat pagar
batu balkoni. Kesakitan pada hujung kuku tak dihiraukan. Mata dilontar ke
banglo sebelah rumah yang masih terang benderang walaupun malam sudah semakin
larut dan pekat.
Seakan
ternampak-nampak di mata Teja lelaki itu menjerit menahan kesakitan. Dia tahu
lelaki itu sedang merana dan menderita. Kecewa dengan apa yang dialami sekarang
ini. Tanpa sengaja dia sudah menghancurkan hidup lelaki itu.
‘Tuhan…
andai masa mampu diputar kembali, aku akan lebih berhati-hati,’ rintih Teja.
Kerana kelalaiannya ada satu nyawa menderita.
“Arghhh! Aku kata pergi… Pergilah bodoh!
Jangan ganggu aku! Biar aku mati!” Sekali lagi jeritan dari banglo sebelah
bergema kuat. Terangkat bahu Teja kerana terkejut.
Hati Teja
disambar sayu. Air jernih mengalir tanpa sedar. “Ya Allah… Kasihani lelaki itu.
Sembuhkan dia. Aku sanggup merasai kesakitan itu asalkan lelaki itu bahagia..”
doa Teja

Sila komen ye...
ReplyDelete