PART 2
![]() |
| "Demi kebahagiaan dia, aku sanggup berkorban" - Teja |
“APA Teja cakap? Teja jangan nak buat gila! Aunty tak setuju!” bantah Datin Farhah.
Tangan sudah bersilang di dada. Satu-satunya wajah anak gadis tunggal arwah
kakaknya, Farhana direnung tajam. Macam tak percaya dengan apa yang didengar.
Apa yang anak saudaranya ini mimpi semalam? Pagi-pagi dah merapu yang
bukan-bukan. Terlanggar pintu bilik mandi ke?
Teja
telan liur. “Tapi aunty.. Teja rasa
bersalah dengan apa yang berlaku. Teja kena bertanggungjawab..”
“Teja..
berapa kali aunty nak cakap, ini
semua adalah accident. Bukan kita
yang rancang. Bukan niat Teja nak buat anak teruna sebelah rumah tu dilanggar
kereta. Dia yang nak tolong Teja, kan? Nak selamatkan Teja. Itu bahagian dia.
Bukannya Teja yang suruh! Kenapa pula Teja nak bertanggungjawab bagai? Lagi
pun, Teja nak bertanggungjawab untuk apa? Ini semua takdir! Teja faham kan? T.A.K.D.I.R..”
“Teja
tahu ianya adalah takdir. Tapi.. Teja yang jadi punca kemalangan tu terjadi.
Kalau Teja berhati-hati masa nak lintas jalan tu pasti semua ini tak akan
berlaku.. Teja yang… yang..” Air mata Teja sudah mengalir laju menuruni pipi
yang putih gebu. Dia tak mampu menghabiskan ayat. Setiap kali teringat
peristiwa itu dia rasa sebak. Dia rasa bersalah.
Setiap
hari dia dikejar resah. Tidurnya setiap malam seakan diburu jeritan lelaki itu.
Apa yang dilakukan selama ini serba tak kena. Dia seakan turut merasai
kesakitan yang dialami lelaki itu.
“Ya Allah
Teja… Kenapa menangis pulak ni? Teja
tak boleh blame diri Teja. Ini bukan
salah Teja. Ini semua adalah takdir. Teja pun tak minta ini semua berlaku. Dah
ketentuan Tuhan. Kita kenalah redha. Mungkin ada hikmah dengan apa yang
terjadi. Dah… jangan menangis. Anak gadis tak elok menangis di pagi hari.
Sememeh dah muka tu..” pujuk Datin Farhah. Dia bangun dan memeluk Teja dari
belakang. Bahu Teja digosok lembut untuk ditenangkan. Sayu hatinya melihat kesedihan
Teja.
Sejak
tiga minggu ini Datin Farhah perasan keadaan Teja yang agak tertekan. Teja
lebih banyak termenung dan berdiam diri. Teja yang manis, lincah, banyak cakap
dan periang seakan hilang.
“Teja
yang bersalah aunty. That’s why I have to responsible. Teja
nak tolong pulihkan dia. Teja nak bantu dia kembali sihat seperti biasa. Demi
Allah Teja ikhlas..”
“Teja.. family dia orang tu dah ada doktor
peribadi sendiri. Tak payah susah-susah nak tolong rawat dan jaga. Lagipun apa
yang Teja tahu tentang dunia perubatan?” bantah Datin Farhah. Wajah yang lembut
kembali serius.
“Memang
Teja tak tahu apa-apa tentang dunia perubatan. Tapi Teja boleh ikut nasihat
Doktor Shahril, doktor keluarga dia orang tu. Teja dah jumpa dan discuss dengan Doktor Shahril. Dari A
sampai Z Doktor Shahril dah cerita pada Teja. Apa yang perlu Teja buat. Ikut
saja jadual fisio yang ditetapkan..”
Kerana
pertemuan itulah Teja tekad dengan keputusannya ingin membantu. Dia tak boleh
duduk goyang kaki sahaja. Dia perlu lakukan sesuatu. Selagi lelaki sebelah
rumah itu tidak pulih, selagi itulah dia akan dikejar dengan rasa bersalah.
Bertambah-tambah galau jadinya.
“Habis
tu.. macam mana dengan kerja Teja? Nak rawat dan jaga orang sakit ni perlukan
komitmen dua puluh empat jam. Nak pula kalau jaga kat rumah. Teja pun baru dua
bulan sign in di D’REKA tukan?
Mustahil Teja nak sign out pulak.
Bising tok ayah nanti. Tak sanggup aunty
nak dengar tok ayah membebel. Teja melepak sebulan lepas tamat study pun tok ayah dah pot-pet-pot-pet.. Ini pula Teja nak
tolong jaga orang.. Haish! Jangan
cari pasal Teja!”
Teja
terdiam seketika. Dia tunduk memandang lantai yang berkilat yang hari-hari
disental Mak Tim. Apa yang dicakap oleh Aunty
Arfah tu ada benarnya. Tapi.. macam mana dia nak bekerja andai hati tak
senang?
Tak apa..
Hal tok ayah tu small matter je. Teja
yakin dia boleh handle with care. Tok
ayah tu memanglah tegas tapi kalau kena dengan alasan yang padat, tepat dan
manfaat mesti boleh punya.
Datin
Farhah menarik nafas agak dalam. “Teja sendiri dengar apa cakap Toh Puan Aminah
dua hari lepas, kan? Kecederaan yang dialami cucunya tu mengambil masa untuk
baik. Bukan seminggu dua atau sebulan dua. Silap hari bulan bertahun. Based on performance and effort. Itu pun
kalau cucu Toh Puan tu tak berputus asa. Tapi.. Teja tengok sendiri. Since last week, cucunya tu macam dah
hilang semangat. Doktor family dia
orang pun tak mampu nak pujuk. Sejak discharge
dari hospital, cucunya tu hanya berkurung dan bermurung. Semua rawatan
ditolaknya. Yang dia tahu menjerit dan maki hamun semua orang. Melepaskan
marah..” jelas Datin Farhah. Dia harap sangat Teja mengerti.
Teja cuba
menelan segala yang dituturkan oleh Aunty
Farhah tapi hatinya tetap berdegil dengan keputusan yang diambil. Dia tahu
kenapa cucu Toh Puan Aminah jadi begitu. Dah tentulah lelaki itu kecewa dan
sedih. Sesiapa juga akan turut merasai apa yang lelaki itu rasa andai
menghadapi situasi yang sama.
Apa pun
Teja bulat dengan keputusannya. Dia sudah bersolat istikharah. Mohon petunjuk.
Dan petunjuknya berpihak kepada apa yang ingin dia lakukan sekarang. Biarlah
semua orang mengatakan dia gila tapi dia yakin keputusannya tak salah.
“Teja…
Tolong jangan buat keputusan yang tergopoh-gopoh. Fikir masak-masak sayang. Ini
masa depan Teja. Berhempas-pulas Teja study
di US tu semata-mata nak tunaikan hasrat tok ayah. Menyambung legasi REKA, hak
milik mutlak mummy dan daddy Teja. Ni hah.. alih-alih Teja nak jadi pakar fisio pulak. Berapa lama lagi Teja nak buang masa? Mengamuk tok ayah
nanti. Teja pun tahu kan tegas tok ayah tu macam mana..”
“Aunty… please trust me. I need your support.” Kedua tangan Datin
Farhah Teja genggam erat. Memohon restu, sokongan dan pengertian. Berharap
sangat.
“Teja..”
“Teja
akan slow talk dengan tok ayah nanti.”
“Teja..
jangan buat keputusan melulu. Jangan buat sesuatu yang tak mendatangkan untung.
Teja kenal pun tidak cucu Toh Puan Aminah. Bertegur sapa pun tak pernah. Aunty risau. Lagi pun tak rasa macam
buang masa ke?”
“Aunty.. nyawa lebih penting dari
segala-galanya. Teja tak sanggup hidup dalam rasa bersalah. Dia sengsara kerana
Teja. Dia menderita kerana Teja.”
“Hish!
Pening kepala aunty tau. Aunty risaukan tok ayah dan mak tok? Nak
ke dia orang bagi izin?”
“Yang itu
aunty jangan risau. Teja akan call dan cakap sendiri dengan tok ayah
dan mak tok. Teja yakin mereka akan faham dan restu dengan apa yang Teja nak
buat..” balas Teja. Seratus peratus yakin.
“Tok ayah
sendiri pernah ajar Teja tentang Hadis Riwayat Muslim yang menyebut barangsiapa
meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan
bebannya di dunia dan di akhirat. Sungguh Teja ikhlas mahu membantu.”
Datin Farhah mengeluh lemah. Hilang
kata-kata. Bukan mudah untuk mematahkan kata-kata Teja. Seperti mana degilnya
arwah kakaknya itu begitu juga dengan Teja. Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan
ke nasi. Kalau benar itu keputusan Teja. Apa dayanya untuk menghalang?
“Baiklah aunty cuba..”
“Tak nak
cuba-cubalah aunty. Teja nak aunty sokong Teja. Hundred percent sokong! Bila aunty
sokong Teja, baru tok ayah dan mak tok boleh bagi hundred percent lampu hijau.”
“Hish!
Macam-macam Teja ni. Yelah aunty sokong dan restu. Satu pesan aunty, kalau tak mampu nak handle jangan paksa diri. Just quit! Jangan nak tunjuk kuat! Ada
apa-apa, bagi tahu aunty. Jangan
pendam sorang-sorang!” Datin Farhah pura-pura tayang wajah bengis. Bukan dia
tak tahu sikap Teja yang tak reti mengalah.
Teja
tergelak. “Ai-ai captain..” Dia rasa
nak melompat sampai ke bintang. “Aunty..
Ada lagi satu. Boleh aunty tolong
Teja?” Dia menayang muka kucing manja.
“Tolong
apa?” Terangkat kening Datin Farhah.
“Aunty tolong jelaskan kepada uncle. Teja tak mahu uncle kecewa. Uncle kan excited nak
Teja kerja di D’REKA tu..” ujar Teja perlahan. Dia yakin pasti Uncle Rashid juga pasti akan membantah
keputusannya. Sejak dia kembali dari oversea,
Uncle Rashid sudah tak sabar-sabar
mahu dia bekerja di D’REKA. Hingga nak berehat lama-lama untuk hilangkan stress study pun tak sempat. Baru sebulan nak enjoy. Dah kena kerah masuk office.
“Betul
Teja nak teruskan juga niat Teja tu? Mungkin kita ada cara lain nak membantu..”
Datin Farhah masih berat hati dengan keputusan Teja. Wajah gadis manis yang
saling tak tumpah kecantikan seperti arwah kakaknya itu dipandang dengan rasa
sayang tak berbelah bagi.
Kecantikan
Teja bagai diadun baik dengan rupa paras yang ayu dan seiring dengan kesopanan
serta kelembutan seorang gadis melayu. Seperti kisah Tun Teja di zaman Hang
Tuah. Anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja itu menjadi sebutan,
rebutan dan igauan orang-orang yang berdagang di Pahang. Membuatkan Sultan
Mahmud Syah juga jatuh berkenan dan masuk meminang.
Tak
kurang juga Teja yang ada di hadapannya sekarang ini. Sudah berapa kali abah
dan uminya terpaksa menolak pinangan orang. Dengan alasan Teja masih muda dan
sedang belajar. Padahal sayang nak lepaskan. Maklumlah cucu perempuan tunggal.
Calon lelaki perlu melalui pelbagai tapisan keselamatan. Nak pula abahnya itu
bekas Panglima TUDM. Memang masaklah kena interview
dengan Jeneral (B) Tan Sri Hamdan Akhbar.
Sejak umur
Teja tiga belas tahun, gadis itu telah di jaga oleh abah dan uminya. Mama dan
papa Teja meninggal dunia dalam kemalangan. Kereta yang dipandu bapa Teja
tersasar sewaktu mengelak treler dan terjunam ke dalam gaung. Kasihan Teja,
dalam usia muda sudah menjadi yatim piatu.
Bagi
Datin Farhah, dia terlalu sayangkan Teja. Ketiga-tiga anaknya semuanya hero.
Maka secara tak langsung Teja menjadi anak gadis kesayangannya.
“Boleh
kan aunty?”
Lari
semua angan-angan Datin Farhah bila jemari Teja menyentuh lembut tangannya.
Wajah Teja dipandang. “Insya-Allah.. aunty
cuba. Harap uncle faham dan tak
bising nanti.”
“Thank you aunty. I love you so much!”
Teja terus bangun. Kedua pipi Datin Farhah dicium sayang. Sejak kehilangan mummy, dia menumpang kasih sayang wanita
ini di samping kasih sayang mak tok.
“I love you too my dear..”
P/s : Happy reading.. Kalau ada typo tu paham-pahamlah…. Main taip je ni.


Menarik. Teruskan. Tak sabar nak baca sambungannya.
ReplyDeleteSangat menarik. Kalau boleh tolong teruskan.
ReplyDelete