Monday, 9 December 2013

PROLOG HIKAYAT SEMPERIT CINTA (HSC)


PROLOG

“YA ALLAH!!”
Pejam-celik-pejam-celik matanya dipanah cahaya lampu motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Silau! Motor yang ditunggang oleh dua orang remaja lelaki itu sudah melaju dan bakal menghentamnya.
Ya Allah… Matilah dia malam ini. Meninggal selepas pulang dari menunaikan solat sunat tarawih. Meninggal dalam bulan Ramadan yang penuh berkat. ‘Ya Allah..mudahan semua dosaku diampunkan Allah. Ampuni dosa kedua orang tuaku. Aku sangat menyayangi mereka,’ dia sudah mengucap dalam hati.
Kakinya keras seperti disimen ke bumi. Tak mampu nak bergerak. Mustahil dia nak buat aksi lompat kijang melepasi parit selebar sepuluh kaki tu. Lagi pun, mustahil dia nak melompat dengan telekung yang masih tersarung di kepala. Lagi terharu bila dia memakai baju kurung kain kapas yang sungguh sopan tak ubah seperti gadis melayu terakhir pulak tu. Adooiii..
Kalau jatuh dalam parit macam mana? Sedalam mana parit ni? Buatnya tenggelam, tak ke naya. Bukannya dia reti berenang. Setakat kuak memerang tu tahulah sikit-sikit.
Sudahnya… mata dipejam rapat. Tawakal..
Street!!!!
Dumm!!!!
Bush!!!!
Kaki kanan terasa perit dirempuh dan badan mula melayang. Dapat dibayangkan badannya yang kurus keding itu melayang dan tergolek tak ubah seperti cempedak buruk yang terpelanting ke dalam parit.
Eh! Kenapa tak jatuh? Dia membuka mata.
Allahuakbar!
Masa seakan terhenti. Jantung seakan terpelanting bila sepasang tangan sasa memaut erat kedua lengannya. Badannya yang hampir melayah jatuh ke dalam parit ditarik lembut ke tepi jalan. Fuhh! Nasib baik. Kalau tidak… pasti sekarang ini dia sudah berenang-renang di dalam parit. Itu kalau berenanglah. Kalau arwah, macam mana?
 “Awak okey?” soal si penyelamat. Prihatin.
Dalam cahaya lampu jalan dia nampak ‘hero’ berbaju melayu merah hati dan berseluar jean yang muncul dengan gaya penyelamat yang sangat macho dan stylo. Wah! Dah macam ala-ala Zorro. Cuma Si Zorro versi melayu ini tak bertopeng dan rambutnya ala-ala ‘Hafiz awan nano’. Di wajah Si Zorro terpamer riak risau.
Dia terkejut. Sepantas kilat pegangan tangan itu ditepis. Serta merta dia jatuh terjelepuk. Terduduk sopan. Bersimpuh! Adeh! Terasa punggungnya pedih.
“Awak..!” Si Zorro terkejut. Sepantas kilat si Zorro bertinggung di hadapannya. Ingin membantu.
Saat ini lidah terkelu melihat si Zorro yang baik hati. Dalam masa yang sama matanya sempat menyorot pada motorsikal yang sudah terjunam separuh ke dalam parit. Eh! Tak tenggelam pula?
Ces! Tak adalah sedalam mana parit tu? Tengok tu! Kapcai buruk je pun. Dah nazak dan nak terbelah dua lagi hah. Dua orang budak yang menonggang kapcai tadi sudah tidak kelihatan.
Eh! Mana budak-budak tu? Kalau dia dapat, dia nak piat-piat telinga tu. Tak padan dengan kecik nak menonggang motor! Itu mesti pakai ‘lesen kambing’ tu. Main rembat entah motor siapa-siapa. Orang pergi solat, time inilah korang nak merempit ek? Ada hati nak jadi pelumba Grand Prix.  Hish! Anak sapalah ni?
Tapi.. seketika kemudian.
Ya Allah! Jantung seperti mahu meletup. Adakah budak-budak itu sudah tenggelam dalam parit? Air cetek je kan? Tapi kenapa tak nampak pun! Adakah mereka cedera parah? Atau lebih teruk lagi… mati.
Ya Allah mati lemas ke?
Eh! Tak! Tak! Dia sudah resah. Gelabah gajah. Badan mula menggigil. Eeee..!! Tak dapat dibayangkan sehari suntuk dia akan disoal siasat oleh pihak Polis. Tak dapat difikirkan perasaan ibu bapa budak-budak itu bila dapat tahu yang anak mereka meninggal dunia kerana kemalangan. Sudahlah lusa nak raya.
‘Ya Allah… selamatkan budak-budak tu,’ sempat lagi dia memanjat doa dalam hati.
Are you okay?” terasa bahu disentuh. Kembali ke realiti.
Err… budak-budak tu… Mereka… maa…” Dia tak mampu menghabiskan ayat. Mula rasa serba tak kena. Jari dituding ke parit. Sekejap dipandang Si Zorro dan sekejap dipandang parit. Tak tahu nak mulakan kata. Kosa kata dah out! Dia masih dalam kejutan. Badan mula shaking tak ubah seperti pesakit Parkinson. Air jernih yang tak diundang sudah meleleh laju. Hati mula longgar dari paksi. Tunggu masa nak luruh. Wajah sudah pucat. Takut yang amat-amat! Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu.
Hey.. jangan menangis. Budak-budak itu okey. Dia orang sempat terjun dan lari…” pujuk Si Zorro sambil tersenyum nipis.
“Hah! Lari?” bulat matanya. Kurang asam! Pengecut! Kelam kabut air mata dilap. Membazir je menangis!
Ye lari… Mungkin mereka takut. Mari.. saya tolong awak bangun. Awak mungkin cedera..” Si Zorro menghulur tangan.
Cedera? Huluran tangan Si Zorro tidak disambut. Mustahil dia mahu memegang tangan lelaki ajnabi yang tidak dikenali pula tu. Dia cuba bangun sendiri. “Ya Allah! Sakitnya.... kaki saya… kaki saya.. tak boleh gerak…”
Dia terduduk semula. Melihat kaki kanan yang terlipat ke belakang. Uwaa… lutut dan kaki terasa tak mampu digerakkan. Automatik, mata memandang kain baju kurung yang sudah terkoyak lebar mendedahkan lutut dan kaki yang tercedera. Telekung yang tersarung sudah terbang entah ke mana. Rambut sudah berserabai. Jangan-jangan wajahnya dah macam kembar mak lampir. Dipandang telekung yang berdarah. Banyaknya darah….
Darah? Spontan tulang temulang terasa mereput seperti disimbah asid. Terus semangatnya hilang. Dia rasa pening. Badan terasa ringan. Sungguh dia phobia dan trauma bila melihat darah. Dia akan ‘tumbang’ bila-bila masa sahaja.
“Saya tolong awak bangun. Hati-hati. Perlahan-lahan bangun. Jangan gopoh! Jangan tengok luka tu. Nanti awak pitam..” Seakan faham apa yang difikir, Si Zorro menghulur tangan sekali lagi. “Give me your hand. I want to help you.. Please trust me..”
Dia terdiam. Wajah Si Zorro dipandang lama. Blur!
“Hulurkan tangan awak. Don’t scared.. I want to help you,” arah  Si Zorro lagi.
Akhirnya huluran tangan Si Zorro disambut. Saat tangannya bersatu dengan tangan lelaki itu, terasa dirinya seperti terkena renjatan elektrik. Aliran itu terus menuju laju ke hati membuatkan hatinya serta merta dilanda gempa dan kebas. Tika itu juga matanya berlaga dengan sepasang mata Si Zorro.
‘Subhanallah! Cantiknya mata... honey gold eyes.’ Dia terpegun dan terpesona. Sangat mengasyikkan dengan senyuman ikhlas terukir di bibir Si Zorro. Perfect! Hilang rasa malu. Hilang rasa sakit yang menyengat di lutut dan kaki.
Dirasakan kakinya seakan tak menjejak bumi. Sedang terbang menuju awan, menari-nari dan ditemani jaluran pelangi yang sangat cantik. Indahnya. Ada satu rasa yang hadir. Rasa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasa tenang, damai dan dihargai. Rasa yang mampu mengubati hatinya yang sedang ‘sakit’ dan terluka. Hanya Tuhan yang tahu betapa indahnya rasa itu dan saat ini dia tak mahu rasa itu pergi.
Slow-slow bangun ye..”
Dia masih terleka. Ya Allah.. bahagianya. Terus dia jadi lupa pada luka dan darah yang masih mengalir semakin banyak. Lupa pada sakit. Lupa bahawa tangannya masih bertaut pada tangan Si Zorro.
“Okey ke tak ni?” lembut suara Si Zorro bertanya.
Dia angguk pada Si Zorro. Spontan senyuman manis tanda ‘terima kasih’ terukir di bibir. Senyuman ikhlas yang jujur dari hatinya.
“Boleh berjalan tak?”
Dia angguk lagi. Huh! dah macam burung belatuk rasanya. Asyik angguk je. Walau hati melarang tapi mata masih nak memandang empunya honey gold eyes itu. Hinggakan nak mengedipkan mata pun dia rasa sayang dan tak mahu. Takut tak dapat melihat cahaya dari mata itu lagi. Sangat rugi!
Good girl..” Si Zorro tergelak kecil.
Dia senyum dan tunduk. Tiba-tiba dia rasa segan. Tika itulah dia terpandang darah yang mengalir semakin banyak di kaki. Darah! Pegangan tangan terlepas. Terkejut.
“Awak! Jangan pandang darah tu..” cepat-cepat Si Zorro mencapai tangannya.
Ketika itulah badannya sudah lembik dan tak berdaya untuk berdiri. Kedua-dua lututnya sangat lemah. Matanya kembali berpinau dan dia terus lembik.
“Awak…”

“Ya Allah! Yang oii! Apa dah jadi dengan cucu aku? Awat hampa langgaq cucu aku?” Dari arah surau yang berdekatan, wanita separuh abad yang masih bertelekung muncul dan menjerit kuat.

Monday, 2 December 2013

BAB 2 TULIP MERAH UNTUK DIA (TMUD)


BAB 2

“WAH!! Anak dara termenung. Bukan main ek! Orang suruh tolong kutip buah. Dia boleh berangan mengalahkan puteri raja. Curi tulang! Tak boleh harap! Banyak cantik!”
Adira yang terkejut hampir melompat. Sebiji buah manggis yang masih hijau hampir menerjah kepala jatuh dan di depan mata. Sipi-sipi nak kena. Kalau kena memang siaplah. Dia kejar along sampai tak cukup tanah.
Ish! Along ni... buat terkejut orang aja. Nasib baik tak kena kepala angah betul-betul. Kalau tak.. boleh jadi barah kepala tau.” Adira menarik muka.  Nasib baik along ni jenis yang ‘kecik-kecik dulu tangan tak bedung’. Itu yang bila bab membaling atau melontar memang tak pernah kena target. Failed memanjang. Tapi yang peliknya.. bila menyuntik orang tepat pula sasaran jarumnya.
Hello.. mana ada barah kepala. Barah otak adalah.”
“Ahh.. suka hatilah angah nak sebut apa pun. Mulut angah kan? Sibuk jer..”
Naufal tersenyum. “Mana Qaseh?” Soalnya. Tadi dia perasan Qaseh berbual dengan Adira di sini. Kelam kabut dia memanjat dan mengait buah manggis. Kalau cepat habis.. ada peluang nak berbual. Bukan senang peluang nak datang.
“Ada dalam poket  angah ni. Sedang sembunyi dari along. Nak tengok? Meh aaahh..” Adira berloyar buruk. Poket seluar tracksuit hitam yang tersarung dibelek seketika sebelum ditunjukkan kepada Naufal.
“Amboi! loyar buruk ek.” Kepala Adira ditolak perlahan.
“Along... jangan main kepala. Hilang ilmu tau. Penat-penat angah belajar sampai uni. Along suka hati aja tolak kepala angah. Report dengan mak kang.” Marah Adira. Pantang orang main kepala-kepala nih. Tak ada sivik namanya. Tangan si abang ditepis agak kasar. Gurauan tahap melampau. Kalau nampak dek mak. Mahu along dihadiahkan ‘ketam batu Cik Anis’. Mak cukup marah kalau anak-anaknya suka bergurau dengan kepala-kepala ni. Kurang sopan kata mak. Kalau mak dah tak suka. Dia lagilah seratus kuasa dua tak suka. Benci! Ingat kepala lembu ke apa? Kepala ni abah bayar insurans tau.
“Kenapa Qaseh balik rumah awal pulak?” Naufal melepaskan keluhan. Kecewa. Belum sempat dia berbual dengan gadis pujaannya. Sewaktu dia tiba pagi tadi dia cuma sempat berbalas pandang dan senyum saja dengan Qaseh. Itu pun dari jauh. Tiba-tiba Laksamana Muda pencen dah beri arahan tegar panjat pokok manggis. Tak sempat dia nak rehat. Abah memang macam tuh.. tak boleh tengok dia bersenang lenang sikit.
“Aduhai.. along ni. Qashaf dah lapar. Lagi pun Qaseh tengok adiknya tu dah macam kerbau baru balik dari kubang. Itu yang dia ajak balik. Petang nanti dia datang rumah kut. Macamlah rumah Qaseh tu jauh bebenor! Sabarlah. Tak lari bunga dikejar.” Jawab Adira acuh tak acuh.  Tapi kalau yang mengejar Qaseh tuh adalah si kura-kura yang memang satu dunia haiwan tahu slow tak hengat. Dah tentu tak dapat nak kejar. Qaseh tu bekas ratu pecut Sekolah Methodist Taiping. Bekas olahragawati MASUM.  Confirm babai sajalah.
 “Hish! angah cakap apa ni? Merepek sungguh. What a nonsense! Kena sampuk jembalang tanah ke?” Sangkal Naufal. Menyembunyikan resah. Darah panas sudah menyerbu ke muka. Janganlah Adira perasan muka dah bertukar color ni. Ala-ala cameleon dah rasanya.
Adira senyum senget penuh makna. Merepek.. kerepek. Jembalang tanah tak jembalang tanah. Lagi nak berahsia? Macam orang tak tahu perasaan along pada Qaseh tu. Tak cakap pun orang dah tahu. Kita ni keluar seperut. Dari perut Cik Anis ‘Ratu Kebaya’ tuh hah...
Dia tahu along memang suka gila dekat Qaseh. Cuma malu-malu harimau saja nak mengaku. Dia pernah ‘tertengok’ gambar Qaseh dalam diari along. Bukan sengaja langgar privasi along. Tak ‘tersengaja’ masa tu. Dia nak mencari kamus Dewan Bahasa yang along pinjam.
Silap along juga, pinjam barang tak reti nak pulangkan. Itulah.. tak bagi mengata. Bila dah bagi buat harta. Kira rezeki dia lah bila dia terpandang diari si abang yang sedang elok terbuka. Time itulah dia ternampak gambar Qaseh yang ditangkap berdua dengannya semasa hari raya dua tahun lepas. Patutlah gambar itu tiba-tiba boleh hilang dari simpanan. Rupanya ada musang berjanggut dalam rumah yang mencuri. Nasib baik dia tak buat report polis.
Nak marah along pun tak sampai hati. Jadi.. dengan paksa-rela.. dia izin dan halalkan gambar itu menghuni diari along. Jangan along manderam atau buat perkara yang bukan-bukan sudah. Main bomoh ke? Dia, orang pertama yang akan silambam along. Karate along!
Mustahillah gambar dia yang menjadi sumber inspirasi along kan? Beralbum-album gambar dia dalam rak buku itu tak pula disimpan along. Tapi bila dengan Qaseh? Jeng..jeng.. Hah!! sendiri jawablah. Lagi nak sorok dari Adira the spy.
Itu yang pantang ada cuti jek mesti nampak batang hidung along di kampung ni. Apatah lagi bila  dah start cuti semester ni. Lagilah kerap along muncul kat rumah. Kadang-kadang tu cuti cuma dua hari saja. Tapi sanggup balik tuh.  Along... along... sampai bila nak berahsia? Terus terang kan senang.
KL dan Kampung Bukit Merah ni bukannya dekat Along oi!!! Penat jek kalau nak berulang-alik. Dengan kereta pula tu. Tapi.. Apa nak buat? Ke‘Qaseh’nya dah ada di kampung. Laktaklah doktor oii.. janji ‘Encik Doktor’ bahagia. Ha..ha..ha.
“Ini apa hal senyum sorang-sorang ni? Buang tebiat ke apa? Ingat pakwe di Skudai la ni? Huh! Gatal, belum konvo dah ada pakwe. Ingat! Jangan nak langkah bendul. Along belum kahwin tau!” Teguran seiring dengan cubitan lembut di paha mengejutkan Adira.
“Adoi... along. Sakitlah. Apesal tiba-tiba Doktor Naufal bertukar menjadi raksasa ketam pula ni? Tak bersesuaian dengan profession. Hilang etika kedoktoran. Orang lelaki yang spesis cubit-cubit ni cuma yang ‘auww’ jer tau. Yang gitu-gitu tuh.” Adira melagakan tangannya.
“Sempat lagi angah berangan di dusun ni. Angah ingat pakwe Skudai ke?”
“Bukan beranganlah.. Jauh lagi nak memikirkan pakwe Skudai yang tak pernah wujud dalam list hidup. Angah sedang fikirkan nasib si Kaduk yang tak mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan Payung.” Adira sudah ketawa mengejek.
Berkerut dahi Naufal. “Huh!! Si kaduk yang tak mahu mengaku sedang jatuh cinta dengan Puteri Intan Payung? Movie apa pula ni? Ada drama baru kat tv ker?” Dia kurang faham.
Dia tahu, Adira memang kaki movie dan drama melayu. Semua cerita Adira layan termasuklah cerita dari Filipina, Korea dan Sepanyol. Adiknya antara penyumbang yang menaikkan ranking drama-drama di tv3 dan Astro. Sama naik dengan maknya.
Sejak dari dulu lagi. Kalau Adira dan mak dah conquered televisyen. Minta mahap ler nak menukar channel lain. Itu sebab abah beli lagi satu televisyen dan letak di ruang tamu.  Agaknya abah dah sakit telinga asyik mendengar anak-anaknya bertekak dan bergaduh berebutkan siaran tv. Dan paling utama sebab abah sayangkan mak.
Dia memang tak berminat dengan movie atau drama melayu. Bukan nak  mendowngradekan product tempatan. Tapi dia memang tak minat. Drama atau movie melayu lebih kurang macam cerita hindustan juga. Selalu bermain dengan air mata. Tak mencabar minda. Bosan giler.
“Dahlah.. angah balik dulu. Mak pesan suruh angah balik awal. Nak tolong masak untuk tengahari. Sebelum tu angah nak pesan nih. Jangan lambat-lambat, long. Silap hari bulan.. buah hati dikebas orang. Baru putih mata along. Angah balik dulu. Nanti along tolong abah bawa balik semua buah-buah tu yer. Babai Encik Kaduk...” Adira sudah berlari meninggalkan Naufal sambil melambai tangan. Sempat lagi dihadiahkan memek muka  yang paling jahat kepada Naufal.
Naufal yang perasan sindiran adiknya sudah memerah wajah seperti tomato masak. Aku ke Kaduk tu? Siapa pula Puteri Intan Payung yang dimaksudkan angah?  
Gedegang! Terasa dinding dadanya bagai dipukul hammer yang tersimpan cantik dalam toolbox abah. Angah tahu ke? Angah nampak ke? Tak.. tak.. Mustahil.
Ehh! An.. angah..” Naufal mencari Adira. “Hampas! Cepatnya dia berlari. Macam lipas kudung jer.” Ngomel Naufal. Tak sempat dia nak menahan dan bertanya lanjut. Tahu.. pun takut. Tak apa.. jumpa di rumah nanti.. Siap angah. Naufal sudah tidak sedap hati. Mudahan apa yang difikirnya adalah salah sama sekali. Angah main agak-agak jer tuh. Main tembak suka hati.

Sunday, 17 November 2013

BAB 1 TULIP MERAH UNTUK DIA (TMUD)



BAB 1

“MACAM mana?”
“Macam  mana apa?” Tanya Qaseh. Tak faham. Wajah Adira, si cantik manis anak jiran sebelah merangkap sahabat baik sejak umur mereka sembilan tahun dipandang. Dah lama mereka bersahabat. Pengalaman manis-masin-payau-kelat-masam-pahit dikongsi bersama. Sama-sama suka dan sama-sama berduka. Sehati sejiwa. Serasi bersama.
“Pasal cadangan mak saudara aku itulah. Pasal hajat yang disampaikan Mak Leha tu? Kau setuju tak?” Bulat mata Adira.
Qaseh buat-buat tak dengar. Buat masa ini tak berapa berminat untuk berfikir. Tak sangka Mak Leha seserius itu. Sangkanya cuma offer-offer ayam jer. Dipandang buah manggis yang masak kemerah-merahan sudah memenuhi bakul sebesar sepemeluk dicapai. Tak tahan godaan. Kecur liur. Mana boleh tengok jer.  Dia kan ‘hantu manggis’. Rugi kalau buah seenak ini tak dimakan. Boleh meroyan tau. Kesedapan buah yang kulitnya hitam dan isinya putih melepak itu bagai terasa-rasa di lidah. Yummiee.. Letak sebakul pun boleh habis.
Buah-buah manggis itu baru saja dikait oleh Abang Naufal dan Pak ngah Yahya. Kata Pak ngah Yahya, buah manggis musim ini betul-betul menjadi. Sakit mata bila melihat buah-buah yang masak menghitam di atas pokok tu. Daripada luruh ke bumi  menyemak mata, baik dimakan atau dijual. Berbaloi juga. Boleh dapat hasil.
Sebab itu hari ini Pak ngah Yahya buat kerahan tenaga. Hinggakan Abang Naufal yang baru tiba dari KL subuh tadi turut sama dipaksa turun ke dusun. Terpaksalah doktor sorang tuh memanjat pokok manggis yang berpuluh pokok di dusun Pak ngah Yahya yang luasnya berekar-ekar.
Dia dan Adira pula volunteer menjadi assistant untuk mengutip dan mengumpulkan buah manggis dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan. Hasil yang dikumpul akan dimakan dan dijual kepada Pak Mail Jambul, peraih buah yang paling glamer di Kampung Bukit Merah ini.
Harga manggis sedang mahal sekarang ni. Sekilo RM3.50. Yerlah.. musim buah baru tiba kan? Tunggulah dua tiga minggu lagi. Bila dah berlambak-lambak longgokan buah manggis di tepi jalan. Mulalah harga manggis jatuh menjunam. Masa tu jangan kata pandang, sebut nama manggis pun dah boleh sendawa kekenyangan.
Weh!! aku tanya ni. Boleh pula kau buat dekk jer.. Kau ni kan!” Adira tolak bahu Qaseh. Tak puas hati. Apatah lagi melihat wajah Qaseh yang seolah tak berminat dengan pertanyaannya.
Eh! Sorry.. aku tak perasan. Kau tanya apa ekk?” Qaseh tersengih. Sengaja buat tak perasan. Punggungnya mencari lantai pondok kayu yang dibina Pak ngah Yahya. Lenguh bertinggung lama-lama. Kang tak pasal-pasal ‘isi’ lain pula yang keluar.
Hampeh! Berangan rupanya. Aku tanya pasal offer Mak Leha last week. Boleh kan? Dah sebulan kita cuti. Dari lepak tak buat apa-apa. Dah ada offer untuk kerja part time, rembat jerlah. Boleh cari duit lebih sebelum konvo tiga empat bulan lagi. Lagi pun kau dapat juga kumpul duit sebelum sambung buat Master. Manalah tahu bila kau ke KL. Ada rezeki yang menanti kau di situ. Kau boleh juga recce job yang lebih bagus kat situ. Kut-kut ada big-big company yang boleh offer job engineer. Boleh cari pengalaman.” Adira melabuh punggung disebelah Qaseh dengan kasar.
Hempasan punggung Adira membuatkan lantai pondok kayu berkeriuk dan bergoyang sedikit.
Slow-slowlah Adi. Kau ni kan.. ganas sangatlah. Kang roboh pondok abah kau ni. Tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital. Kau jawab dengan abah kau nanti!” Marah Qaseh. Risau juga. Badan Adira tu kurus kering jer. Tapi bila duduk.. boleh tahan bergegar.  Macam gajah. Berat betul tulang minah nih.
Adira sengih. “Rilekslah.. pondok abah aku ni.. utuh dan kukuh tau. Kayu yang dibina bukan calang-calang. Kayu keruing nih. Kuat dan tak makan dek hujan atau anai-anai. Dah bertahun tau... Belum ada kes roboh lagi. Kalis hujan dan panas, walaupun dilanda ribut taufan. Sampai cucu cicit Haji Yahya tuh pun belum tentu roboh.” Dah macam gaya iklan cat Nippon Paint jer.
Pondok kayu abah ni memang berjasa. Bila musim buah tiba, mereka boleh melepak di pondok sambil makan-makan buah. Kalau bukan musim buah pun, boleh juga berkelah dan bersantai ramai-ramai. Semakin happening bila di sebelah dusun abah ini ada sebatang sungai yang tidak terlalu besar dengan aliran air yang sejuk, jernih dan nyaman. Bolehlah untuk bermandi-manda dan berendam.
Kalau Along.. siap boleh tidur lagi di pondok ini. Tambah lagi kalau musim durian. Heee... Along tu memang tak senonoh sikit. Kalau dia.. mampus tak sanggup. Tak perlu nak baik hati untuk sedekahkan darah pada kaum kerabat nyamuk. Itu namanya sambut seruan kerajaan tak kena tempat.
Yang paling penting, pondok abah ini menjadi port dan mercu tanda persahabatan dia dan Qaseh. Di sini dia mengenali Qaseh dan bermulalah persahabatan mereka.
Bila cuti semester, dia dan Qaseh selalu melepak dan bergosip di pondok abah ni. Hanya cuti semester yang menemukan mereka memandangkan dia menyambung pelajaran nun di selatan tanahair iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan Qaseh pula di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar.
Okay.. back to my question.. Kau nak ke tak?”
“Nak apa?”
Adira jengil mata. Main-mainlah Qaseh nih. Rasa nak ketuk kepala Qaseh dengan buah manggis.
Oohh.. itu. Susah aku nak cakap, Adi. Aku belum decide apa-apa pun. Macam berat hati pun ada jugak. Apesal Datin tuh nak cari pengasuh pula? Dua minggu jer lagi dah nak cuti sekolah. Bukannya lama pun. Lagi pun cucu-cucu Datin tu kan dah besar panjang. Dah tujuh tahun. Kalau di kampung tak payah nak pengasuh-pengasuh ni. Dah pandai manage hidup sendiri. Dah pandai serba-serbi. Itulah.. cucu orang kaya ni kadang-kadang manja jer lebih.”
“Habis tu.. kau nak tolaklah ni?”
“Tengoklah macam mana. Aku buat istikharah dulu. Mohon petunjuk Allah.”  Qaseh mengeluh berat. Terlalu banyak perkara yang menyesakkan dadanya sekarang ini. Dipandang buah manggis yang sudah dikopek kulit dan masih belum terusik. Masih elok menayangkan isi-isi yang cantik dan putih melepak. Selera gajahnya sudah hilang.
“Mak aku cakap Datin tu ada high blood. Tak  berapa sihat sangat sejak dua tiga tahun ni. So, she need an assistant untuk tengokkan cucu-cucunya yang makin nakal tu. Pengasuhnya sebelum ni dah berhenti dua minggu lepas sebab nak kahwin. Itu pasal yang dia nak pembantu sangat-sangat. Urgent! Baru ni mereka ada ambik pembantu lain. Tapi tak sampai dua hari, pembantu tuh dah lari. Tak tahan... cucunya tu nakal sangat. Dah berapa banyak pinggan mangkuk yang berderai. Dah banyak kali baju pembantu tu kena curah dengan air. Mak Leha cakap, paling ketara protesnya yang perempuan tu. Yang si lelaki tu okey sikit. Still under control walaupun tak berapa nak boleh kontrol.” Adira tersenyum nipis.
Qaseh hanya mendengar. Ada ketika dia tersenyum. Budak-budak. Banyak ragamnya. Kena tahu ambil hati mereka. Tapi mampu ke dia? Dia tak pernah ada adik kecik. Yang ada pun dah berusia tiga belas tahun. Dah besar seladang pun. Reti ke dia nak ambik hati budak-budak? Zero experienced maa..
“Ganas sangat ke cucu-cucunya tuh? Ada macam Dennis The Menace tak?” Buatnya nakal tak ingat dunia. Matilah dia. Tahap kesabarannya bukanlah tinggi sangat.
“Entah.. aku pernah jumpa the twin tuh sekali dua jer. Tapi aku sure kau mesti suka dengan dia orang nanti.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab the twin tu comel sangat.” Adira gelak. Dia tahu Qaseh sukakan budak-budak. Walaupun Qaseh boleh dikategorikan out spoken. Main tembak bila dah tiba angin tak betulnya, tapi tutur Qaseh masih boleh membeli dan menambat jiwa. Selalunya Qaseh menembak pasti bersebab dan untuk menegakkan kebenaran. Bekas debate kata kan… Pantang dicabar.
Qaseh mengeleng. “Ada pula sebab comel jer. Tak boleh pakai langsung.” Nak mengurus dan menjaga budak ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Risau juga. Mampu ke dia bersabar? Kena pandai memujuk. Ilmu memujuk dah ler zero, yillek.. nil. Macam mana? Confirm failed dengan jayanya. Dua hari dah kena pecat.
Adira memandang Qaseh yang termenung panjang. Musyikil dengan wajah Qaseh. “Macam susah aja Qaseh. Apa masalahnya? Bagi tau aku. I’m your ears, your shoulder and your eyes. Bahu untuk kau menangis. Telinga untuk kau mendengar dan mata untuk kau melihat. Cerita dengan aku.”
Tuh..” Qaseh memuncungkan bibirnya ke arah remaja lelaki yang sedang tunduk memungut guli-guli yang bertaburan di tanah. Remaja lelaki itu leka bermain. Sebentar tadi remaja itu bermain dengan adik bongsu Adira, Anita. Tapi Anita sudah hilang entah ke mana. Mungkin Anita mengikut Abang Naufal atau Pak ngah Yahya ke hujung dusun.
“Kenapa dengan Qashaf pula?” Tanya Adira. Pelik. Pagi-pagi begini otaknya tak berapa nak aktif. Minyak pelincir beku agaknya sebab cuaca sejuk.  Maka dengan itu lembap lah sikit otaknya nak pick up.
“Adi.. tak kan aku nak tinggalkan Qashaf seorang diri lagi? Kesian dia. Dahlah.. masa study aku tinggalkan dia dengan Mak ngah Anis.. mak kau tu. Ini.. aku nak ke KL pula, kerja kat sana. Dua bulan. Agak-agaklah..” Qaseh menghela nafas yang menyesak dada. Dua bulan bukannya sekejap. Lama tau!
 “Kesian dekat mak kau. Nak kena tengokkan Qashaf lagi. Kesian dengan abah kau... nak kena bawa Qashaf pergi hospital untuk rawatan susulan. Menambah beban keluarga kau saja. Aku tak sampai hati. Aku dah tak sanggup Adi. Dah selalu sangat aku menyusahkan keluarga kau. Segan aku..”
“Qaseh, Qashaf kan dah sihat? Doktor kata dia dah bebas dari sel kanser tu. Problem apa lagi ni?”
“Betul Adi.. tapi Qashaf still kena pergi hospital untuk check-up and follow up macam biasa. Doktor cakap, bukan hundred percent dah cure. Bila-bila masa sel itu akan menyerang semula selagi Qashaf tak betul-betul dibawa ke KL untuk treatment pakar. Doktor sendiri tak berapa nak confident. Sekarang ini kita perlu menjaga dan memantau kesihatannya saja.”
“Abah dan mak aku kan ada. Abah aku akan bawa Qashaf ke hospital seperti selalu untuk check-up. Along pun ada untuk tolong pantau kesihatan Qashaf. Janganlah risau.”
Huh! Cakap memanglah senang. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sampai bila nak mengharapkan bantuan orang? Dia rasa malu dan bersalah dengan keluarga Pak ngah Yahya. Tak tertanggung budi keluarga Adira padanya.
“Itulah masalahnya. Itu yang buat aku segan dengan family kau. Tak terbalas budi aku pada keluarga kau semua. Sampai mati pun aku tak mampu. Dah banyak sangat bantuan mak dan abah kau pada kami adik-beradik. Mana dengan kos perubatan Qashaf lagi. Sebab tu aku cadang tak nak sambung buat Master lagi. Lepas konvo ni aku nak terus kerja. Aku nak cari duit. Qashaf mesti dirujuk dengan pakar. Aku nak Qashaf terima pembelajaran seperti orang lain. Di sini semua orang buli dia saja.  Bila dah stable sikit, baru aku fikir balik pasal nak sambung study tu.” Luah Qaseh panjang berjela.
“Habis tu.. offer dari uni kau rejectlah ni?”
Qaseh mengangguk lemah. Rasanya. “Tak apa.. nanti aku sendiri yang akan call Profesor Madihah. Aku akan talk dengan dia sendiri. Apa nak buat? Sayang memanglah sayang. Itulah impian aku. Dan itulah harapan arwah ibu aku. Tapi aku ada tanggungjawab yang lagi besar Adi... Required my sacrifice”
Kalau dia terima offer dari uni, maknanya dua tahun lagi dia akan sambung study. Tapi bukan di dalam Malaysia. Dia akan ke Jerman. Lagilah dia tak sanggup nak berjauhan dengan Qashaf. Sedangkan berjauhan selama ini pun dia rasa sengsara. Ikutkan hati, dia nak saja berhenti belajar selepas arwah ibu meninggal. Kalau tak dipaksa oleh Pak ngah Yahya sekeluarga, entah-entah sekarang ni dia dah kerja  di kilang kain dekat Pekan Taiping tuh.
“Sayangnya.. Peluang yang ada bukan datang selalu Qaseh. Tak mudah untuk dapat offer tu. Tak semua orang akan dapat peluang platinum macam tuh. Kau sorang jer. Berebut-rebut yang apply. Dua tahun jer kan?” Adira mengeluh. Dia pula yang rasa sedih.
“Adi... Aku tak sanggup nak susahkan mak dan abah kau lagi. Cukuplah tiga tahun ini aku tinggalkan beban Qashaf tu pada bahu mereka. That’s enough. Sometime.. aku kena sacrifice juga. I’m not to be selfish.  Qashaf adalah amanah arwah ibu pada aku. Aku nak yang terbaik untuk dia. Aku sanggup berkorban untuk dia. Kalaulah penyakit itu dapat dipindahkan.. Aku sanggup Adi. Aku tak sampai hati melihat dia sengsara dan bertarung dengan sakitnya. Sudahlah dia macam tuh. Tak macam remaja lain.” Qaseh menelan liur yang terasa kesat. Perit. 
Bertimpa-timpa malang yang datang. Selepas arwah ibu meninggal dunia. Qashaf pula disahkan mengidap Leukimia tahap stage kedua. Nasib baik doktor dapat mengesan setelah Qashaf asyik diserang demam tak kebah-kebah. Sejak itu Qashaf asyik keluar masuk hospital. Pak ngah Yahya dan Mak ngah Anis tak pernah jemu dan merungut untuk menjaga Qashaf bagi pihaknya. Mereka tak pernah berkira tentang kewangan. Sedangkan dia tahu, bukan sikit duit untuk perbelankaan Qashaf. Hanya Tuhan yang tahu duka dan deritanya.
Weh! apa yang kau merepek ni?. Qasehhh... mak aku sikit pun tak kisah. Mak aku dah anggap kau dan Qashaf macam anak-anak dia juga. Kau lupa ke? Mak aku anggap ibu kau tu macam adik dia sendiri. Mak aku dah janji dengan ibu kau kan? Nak jaga korang berdua. Kau tak ingat?”
Qaseh terdiam. Matanya jauh merenung ke depan. Mana mungkin dia lupa? Dia ada ketika ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Dia ada ketika ibu menitipkan pesan dan amanah kepada Mak ngah Anis dan Pak ngah Yahya. Kala itu.. dunianya sudah sepi. Kegembiraannya direntap pergi. Dia dan Qashaf sudah menjadi anak yatim piatu secara sahnya. Hilang papa dan hilang ibu.
Upps!!!  Cepat-cepat Adira tutup mulut. Terlepas cakap pula.. Melihat wajah Qaseh yang sudah berubah keruh dia diserang serba salah. Pasti Qaseh sedih. Hish! Apesal mulut dia celupar sangat? Rasa macam nak tampar mulut sendiri aja. Tersasul ler pulak.
Sorry Qaseh... Aku bukan nak singgungkan perasaan kau. Aku sayang kau. You have me. You know right?” Ujar Adira penuh berharap. Lengan Qaseh dipegang dan digosok lembut. Cabul betul mulutnya pagi ini. Ini mesti terlebih makan sambal tumis kerang yang mak buat pagi tadi. Aduyai... Harap-harap Qaseh tak ambik hati. Ambik jantung pun janganlah. Dia sayangkan Qaseh. Sayang sangat-sangat. Qaseh tak ubah seperti kembarnya. Andai Qaseh terluka, dia juga turut merasa sakitnya.
Dia tak mahu Qaseh bersedih dan berduka. Sepanjang persahabatan mereka dia tak pernah melihat Qaseh menangis. Hanya sekali sahaja. Itupun sehari selepas kematian Makcik Qalesya. Itulah tangisan terakhir Qaseh didepannya. Selepas itu Qaseh menjadi biasa. Back to normal. Cool and humble. Happy go lucky. Seolah tak ada apa-apa yang berlaku pada Qaseh.
Qaseh, gadis yang tabah mental dan fizikal. Cukup  liat  untuk menayang air matanya tak tentu pasal. Air mata Qaseh ibarat intan berlian yang teramat berharga. Iron lady yang berhati kering. Sukar untuk menebak perasaan Qaseh. Dalam apa saja situasi Qaseh sentiasa tenang dengan sepasang mata yang jernih.
Namun jauh disudut hati dia tahu Qaseh memendam duka yang terlalu dalam. Cuma Qaseh tak meluahkannya. Qaseh tak boleh menipu. Dia kenal Qaseh.
 “Rilekslah sis.. aku tak apa-apalah. It’s okay. Yang kau over panic ni kenapa pula?” Qaseh sudah tergelak. Duka yang menjentik hati cuba disembunyikan. Saat ini hanya Tuhan yang tahu isi hatinya. Berkeping-keping gugur ke bumi. Rasa pilu sudah berkumpul di hati. Sedih tak payah cakap. Dah bergunung. Kontrol saja ni. Kalau Adi ada terbabas cakap yang bukan-bukan kejap lagi. Mahu air sungai di sebelah dusun Pak ngah Yahya ni naik dengan tiba-tiba dan melimpah ruah. Silap hari bulan jadi ‘ibu air’ dan boleh banjir sekampung. Tak payah tunggu hujan lebat.
Sorry yer Qaseh.”
It’s okaylah Adi. Don't worry. Aku kan superwoman. Macam yang kau selalu sebut tu. Mental kena kuat kan? Aku kan iron lady dulu, kini dan selamanya.” Qaseh sudah ketawa. Pura-pura ketawa sebenarnya. Pada hal dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
Adira senyum. Matanya jatuh pada dua lekuk yang menghiasi di kedua-dua pipi gebu Qaseh. Pipi yang tidak pernah dicacatkan oleh sebutir jerawat. Wajah ayu Qaseh tidaklah mirip wajah Makcik Qalesya. Tak macam Qashaf yang sebijik sepapat seperti Makcik Qalesya. Mungkin Qaseh mengikut wajah arwah papanya.
Mata Qaseh yang bundar dan tenang dengan alis yang lentik itu sangat cantik. Sebab tu dia tak hairan bila ramai lelaki yang tewas hatinya kerana mata itu. Renungan Qaseh boleh menikam sukma dan mencairkan hati lelaki. Itu belum lagi melihat senyuman manis Qaseh. Boleh tergolek dot. Itu yang Amran Miang, anak tauke kedai dihujung kampung boleh jatuh cinta tahap naga hingga sanggup nak buat benda tak senonoh pada Qaseh.
“Aku harap kau akan terus jadi superwoman cum iron lady sampai bila-bila. What ever situation. Sama ada dalam duka atau suka. Aku akan selalu ada di belakang kau untuk menjadi tulang belakang kau walaupun masa itu aku tak ada disamping kau. Aku akan tetap jadi telinga.. mata.. tangan.. dan bahu kau. Kau kena ingat tuh. Aku akan menyokong kau sepenuhnya. Sehingga kau berjaya nanti. Kita kan sahabat dunia dan akhirat. Bukan saja sekadar jiran sekampung atau jiran di depan rumah dan di belakang rumah.” Ujar Adira.
Tiba-tiba Adira rasa bersemangat pula. Dia sudah berdiri tegak dengan tangan kanan mengawang sekejap ke kiri dan sekejap kanan. Mengalahkan YB pencen memberi ceramah semasa musim pilihanraya tiba. Dasat giler..
“Apa yang kau merepek ni Adi? Itulah aku cakap jangan layan sangat movie Man Laksa. Kan dah terbawa-bawa watak emcee yang pantang dapat mic tuh. Emosi sungguh. Haru betul! Duduklah. Kang roboh pondok abah kau nih. Siapa nak jawab?” Tempelak Qaseh. Peha Adira ditampar perlahan.
Tangan Adira ditarik. Disuruh duduk disebelahnya. Silap hari bulan. Roboh pondok kang. Semuanya gara-gara anak gadis Pak ngah Yahya yang buang tebiat dan lost control.
Yerlah.. aku duduklah nih. Jangan risau.. pondok ni tak roboh punya.  Risau sangat.” Adira duduk kembali.
“Mahu aku tak risau.. kalau kau sorang yang jatuh tak ada apa. Ini.. dengan aku-aku sekali tau.”
 “So.. Macam mana? Gaji yang Datin tuh offer boleh tahan jugak. Lapan ratus ringgit sebulan. Kira tinggi tuh.. Dua kali ganda gaji bibik Indon wooo...” Adira sudah ketawa. “Kau ingat ada majikan yang baik hati begitu ke?”
Qaseh menjeling. Ini bukan kes baik hati atau tak. “Nantilah aku fikirkan. Rilekslah... ada tempoh empat hari lagi kan? Bila Mak Leha kau nak balik sini?” Buah manggis direkah lagi.
Dengan lafaz Bismillah. Isi yang putih gebu itu masuk ke dalam mulut. Terasa kenikmatannya.
“Wah... heaven. Sedap gila. Rugi siapa yang tak makan buah manggis ni kan? Hitam-hitam si tompok manggis, hitam diluar.. didalam manis....” Ujar Qaseh dengan gaya yang cukup teruja. Siap berpantun dua kerat lagi. Matanya dipejam buat seketika. Menghayati keenakan buah manggis yang meresap ke lidah.
Adira mencebik. “Gaya makan, macam tak pernah jumpa buah manggis tu dua puluh tahun. Menyampah aku. Padahal setiap kali musim buah manggis... kaulah penunggu setia pokok manggis ni. Tak jemu-jemu ke?” Huh! Nak perli dialah tu. Mentang-mentang dia tak makan buah manggis. Susah kalau berkawan dengan ‘hantu manggis’. Pantang tengok jer..
Bukan dia sengaja tak makan. Tapi tekak dia tak boleh menerima buah yang isinya berwarna putih. Jangan kata manggis, buah laici pun dia tak makan tau. Rambutan pun dia tolak tepi. Nampak isi putih-putih melepak ni, tekaknya terus loya. Alah.. Bukan Qaseh tak tahu sebab musababnya. Ada sejarah kan? Lagi nak sindir-sindir. Sedap-sedap makan manggis.. tiba-tiba ada pula yang termakan siku nanti.
“Cuba kau rasa Adi. Sedap gila buah manggis ni. Lagi sedap dari buah epal dan anggur yang kau suka tu. Murah pun murah. Mudah nak dapat. Fresh dari pokok lagi nih. Cubalah.. cubalah.. Meh aku suap. Buka mulut kau..” Qaseh menghulur seulas kepada Adira. Niat untuk mengusik saja.
Weh!! janganlah... loya aku. Hish! Kau ni Qaseh..” Adira menutup mulutnya. Wajahnya dijauhkan sedikit.. Qaseh ni! Tolak jatuh pondok kang.
Qaseh sudah tergelak-gelak. Terhingut-hingut bahunya. Apalah Adi ni? Dia tak tahu ke manggis ni banyak khasiatnya?. Buah boleh makan. Kulit manggis dikormesialkan menjadi bahan mandian dan kecantikan.
“Kau tahu Adi.. manggis atau nama glamernya Garcinia Mangostana ni banyak khasiat tau. Kalau buah durian tu digelar ‘Raja Segala Buah’. Buah manggis inilah couplenya iaitu ‘Ratu Segala Buah’. Sweetkan? Match together.” Qaseh menunjukkan sebiji buah manggis yang berada ditangannya.
Adira hanya memandang. Pergh! Siap tahu nama saintifik. Tak tahan betul... Dasyat juga ilmu pengetahuan Qaseh. Tapi tak kisahlah, otak Qaseh ni sememangnya jatuh dalam kategori A++ bukan macam otak dia. Kureng sikit dari Qaseh. Tapi tetap mantop juga!
“Buah manggis ni kaya dengan Xanthones, yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan manusia. Kalau di India.. kulit buah ni digunakan sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair pengering astringent. Yang mana.. pada musim hujan ia akan menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Bagi orang Cina pula.. mereka menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit juga. Itulah bagusnya buah tempatan ni.”
Adira sudah terlopong. Kagum. Bangga. Terkebil-kebil matanya. Rasa macam duduk dalam kuliah Puan Kalsom untuk subjek Networking. Tunggu masa nak angkat tangan dan tanya soalan. Itu pun kalau Cik Qaseh tanya ‘Any questions?’.”
“Kau tahu apa khasiat kulit manggis ni Adi?” Tanya Qaseh lagi.
Adira mengeleng kepala.
“Selain dari untuk kecantikan. Kulit manggis ni dikormesialkan sebagai ubat untuk mencegah kanser, kemurungan, ulcer, sakit urat saraf, membuang kolesterol dan toksid dalam badan, untuk kesihatan jantung, cegah batu karang, kurangkan darah tinggi dan banyak lagilah. Sampai esok kalau aku cerita pun tak habis..”
Kepala Adira terangguk-angguk. Macam pakar nutrisi lah pulak Qaseh ni.
Qaseh senyum. “Dah.. tutup mulut kau. Kejap lagi masuk lalat pula. Kesian lalat tuh dah tersilap masuk gua batu belah batu bertangkup.” Qaseh menepuk paha Adira. 
“Gilalah kau.. Qaseh.”
“Apa yang gila?”
“Pengetahuan am kau. Memang A++. Mantop! Memang layak digelar engineer first class. Patutlah empat tahun straight dapat Anugerah Dekan.”
Qaseh tersenyum dengan pujian Adira. “Thanks for this honour. I take it as the word spirit..”
“Okey.. Pasal manggis dan khasiatnya itu kita tinggalkan dulu. Berbalik kepada soalan aku tadi. Kau belum jawab lagi. Bila Mak Leha kau nak balik kampung?”
Ohhh.. itu. Dia tunggu keputusan kau saja. Kalau kau setuju. Mak Leha dan Pak Man akan pulang ke kampung menjemput kau. Anytime. Kalau kau setuju dan beri keputusan hari ni. Esok sampailah dorang tuh.”
Menjemput? Terangkat kening Qaseh. Uiihh.. dah rasa macam bos besar pula. Malu aku. Kalau ikut keputusan aku.. macam tak nak saja Adi. Aku risau.. nak tinggalkan Qashaf. Kuala Lumpur dengan Kampung Bukit Merah ni bukannya dekat. Makan jam juga nak sampai. Qashaf tu bukan macam orang lain. Kalau apa-apa jadi macam mana?
“Kak long.. nak..balik... makan.... Dah la..la.. par...” Qashaf sudah terpacak di depan Qaseh dan Adira. Wajahnya comot. Seperti baru keluar dari belukar. Macam kena kejar dengan seladang hutan pun ada. Macam kerja kontrak dihujung jambatan sana pun ada juga. Yang seangkatan dengan geng-geng bangla tu.
“Eh! apesal comot sangat ni? Kan... Kak long dah pesan tadi. Jangan redah belukar tu. Banyak unggas. Entah apa-apa lagi yang ada kat dalam semak tu. Bahaya! Nasib baik tak jadi apa-apa. Balik rumah nanti Qashaf kena mandi semula. Badan dah bau macam kambing  Pak Mahat  saja.” Qaseh menarik tangan si adik dan menyuruh duduk di sebelah.
Rambut Qashaf yang berselerak seperti singa baru bangun tidur dikemaskan. Daun-daun kering yang terselit di celah-celah rambut Qashaf ditanggalkan satu per satu. Berguling dalam semak ke apa ni? Dah macam orang asli.
Adira hanya memandang dengan senyuman. Dia tahu Qaseh teramat sayangkan Qashaf. Mereka hanya dua beradik. Qashaf mengidap autisme selepas diserang demam panas empat tahun yang lalu. Seingat dia, semasa arwah Makcik Qalesya meninggal, Qaseh masih di tahun pertama. Qaseh hampir-hampir berhenti belajar dan putus asa. Tapi mak dan abah tiupkan semangat untuk Qaseh. Qaseh memang tabah. Tak mudah untuk menjadi seorang Qaseh.
“Aduhai adik kak long ni..” Rungut Qaseh. Wajah Qashaf disentuh dan diusap lembut dengan penuh kasih sayang. Hanya ini saudara yang dia ada. Semua sayang dan kasih tumpah untuk Qashaf.
 “Qashaf kejar apa tadi?” Tanya Adira.
“Tadi... Qash.. nam..pak arnab putih... Arnab hensem..”
Adira sudah tergelak. “Ada arnab hensem ke dalam dusun ni? Ada hensem macam Keenu Reave tak? Macam Brad Pitt ke atau macam Tom Cruise? Atau pun macam muka Abang Naufal ke?”
 “Macam muka... arnablah... Abang.. Naufal.. tu.. orang bukan... arnab...” Qashaf tergelak.
Adira pura-pura menarik muka masam. “Oh.. kenakan Kak Adi yer. Pandai ni. Main-mainkan orang.” Hidung Qashaf  yang mancung ditarik lembut. Membuatkan Qashaf ketawa. Suka hati.
Qaseh hanya tersenyum melihat gelagat Qashaf. Adiknya tidak seperti remaja yang lain. Sudahlah autisme berpenyakit Leukemia pula tu. Tuhan.. menduga dengan menghadiahkan keistimewaan itu pada Qashaf. Dia redha. Tapi dia tahu adiknya bijak dan cerdik walaupun Qashaf bersekolah tidak seperti remaja lain. Qashaf pandai membaca jika dibandingkan dengan remaja-remaja sepertinya.
“Kak long.. la..par.” Qashaf sudah merengek dan mengusap perut. Wajahnya dikendurkan. Memohon simpati si kakak.
“Jomlah kita balik.” Ajak Qaseh.
Qashaf sudah tersengeh gembira.
 “Adi.. aku balik dulu. Qashaf dah lapar. Padahal pagi tadi dia dah bedal dua pinggan nasi lemak yang mak kau hantar. Cepat betul perutnya mengisar makanan. Kau nak balik?”
“Kau balik dulu. Aku nak tunggu along dengan abah aku. Nanti petang aku pergi rumah kau.”
Qaseh angguk. Dia bingkas bangun. Belakang seluar tracksuit ditepuk dua tiga kali membuang habuk dan bendasing yang melekat. Baru beberapa langkah menapak Adira sudah memangil. “Wei! Hantu manggis! Kau tak nak bawa balik buah manggis ke? Makan kat rumah atau kut Qashaf nak?” Soalnya.
“Tak payahlah. Qash tak makan manggis. Dia kan satu geng dengan kau. Tak reti makan buah manggis nih. Lidah ‘mat saleh’ lah katakan.” Qaseh sudah menarik tangan Qashaf. Digenggam erat.
Adira tersengih. “Cis! Sempat lagi nak kenakan aku. Hampas kelapa kering betul!” Kulit manggis yang berada disebelah sudah dilempar ke arah Qaseh.
Qaseh pantas mengelak. “Nasib baik aku terer tau.” Dia sudah ketawa nakal.
Adira turut tergelak. Aduhai... macam mana boleh lupa ni. Qashaf pun tak makan buah manggis juga. Bukan sebab isi manggis tu warna putih tapi sebab masam katanya.
 “Babai.. Kak Adi... Qash.. balik... balik dulu. Kak Adi.. jangan.. kejar.. ar....arnab tau. Ar..nab tu Qash.. punya...” Ujar Qashaf sambil melambai tangannya. Adira membalas lambaian Qashaf sambil tersenyum lebar. Tak habis-habis dengan arnab putih. Sejak dari kecik sampai besar.. itu saja binatang yang dia suka. Kucing tak suka pula. Geli katanya. Pada hal sama jer. Berbulu jugak! Elok sangatlah tu, si adik takut kucing dan si kakak pula phobia kucing. Sama jer dua beradik tuh.